Wednesday, September 29, 2010

Aku dapat 3 mende


Hari ni lawatan ke UiTM Puncak Alam sebab ada Environmental Impact Assessment and Auditing Seminar. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam 30 minit. Kol 8:00 pagi kami bertolak, sampai dalam pukul 9 lebih2. Huish...berniat nak study la konon dalam bas. Naek bas, semangat bukak note. Parasite gitu. Sampai sekerat jalan, pala dah pening2. Tutup balik lah. Kawan kat sebelah dah bagi arahan mengejutkan dia apabila tiba di UiTM nanti. Perghhh....lamanya mau tidoq. Ingat nak tidoq dalam 10 minit jer..huhu Apa2 pon tak pe lah. Orait je aku jawab. Aku bukak balik note, tak boleh nak baca. Goyang2. Batalkan niat, terus tutup mata. Pasang niat laen, bangun tidoq apabila sampai di UiTM. Yeah...itu niat baru aku. Apa lagik mau tunggu. Seminit pon berharga tau. Jangan ada sesiapa mau mengganggu seminit itu.


Tido...
.
.
.
.
.
Tido......
.
.
.
.
.
.
.
.

"Syah bangun Syah, dah sampai." Apad kat sebelah dah kejutkan aku. Pedeh mata tak boleh nak bukak. Ish awat bas tak berenti2 lagi nih. Tak der gaya nak berenti pon. Biaq betoi, dah sampai belom???? Bas menuju ke puncak bukit. Owh maybe sebab nama dia puncak alam kot. Dengan sabarnya aku memejamkan kembali mata aku. Terganggu 5 minit aku. Bukan seminit lagik. Huh sangat2 berharga.


.
.
Tido....
.
.
.
Tido.........
.
.
.
.
.
.

Dah sampai. Disambut ngan meriahnya oleh pelajar2 UiTM. Meriah ka? Biasa ja kot. Huhu..Lepas masuk dewan, cakap2 cikit, rasmi, terus dapat makan free. Ni aku suka. Jimat! Masuk balik dewan, sembang2 lagik, stop! Makan tengah hari. I like. Satu note dah habis time diorang sembang2 tuh. Lepas solat Zohor, sambung balik sampai kol 5. Perghh...memang tak tahan daulat la. Ngantuk giler. Dah la baru pas makan,petang2 cam nih, duduk lak kat kerusi yang empuk lagi gebu, kepala habis la boleh sandar, baek punya, aircond lak tuh. Apa lagik mau tunggu...zZZzzZz...tegolek2 kepala. Pandang orang sebelah, sama jugak. Orang depan, sama jugak. Usha note ckit, lena balik. Bila diorang mau habis nih???? Lambat betol jarum jam berputar. Bangun! Usha note lagik, shahid balik. Bangun! Tido! Bangun! Tido! tak habis2 lagik. Note berganti note. Akhirnya masa yang ditunggu2 sudah tiba. Tepat kol 5. Yes dah tamat. Dapat makan lagik. Free lagi. Jimat lagi...Lepas solat terus balik. Kol 7:40 malam baru sampai kolej. Dalam bas, sambung tido lagi. Keje tido jer ari nih.


Esok mau jumpa mama mau present aku punya proposal. Takot kalau2 mama tanya, apa yang kamu dapat semalam? Aku akan jawab, "Saya dapat 3 mende, pertama makan free, kedua tido yang secukupnya and ketiga saya dapat habiskan 3 note parasite" Huhu...takot nyer kamek...berani ka kamek jawab cam tuh???




p/s 1. Slide presentation tak buat lagik, tapi semangat berkobar2.

2. Jangan la mama tanya apa yang aku dapat.

Tuesday, September 28, 2010

1st time bawak lori tanpa lesen.

Uishhh...petang2 cam ni ngantok betol. Berat jer mata mata nih. Tapi tak pe lah, aku nak korbankan masa kejap nak wat "Third Brake Light". Ade sorang student Dr. S ni wat study pasal nih, so ktorang satu klas wajib jadik responden. Apa Third Brake Light??? Dia macam game tapi bukan game. Haha aku pown tak tau nak citer cam mana. Dia ni software di mana kita install and pastu try dia punya test satu per satu sampai la 36 test. Dia nak test lampu brake yang macam mana yang effective dan selamat untuk digunakan, bentuk dia, saiz dia ngan jenis dia. Bersemangat jer aku buat.

Lori yang aku pandu tadi...


Meh cni aku citer apa yang ada kat game tuh. Dia juz ada gambaq lori yang sedang bergerak di atas sebatang jalan raya yang lurus. Aku juz kena tekan space bar bila nampak lampu lori tu menyala means dia brake la. Senang bukan? So, aku dengan tekunnya memerhatikan lampu lori tuh sampai la habis 36 test. Dah la lama giler nak tunggu lori tu brake. Agak busan di situ. Tapi memang menguji kesabaran la jugak. Haha...Sampai test ke 36, hati dah meloncat2 sampai ke anak tekak (agak hiperbola di situ). Yes dah finish! Semangat aku nak submit kat tuan punya kajian nih. Tekan la botton export, tetiba kuar:


"UNDEFINED"

Lihat anak panah merah tuh...


Dalam hati "mangkuk betol apesal lak undefined? Aku dah letak nama pa..."



p/s 1. Terpaksalah buat laen. Tension~!

2. Memang menguji kesabaran betol..


Monday, September 27, 2010

Guruh di langit, air di tempayan dicurahkan


Hari ni aku hepi. Semangat bangun awal mau baca parasite. Lecture note siap2 letak tepi bantal sebelum tido semalam. Alarm pertama bunyi, pukul 8. Aku snooze, 5 minit kemudian bunyi lagi, snooze lagi sampai la kol 8:30 pagi. Ahh...tak leh jadi, aku kena bangun jugak, aku bermonolog dalam hati aku. Semangat bangun cuci muka gosok gigi, berniat nak mandi. Tengok2, air mula mengalir pelahan. Ahh...sudah. Terpaksa batalkan niat dulu. Masuk bilik "ON" laptop tukar plan wat slide presentation dulu.

Note yang baru diconteng sedikit~!


Masa berlalu dan terus berlalu. Jam di dinding menunjukkan 9:50 pagi. Aku nak mandi lah jugak, dengar macam air dah turun. Kalut2 ambik towel masuk toilet. Tetiba, hampeh....kawan aku di dalam toilet sedang menggunakan air yang ditadah di dalam baldi untuk mandi. Owh sungguh berguna baldi itu. Aku tekad nak mandi jugak, bersemangat menadah air di sinki dapur.Pelik betol, air di sinki ada, tapi dalam toilet tak de. Ahhh...pedulikan semua itu. Aku menadah air di sinki. Apabila hampir penuh, aku dengan yakinnya mengangkat baldi tersebut ke toilet. Tiba2...prakkkk. Adusss.....baldi pecah. Mangkuk betul la. Air melimpah masuk ke bilik no 4. Mati aku, mesti diorang marah. Terus kalut ambik mop and mop lantai. Tetiba penghuni bilik no 4 bertanya:


Penghuni A.G.10.4 : Kenapa nih? Dah gotong-royong ka?

Penghuni A.G.10.3 : Tak lah. Banjir!

Penghuni A.G.10.4 : Banjir?

Huhu...sory korang, aku terlupa baldi tu dah nazak. Tengok warna pown dah tau. Nanti aku tukar baldi baru yer.



Mandian diteruskan selepas selesai mengemop lantai. Aku meneruskan niat aku menadah air di sinki menggunakan baldi yang jauh lebih baru dan cantek. Sedang aku menadah air, aku terlihat Penghuni A.G.10.1 sedang gosok gigi di toilet. Aik...????


Aku (penghuni A.G.10.2): Ada air ek????

Penghuni A.G.10.1: Ade jer. Tu akak heran kenapa Aisyah tadah air kat sinki.


Ahhh.....aku tak kira, nak tadah jugak sampai penoh. Last2 aku mandi pakai air kat toilet gak. Bengang!!!!



p/s 1. Semalam penghuni A.G.10 bermesyuarat untuk bergotong-royong membersihkan rumah. Tapi tarikhnya belom ditentukan.

Sunday, September 26, 2010

Practical session~!

Selama 4 tahun aku belajar, aku timba pengalaman, aku korek rahsia, aku usha2 orang akhirnya aku berjaya aplikasikan balik daripada semua himpunan2 pengalaman aku. Tadi, syukur, semuanya berjalan ngan lancar even tak pernah plan pon apa yang aku nak cakapkan tadi. Aku hanya bercadang nak dengar dan berdiam diri, tapi aku rasa tak sampai hati.

Mula2 tangan aku menggeletar memegang sekeping helaian putih yang dihulurkan kepada aku. Tak dapat ku bayangkan perasaan itu. Aku tak sure dia nampak ke tak yang aku menggeletar. Aku cuba berlagak cool. Tenang konon, tapi sesekali bergenang jugak air mata aku. Ahh...pura2 tak tahu. Aku terus berkata2. Lupakan segala apa yang pernah berlaku. Akhirnya, aku berjaya mengawal semuanya dan keadaan kembali seperti sedia kala seperti tiada apa2 yang berlaku. Syukur Alhamdulillah, semuanya selamat. Aku kembalikan kertas putih itu kepadanya. Kami bersalaman, berpelukan, semuanya kembali ke titik asal. Kami still mengamalkan konsep yang sama selagi kami masih bersama. Thanx Allah YOU give me the strength untuk hadapi semua ini.

Maen nyorok2


Uish aku nih semangat nak mandi. Apesal la air kat kolej ni mendengki kat aku? Aku pown tak paham. Tolonglah...plezzz, tolong keluar dari paip tuh. Aku dah tak larat nak main sorok2 ngan ko.



Time aku tak g melawat ko, ko kuar, time aku g melawat, ko nyorok. So sampai bila kita nak macam nih? Sampai bila kita boleh selesaikan masalah nih? Udah2 le tuh. STOP menyorok, aku nak g melawat ko skang.


Tak kan ko nak tengok aku macam ni kot. Tak mandi!



p/s Naseb aku sempat la jugak membasahkan badan hari nih.

Otograp kepada Pak Gad



Kumpul kat kolej~!

Semalam 25 September 2010 bersamaan 16 Syawal 1431 pada hari Sabtu, sempatlah aku join konvoi raya beramai2 ke 5 buah rumah. Tiga di KL and dua di Klang. Even raya ke 16 tapi suasana raya nyer memang terasa la. Macam baru 1st Syawal. Dalam kol 11 pagi kitorang bekumpul di tempat biasa di Blok C Kolej 17 sehinggalah semua orang sampai. Dalam 20++ orang yang datang (aku tak sure jumlah sebenar). Wow tekejut kamek but kamek hepi lah ngan diorg. Tepat 11.05 pagi semua ke duapuluh2 buah tayar bergolek lah ke destinasi yang telah di setkan pada 3 minggu yang lepas.


Umah Abg. Ijad~!

11:45 am-1:30 pm
Dalam kol 11.45 pagi ktorang sampai di rumah 1st di KL iaitu umah Abg Ijad. Perot ngah kosong, memang malantak giler lah. Makan lontong, kueh raya ngan mee Jawa. Fuhh...sedap giler doh. Makan memang tak ingat dunia la. Dah kenyang, dok lepak2 sambil tak henti2 begambar, sampai lah kol 1.30 petang baru kuar g 2nd umah.


Umah Abg. Izwan~!

2:00 pm-4:00pm
Umah 2nd, umah Abg Izwan. Umah ni dah penah pegi taun lepas. Spageti mak dia buat memang mantop lah. Nak tunggu lagik? Angkat la semangkuk..huhu Yang laen ada gak, lontong ngan bihun goreng. Yang ni aku share ngan minah cumil Hazzy. Dah tak larat nak makan sorang. Makan punya makan ngan kepek2, kueh raya suma, dalam 2 jam gak kat cni plus dok sembang2, solat2 suma baru gerak ke umah ke 3.


Umah kak Syazz~!

4:20 pm- 6:20 pm
Umah ke 3 umah kak Syazz, bila sampai jer, nampak makanan dah terhidang atas meja. Ape lagi, makanan tadi pown dah turun cikit ke dasar perot, yang umah 1st punya dah slamat hadam tinggal nak buang ja, so isi lah yang baru. Roti jala, ngan makaroni masak ape ntah aku tak sure. Aku ngap jer...hehe tu pown makan sampai kenyang gak. Bila dah hampir 2 jam, kami pown mula lah mengatur langkah ke next station. Petang ni hujan ckit...agak lebat jugak sebenarnya. Tapi semangat kami tetap utuh. Meneruskan perjalanan ke Klang. Umah ke 4.



6:20 pm-10:00 pm
Hampir 4 jam kami berada di jalan raya. Hahaha...masing2 yakin dengan pemanduan masing2, bila dah tak nampak kereta rakan, baru cuak. Upanya kereta yang aku naiki mengikuti kereta yang salah. Owh deng....dua buah kereta kami sudah salah masuk simpang. Namun aku kagum dengan kereta di hadapan aku ituh. Diorang memandu dengan amat yakin sekali without tepon orang laen even dah tak nampak rakan2 yang laen. Perjalanan kami berpatah balik mengambil masa agak sejam kerana jalan mulai jam...Namun rakan2 laen masih setia menunggu. Thanx korang suma.



Tak sempat nak begambo, lapo giler masing2~!

10:00 pm-11:00 pm
10:00 pm sampai di rumah ke 4, perot memang lapo giler2. Siap berbunyik2 agi. Umah ke 4 ni, umah Kak Mas. Lepas salam2 ngan tuan rumah, aku dan rakan2 terus mencapai pinggan polisterin yang tersusun rapi di atas meja, lalu mencedok nasik lemak yang masih panas di dalam bekas. Dalam hati aku cakap, nak makan banyak cikit la ari nih, lapo giler. Boleh tahan la nasik aku ambik ngan sambalnya yang tak berapa pedas...fuhh. Memang sedap wa cakap lu. Sure kenyangla. Tapi masih tidak berpuas hati kerana terlihat mee kari. Aku ngan shy2 cat nya pown bangun dan mengambil semangkuk mee kari. Alhamdulillah kenyang giler. Okeh masa untuk ke umah yang terakhir. Final destination! Dah tak mampu nak tunggu 2 jam kat umah ni coz dah malam.


Umah kak Meen~! Lahap bukan aku makan??

11:20 pm-12:20 pm
Selepas hanya beberapa minit perjalanan, kami tiba di destinasi terakhir. Umah Kak Meen. Makanan di sini only sate. Tapi banyak giler sampai tak habis. Masing2 perot dah mengah ngan nasik lemak ngn mee kari. Tapi untuk tidak mengecewakan tuan rumah, kami makan dengan lahapnya jugak. Sehingga ke lidi terakhir. Huhu...tapi tak mampu nak habiskan juga. Okeh masa untuk masuk ke kolej dah tamat. Hanya mampu try and error ja nanti.



Kami pown bertolak balik ke UPM but still ade yang overnight gi sambung beraya di pusat hiburan (karaoke) hahaha...cam terok ja bunyi pusat hiburan, tapi tu lah reality nya...Aku sampai kat kolej kol 1:05 am jam pak guard. Dengan yakin turun dari kete dan menuju ke gate. Kereta yang menghantar ktorang sudah bergerak pulang. Haha try and error. Cakap baek2 ngan pak guard, dapat la masuk. Tapi dengan syarat meninggalkan suatu kenangan kepada diorang. Diorang mintak ktorang sign autograph tok diorang. Owh...nak otograp upanya nya. Cakap la dari awal. Bagi je lah dah diorang nak. TQ pak2 guard suma. Jumpa lagi raya taun depan.





p/s Setiap tahun raya akan meninggalkan otograp kepada pak gad...TQ sebab setia menunggu otograp dari kami suma.



Letih bukan?!


Hari ni aku penat sangat. Bukan sebab aku join konvoi raya, tapi penat ngan kerenah manusia. Tak pe lah, masing2 dah besar dah mampu pikir sendiri. Kalau kita tak suka orang buat kita, kita jangan buat orang. Selagi kita buat, kita jangan mengata orang. Senang bukan?! Aku tak tau lagi nak cakap apa. Korang akan rasa bila korang laluinya. Hope korang jauh dari situasi ni. Aku doakan korang selamat. Supaya korang tak yah rasa apa aku rasa. Thanx becoz give me dis experience, dis feel. I like it. Semuanya sama! Didn't have any different within orang yang mengata ngan orang yang dikata. Sorry to say na....daaa~!




p/s Enjoy giler konvoi raya taun nih. Sama macam taun2 lepas. Thanx korang suma.

Friday, September 24, 2010

Buku lama.

Hari ni aku terpandang satu buku di rak aku. Dah lama aku tak bukak buku tuh. Aku pown selak helaian demi helaian, tetiba aku terpandang satu ayat nih:


"Semua cabaran yang mendatangi kita, kita telah dibekalkan kekuatan untuk mendepaninya."



Ini membuatkan aku kembali bersemangat menghadapi apa yang aku hadapi sekarang.



p/s Cehh padahal cari semangat nak wat FYP. huhu...

Sendiri Ingat.~!

Kadang2 bila kita dah terlalu banyak menasihati orang, terlalu banyak menilai orang, kita sendiri tidak sedar ada sesetengah perkara yang kita nilai dan tegur itu berlaku pada diri kita sendiri. Bila seseorang tidak suka diuji perasaannya sudah tentu manusia laen juga begitu. Jangan sesekali menguji perasaan seseorang. Hiduplah dengan aman dan tenang tanpa sebarang pemikiran yang boleh menjadikan hidup kita tidak tenang. Peringatan ini juga adalah untuk diri aku sendiri yang sering lupa dan leka dengan kehidupan di dunia ini.




p/s Berfikiran positif sepositif positfinya.

Wednesday, September 22, 2010

Macam tenggiling...

Pagi tadi aku settle kan hal kelab. Lepas tu terus memandu laju ke KL tengok tempat final year project. Semangat doh dapat SHO (safety health officer) baek hati. Belagak nih, pegi tak tengok jalan. Tak hafal pon sebab guna GPS kawan aku. Hahh...bila dah settle bincang2 suma, enjin kenderaan mula dihidupkan untuk pulang ke kampus. Tetiba kedengaran suatu suara yang datang kalau tidak silap dari arah bahagian belakang kereta.

"Hah Syah, pe lagik, tangkap la gambar jalan2 kat cni. Gambar sign board ka, bangunan2 ka, supaya ko ingat jalan nak gi sini"

"Eh aku telupa plak, OK2"




Aku pown aper lagi, mula lah snap sana, snap sini. Tak kira ape dah..maen snap ja. Sampai la tetiba Nad merangkap tuan punya kereta berkata:

"Eh sini tak payah. Ni dah jalan nak balik kolej"

"Owh dah tak payah ek????" huhuhu...



Tapi aku rase cam tak ingt la jugak jalan tuh.. Cam mana nih? Perlu ka aku gabung2 kan gambar tuh supaya menjadi plan?






Hah...sini ada satu teka teki.
Antara banyak2 binatang, binatang apa yang paling pelupa???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapannya: Tenggiling. Sebab selalu makan semut.

p/s Adakah aku pon dah tepengaruh ngn tenggiling????


Sunday, September 19, 2010

Family..

All of us without mantan Presiden~!


Happy...=p


Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T dengan keizinannya kami telah berjaya melaksanakan satu aktiviti kelab (Kem Induksi KRS) selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong Selangor. Thanx kepada semua yang terlibat dalam kem ni. Terutama sekali para mantan dan AJK (Apad, Kak Wahi, Kak Juma, Anum, Raje, Abg. Noh, Hasanah, Azlina, Zira, Aden, Is, Ghazz, Surahim dan tidak dilupakan juga Hairi). Tanpa korang, maka tidak sempurnalah kem ini. Tanpa korang juga, kem ini tidak mungkin dapat dilaksanakan. Maaf di atas segala kekurangan yang berlaku. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. Moga kalian sentiasa diberikan ketenangan dan kemudahan dalam menjalani hidup. Walau pun penat, kalian tetap memberikan kerjasama tanpa merungut. Memang terasa sangat semangat kekeluargaan dalam KRS. Hari first datang ke kem, excited sangat rasa sebab kita boleh buat kerja sama2, makan sama2, sharing segala masalah, sembang2, bergurau senda dan macam2 lah. Tetapi bila tiba masanya untuk pulang ke UPM, terasa sedeh sangat sebab terpaksa berpisah dengan kalian semua. Tapi diharap kita dapat bertemu lagi dalam next aktiviti. Insyaallah...


Jungle tracking..


Air yang jernih..terasa tenang bila melihatnya.


Baju Kadazan...betol ke tuh? huhu


Pakaian direka khas oleh pereka2 fesyen. Huhu..


Makan bersama2..


Membantu mereka yang kurang bernasib baek (tak dapat melihat)..hehe


Menguji kesabaran mereka..



p/s Tak sabar nak tunggu next program.



Thursday, September 16, 2010

Kira-kira lagi..


Aku godeh2 facebook aku, tetiba ternampak satu post ni dari jutawan internet Irfan Khairi. Beliau berpendapat:

" Kalau bertemu dengan masalah,tak kira besar mana pon masalah tersebut,fokuskan pada penyelesaian dan bukan kepada masalah tersebut. Dengan fokus pada penyelesaian,fokuskan pada yang positif. Kalau f0kus pada masalah sahaja,kita akan fikirkan semua yang negatif. So berfikiranlah positif iaitu mencari penyelesaian"


Setiap masalah,mesti ada jalan penyelesaiannya. So janganlah kita berputus asa apabila ditimpa masalah. Hidup kita mestilah enjoy.. (^_^)v




p/s Setiap masalah yang berlaku ibarat seperti pengiraan dalam Matematik. Mesti ada jalan penyelesaian, tapi samada pendek or panjang jalannya, kita yang tentukan.


Wednesday, September 15, 2010

Begitu banyak semut beraya di Kedah




Bila Syawal menjelma, kalutlah kanak2 mengatur rumah untuk mengumpul duit raya. Tidak kurang hebatnya dengan para remaja yang juga turut mengatur rumah kawan2 untuk beraya. Inilah masanya untuk mereka bertemu rakan2 dan sanak saudara. Selain itu, akan kedengaran juga suara2 bingit yang berbunyi; "Taun ni saya nak raya rumah mak saya!" "Eh mana boleh. Kan taun lepas dah raya kampung awak,taun ni kampung saya la pulak." Biasalah tu. Perkara biasa yang berlaku bila menjelang hari raya. Macam2 kerenah manusia kita boleh lihat. Selain manusia, semut2 jugak kalut dok mengatur rumah untuk beraya.

Setiap hari makin banyak semut datang beraya kat rumah aku. Mana datangnya pon aku tak tau. Belom sempat aku jemput masuk umah, tengok2 dah da dalam bekas kueh raya. Amboi, lawan tokey nampak. Siap pijak2 bekas kueh raya aku ek!!! Penat betul melayan kerenah semut2 nih. Lebih baek aku layan kerenak kanak2 yang datang. Raya2 nih, tak kan aku nak jadik kejam kot. Tak sampai ati lak nak membunuh. Tapi, tetiba ada suara bertanya:


Hamba Allah: Mak,semut mati ek makan gula?

Maknya: Huh mati la dia pon. Makan gula banyak. Kencin maneh (diabetes).



Hidup dan mati kerana makanan~!


Wow aku turut bersimpati mendengarnya. "Hidup semut kerana gula, mati semut kerana gula". Janganlah kita manusia pon jadik cam semut, "Hidup manusia kerana makanan, mati manusia pon kerana makanan". Lecturer aku penah cakap, 90% lebih penyakit disebabkan oleh perot (makanan yang dimakan). So, di hari raya ini, beringatlah kita apabila menyuap sesuatu ke mulut.




p/s 1. Berhati-hatilah di jalan raya. "Jangan lupa pakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang". (Cam kenal jer pesanan saper) huhu..

2. Berhati-hatilah apabila memandu makanan ke dalam mulot..hehe


Monday, September 13, 2010

Hp0n aku dah canggih ckit.

Kali ni aku try wat kali ke 2 update bl0g menggunakan hp aku. Ala hp murah ja p0wn,tp dh alang2 b0le guna,wat pa aku nk simpan. Tapi kali ni aku nak try tambah picture lak. Kalau ada pic aku kat entry ni,means aku dah bejaya la tu.

Try punya try,hampeh. C0nnecti0n err0r. Aku sebenaqnya b0san menunggu lapt0p aku mengupl0ad gambaq.. Upanya,f0n p0wn sama. Tapi alang2 dah menyeluk pekasam,biaq sampai ke pangkal lengan. Alang2 aku dah taip,aku p0s je lah.


P/s1. Entry skema! Busan bukan?

2. Hp aku bl0m cukup canggih ag.

Hati wa berbunga2..



Kawan2 lama dari SMK Serdang. Friendship forever (^__^)v



Hari Raya Pertama
Wa berada di rumah melayan orang2 yang datang ke rumah. Penat!!!


Raya ke-2
Wa pulak gi jalan raya umah adik beradik. Puas ati!!!


Raya ke-3

Wa kembali di rumah menanti kawan2 adik wa, datang umah. Jiran2 wa pown baru datang beraya. Letih!!!


Raya ke-4
Wa gi jalan beraya ngn kawan2 wa. Makan sana, makan sini. Tambah berat badan. Wa takot pasni jarum penimbang kena pusing dua kali bila wa jejak kaki kat atas dia. Takot jugak kalau2 putus spring. Wa mau posa balik....Takottt!!!

My hepi frenz...


Tapi, bila jumpak kawan2 lama, depa kata " Aisyah hang kecik cikit no???" Huish....bebunga2 ati dengaq, kembang kecup wa di buatnya. Kalau sorang tegoq tak pa, ni ramai la plak yang tegoq. Wa dah hepi. Tapi tetiba terlintas di fikiran wa, kenapa dulu wa gemoq sangat ka???? Haish... wa pown pusing dok pikiaq. Tapi tak pa lah...mana2 pown wa tak kisah. Yang penting wa hepi. (^__^)v


p/s Thanx to kawan2 yang cakap aku dah kurus.. Hehe...Taun depan aku kasi duet rayer...



Saturday, September 11, 2010

I'm Gonna be Crazy..


Hati aku tak tenang bila memikirkan kerja2 yang bakal ditempuhi bila bukak sem nanti. First mestilah Kem ktorang yang akan belangsung 3 hari sebelum bukak sem. But itu, dah banyak yang dah settle. Thanx to all yang telah banyak membantu especially my mantan Pres and TP and suma AJK yang banyak bagi kerjasama. Thanx korang suma. Best dapat kawan2 cam korang, saling membantu antara satu sama laen. Second, aku nya FYP...aku tak tau nak stat pikir dari mana. Construction site dah ada, tapi aku tak gi tengok ag kawasan sekeliling dia. Sape responden yang akan aku ambik? Aku kena edit tak questionnaire aku? Standard2 method aku tak jumpa lagik. Jenel2 yang aku carik, tak habis baca ag. Huish...bnyak deh. Nanti nak kena present proposal ag. Tak pe aku akan kumpul semangat yang ada untuk habiskan suma secepat mungkin. Nak nyanyi lagu sapot time orentasi dulu la:



Sapotttt... sapot sapot sapot,
Hekk hekk..
Sapot..Hekk hekk,
Kami sapot hekkkkk.......




Aku salu wat keje giler. Korang penah ka???? Huhu..best kadang2 wat keje giler nih. Malas la nak ajaq korang. Takot ramai sangat yang giler nanti...huhu~~~! Biaq lah aku giler sorang2. Ni lah salah satu semangat yang aku ada. Hehehe...


Kenape saye suke rumah saye?
Erkk....(sambil kepala mendongak2 ke atas)

Kenape saye suke rumah saye?
Emmm...(sambil kepala menunduk2 ke bawah)

Kenape saye suke rumah saye?
Sebab dia best!!!!


Hahahaha..symptom2 orang mengong.



p/s Wa mau kumpul semangat baaaanyak banyak!!!

Friday, September 10, 2010

Janda "Hot"..


Mesti korang tertanya2 kan sape "Janda Hot" tuh...Haa....meh cini aku citer.


Citer dia bermula di rumah aku la. Di mana ada satu hamba Allah ni, dia tmpang kat umah aku sejak dia kecik ag. Aku tak kisah pown dia kat umah aku as long as dia tak ganggu hidup aku sudah. Tapi semenjak dua menjak nih (bila dia dah berumur), aku dah rasa tergugat ngan dia. Dia dah mula bertindak mengatasi aku. Cess...ini tidak boleh jadi. Tapi walau apa pown aku buat, memang tak leh lawan ngan kehebatan dia la. Haish....macam mana ni??? Hmmm...tau ker kenapa aku tergugat ngan dia? Mau tak nya, dalam setahun dia leh pregnant 3 kali... Fuhh...gila hot. Tak henti2 la permintaan terhadap beliau. Cakap, kat mana saja, banyak ja jantan2 yang mengejar dia. Termasuklah adik aku sorang tuh. Turut mengejar janda hot tuh. Aduss.... Dulu aku tak la meluat sangat ngan janda tuh, tapi selepas dia mula membenci dan belagak ngan My Hero, memang aku agak bengang la cikit. Brani2 nya dia menampar My Hero depan mata aku. Mana tahan weh kalau aku tak tampaq balik, nampak cam aku baek sangat lak. Hahaha...sorry mak cik janda, I terpaksa tampaq You balik.

Bila aku balik kampung ja, dia kan menjeling ke arah aku, mau tak nya dah makan penampaq aku sekali (tapi ase cam bnyak kali jer) hehe...Dengan jelingannya yang amat kerek, terus la ku bagi nama dia "Kerek" "mak cik Kerek"...hahaha padan muka. Sekali mak aku salah dengaq la pulak, trus panggil dia "kebret". Hahaha..."mak cik kebret".

Skang bila dia nampak ja aku, dia dah mula takot2. Yes yes!!! Itulah yang aku mahu. Bila dengaq ja sogha (suara) aku, dia dah kecut perot. Hik3... Nampak cam kejam giler aku dah wat kat dia kan??? Padahai aku psiko ja mak cik tuh...Aku tak pukul dia pown, aku juz jerkah ja dia. Huhu...

Tapi sempena hari raya nih, aku nak mintak ampun la ngan mak cik tuh. Aku janji pasni aku dah tak marah2 ag. Tapi nak tanya, " Bila mak cik mau menopos???"




Ni pic semua yang terlibat dalam citer nih...

Pelakon utama: Janda Hot


My Hero: Blackie


My bro yang turut mengejar janda hot


And pelakon tambahan yg telah menampar janda hot..Aku lah tuh..



p/s Mintak ampun semua yang terlibat yer...

My bro kejar sebab bising sangat dok projek. Rimas dengar...wakaka.

Sedeh & Hepi~!

Hari ni tanggal 1 Syawal 1431 Hijrah bersamaan 10 September 2010 tahun Masihi.

Suma umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan menunaikan ibadah puasa yang juga merupakan Rukun Islam yang ke-3. Hmm...pejam celek pejam celek dah sebulan berlalu. Nanti celek pejam celek pejam dah habis lagi sebulan. Lagi pejam pejam celek celek dah habis setahun. Cepat betol masa berlalu. Taun depan raya blom tentu dapat jalan2 kat Jalan TAR carik baju raya, tudung raya, kueh raya besama kawan2. Taun depan masing2 dah bawa haluan masing2. Aku??? Aku tak tau lagik akan berada di area mana. KL??? KEDAH??? SABAH??? JOHOR??? PENANG??? PERAK??? MELAKA??? N9??? Mana2 je lah, aku sendirik pown tak tau. Mungkin jugak di ruang dapur mana2 rumah..hehe maen2 jak. Blom ag, sabar dulu. Carik jodoh dulu baru leh dok dapur mana2. Hahaha..Bila dah habis bulan puasa ni, ada 2 perasaan aku rasa, First mesti lah sedeh, Second hepi. Suma ada 10 sebab ja aku senarai.

Sedeh:

1. Sebab dah tak leh wat Teraweh
2. Sebab pahala puasanya dah tak sama ngan bulan2 laen
3. Sebab puasa tak penoh
4. Sebab dah tak leh bukak posa ramai2 cam dulu
5. Sebab ni Ramadhan terakhir aku bersama kawan2 sebagai seorang pelajar
6. Sebab tak leh sahur ramai2 cam dulu lagik



Hepi:

1.Sebab leh kutip duit raya
2.Sebab banyak open house, bole makan banyak2
3.Sebab dah boleh turun cafe tengahari
4.Sebab dah boleh korek idung siang2
5.Sebab........tu jer, kan dah kata da 10 jer tadi. Hehe..




p/s Tak sabar tunggu puase taun depan!!!!

Thursday, September 9, 2010

SeLaMaT hArI rAyEr~!


Syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnia keizinannya, hamba dapat jugak mengOn9 di rumah. Hehe...hepi2, penat hamba berusaha bersama adik hamba, akhirnya berjaya. Thanx Bro for your kredit. Masuk buku 3 lima dulu la, or kira settle kira duit raya. Mana2 pown ok. Dah hampir tiga hari hamba tak menjengok page hamba nih. Nasib tak bersarang lagik. Maklumlah, sibuk nak raya. Di kesempatan ini, hamba mengambil peluang mencoret sedikit kata-kata agar ianya tidak sunyi dengan entry hamba yang terdahulu. Hehe poyo lak...




Ok lah, aku sebenaqnya hepi sangat sebab:


1. Aku dah selamat sampai ke kampung halaman ku pada tanggal 5 September 2010, jam 5:30am.


2. Aku dah dapat On9


3. Aku dah berjaya settle kan keje2 kat umah


4. Esok dah nak raya!!! SELAMAT HARI RAYA SUMA!!!!




p/s Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Dikesempatan ini juga, gue mau mintak maaf kepada sesiapa yang membaca blog gue and ade terasa hati, gue mintak ampun mintak maap banyak2 dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Monday, September 6, 2010

Berokband gua wat hal lagik!!!


Tensyen t0l ngan ber0k sek0r ni. Mula la nak wat hal. Ngada2 lebih. Cakap je lah kat aku ape k0 nak. Kan senang.. Adus..musnah harapan gue. Gue ingt b0le la bemanja2 ngan lu time cuti ni. Tetiba,lu plak wat hal ngn gue. Plez2 tell me wat do u want? 0k ya sayang,es0k I cuba lagi ya.. I dah ngantuk memujuk u nih. Daa...





P/s I dah kasi duit hantaran kt u kan bulan ni? S0,knp wat hal?

Kalau I tak dapat 0n9 gak,siap la u i keja kan.

Friday, September 3, 2010

Kenapa mak cik jaga toilet sangat berkira..

Ini Pak Cik Toilet..


Setiap hari pikir nak balik ja. Jelez ngan kawan2 yang dah sampai umah. Mana aci, datang sini lewat, balik umah awal...Ishhh...nak balik jugak. Berkobar2 nak raye. Raye taun ni aku dah semakin besar. Upsss jangan salah paham, bukan membesar badan, tapi semakin berumor..haha Badan memang dah besar pown. Orang cakap, bila dah besar tak best raya, tak dapat duit raya dah. Tapi rase bila dah besar la best. Duit raya pown besar. Sukanya cekkk (aku).... Tapi bila orang nak bagi, wat2 malu konon (tapi dalam hati mau). Sape tak nak kan? Duit, even masuk toilet pown berbayar taw. Dua kupang... Tak bagi mak cik toilet tu dua kupang, dia tak bagi masuk tuh...aduss...dua kupang pown berkira. Cincai sudah..hehe


Nak kumpul ni ngan isik dia banyak2 bole???



p/s Sorang dua kupang, 10 orang 2 ringgit, 100 orang 20 ringgit, 10000 orang 200 ringgit, lama2 kaya kot mak cik nih.



Menconteng arang ke muka sendirik.



Malunya malunya malunya malunya.........arghhhhhhh. Cam mana nak citer ni, macam mana aku baru perasan sekarang??? Aduhhh...terasa tebal kulit muka ku ini setebal kulit badak. Eh ada yang lagi tebal x??? Kulit bewak (biawak)? Kulit gajah? Hah....setebal buku Cambell??? Or setebal kulit pokok balak??? Hah aku tak tau lah...maybe setebal dinding konkrit jugak. Yang aku tau sekarang, aku malu...malu malu malu.... Mana nak sorok muka aku nih? Bawah meja? Dalam baju? Bawah buku? Bawah bantal? Or buat2 tak tau jer.. Macam tak der pa per berlaku...





p/s Ni lah padah bila buat keje tak pikir habis. Mak salu pesan, " Nak buat apa pown, pikiaq habis2 dulu, jangan maen buat ja".. " Baek mak"

Nak wat cerdik jer skng...lalala~~!

Just Enjoy Da Show..=)



Always in my mind...


Kadang2 senang untuk kita menjaga hati orang laen tetapi agak susah untuk menipu diri sendirik. Hah? Agak susah??? Memang tak boleh pown. Apa yang aku buat setiap hari, apa yang aku lalui setiap hari, adalah apa yang dah ditakdirkan untuk aku. "Just follow".. Tu jer cara untuk aku menerima sesuatu keadaan. Kenapa aku mesti menyesali apa yang berlaku dalam hidup aku, kalau itu adalah perkara terbaek yang ditakdirkan untuk aku. Bila kita kehilangan sesuatu, kita akan lebih menghargainya. Tak salah kalau aku belajar dari pengalaman hidup aku. Thanx to all yang terlibat dalam pembikinan filem hidup aku. Just enjoy da show....lalala~~~!


Friendship forever..=)


Miss them...





p/s 1. Need someone that really understand me.

2. Only want to remember the best moments in my life.

Thursday, September 2, 2010

Gonna miss dis moment ~!




1 September 2010 bersamaan 22 Ramadhan


Jamuan bukak posa ENVOCH di salah 2 or 3 bilik tutorial di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Ni lah jamuan bukak posa terakhir bagi aku sapanjang aku undergrad nih. Pasni dah tak de dah. Mesti rindu saat ni kan. Kami lah yang paling senior pada malam ni. Cehh...macam tak cayer lak ade 3 batch adik2 di bawah kami. Sudah ramai family ktorang rupanya. Sedikit masa ja lagi, kami akan melangkahkan kaki ke alam pekerjaan lantas meninggalkan alam pengajian. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk aku bergembira sebagai seorang mahasiswa....



Ape2 pown aku kena siapkan FYP aku dulu....Yeahhh...love you mama (my supervisor). I will see u later.




p/s Tak der ruang dalam otak aku sekarang untuk fikirkan FYP~! Owh dengg!!!! Mati lah aku..

Wednesday, September 1, 2010

Symptom2 nak raya..



Bersih lagi blog aku ari nih...hehe best2. Cam biase lah, nak conteng2 cikit...

Conteng jangan tak conteng~!

Huishhh...kira punya kira, selak punya selak, dah 1 September. Cam mana aku bole tak prasan nih? So bermaksud lagi 3 hari aku dah boleh balik kampung. Bestnya3... Mula la aku rasa tak senang dok, dok tak kena, bediri tak kena, baring tak kena, makan tak kena, mandi pown tak kena, tak mandi lagi la tak kena.. Ishh macam mana nih. Selera makan pown dah hilang. Mood nak tido pown dah hilang. Awat jadi cam ni nih. Aku duduk ngadap laptop, klik sana, klik sini..hishhh ni tak boleh jadi. Banyak dah orang dok pos2 kad raya.

Kad raya dah di tag..

Aku kena kemas baju dari skang ni. Raya dah dekat, dah bau ala2 lemang dah nih, buluh dah ambik ke belom? Ketupat...daun dah anyam blom? Rendang...lembu dah sembelih blom? Nyoq dah mesin blom? Hisshhhh xleh duduk aku macam ni. Nak balik...nak balik...hati aku meronta2 mintak nak balik ke kampong. Tanya housemate, bila balik? Jumaat dah balik. Alik2 umah aku tinggai aku sorang ja. Jumaat malam tu aku nak cabut la. Tak sanggup tinggal sorang. Cabut g mana? Gi flat ikan je mampu. Aku dah di takdirkan balik Hari Sabtu jam 10:00 malam. Lambat bukan? Ni lah padahnya lambat bli tiket. Tu pown tiket tu aku dah bli bulan lepas. Lepas raya ni aku nak bli tok tiket balik raya taun depan la...puas hati.

Pandai ka aku anyam nih??? hehe



Haaaa....yang ni aku pandai. Pandai makan. lalala~!


Eh lupa plak ni Ramadhan terakhir aku di UPM. Sob3...hmmm...pasni dah tak yah la rebut2 baris bli tiket bas ag. Bunyi macam best, tapi sedeh sebenarnya. Esok, malam terakhir aku bersama kawan2 bukak posa bersama. Lepas ni, dah tak de dah bukak posa sama2. Masing2 akan bawak haluan masing2. Bila sampai bulan Ramadhan, masing2 di tempat masing. Hanya fon and intenet ja yang menghubungkan kami. Rindunya saat berbuka bersama, bersahur bersama. Kalau boleh, aku tak nak masa ni berlalu. Tapi hanya boleh berangan. Masa tak akan berhenti, tak kan menunggu angan2 aku nih. Kalau nak berenti, hanya boleh cabut betri jam kat bilik aku ni je lah. Huhu...



Ok lah...sebelum kol 12:00 malam ni, aku dah post entry tok hari 1st September nih..