Monday, November 29, 2010

Sambungan percutian ke Penang~!


29 November 2010

Pagi ni nak bertolak balik KL. Seperti biasa, sarap dulu kat kedai mamak semalam. Tapi pagi ni satu fenomena telah berlaku. Memang tak disangka2. Citernya bermula di mana aku menyedut sedikit air Teh o ais yang aku pesan dari aney tuh. Then aku angkat sedikit gelas aku tuh dengan penuh kelembutan lalu diletakkan sedikit jauh dari aku. Sedikit sahaja. Tetiba, satu perkara yang tak disangka terjadi. Gelas tu tetiba pecah berderai. Kacanya pecah sampai ke kepingan yang halus. Aku tak bersalah. Aku tak tahu macam mana ia boleh bekecai sampai macam tuh. Aku terkedu seketika. Hati jadi tak tenang. Macam2 benda melintasi pemikiran aku. Aku hanya mampu menepis segala tanggapan2 tersebut. Macam2 doa aku baca moga aku sentiasa di lindungi oleh Allah. 


Alhamdulillah sehingga sekarang aku masih lagi diberi kesempatan menghirup udara segar kurniaan Allah. 
Thanx Allah..^^,

After sarap, ktorang singgah sebentar di tepi pantai sebelum meneruskan perjalanan pulang. Cam biase lah, bergambar kenangan sampai puas baru nak balik. Nang tak beringat nak jalan jauah ag. Huhu...penat driver tunggu. Hehe sorry abg2 driver ^^,

Di pantai yang cantek~!
On da way blik, singgah Bidor kejap melawat nenek Abg Nasyrik. Bajetnya nak sampai petang, last2 malam baru sampai. Asal berenti solat ja, mesti makan. Haha...memang percutian penuh makanan la...

Atas feri menyeberangi laut~!

Dah sampai dah~!

Sunday, November 28, 2010

Sambungan percutian ke Penang~!

Sarap kedai mamak~!
28 November 2010

 Pagi2 kuar sarap kat mamak. Penang, besa lah tuh. Then g melawat satu tempat kat "China" haha...[aku lupa nama tempat dia sebenaqnya]. Puas begambo sakan, kitorang g makan kat "Line Clear Nasi KandaQ". Perghh...memang sedap. Masing2 muncit perot pas makan. Sedap giler air tangan mamak tuh. Hahaha..

Macam kat China tak?
Cantekkan?
Tunggu turn untuk turun ke bawah~!
On da way gi cari jeruk, singgah kat Taman Rimba. Jalan2 kejap,cam biase bergambo2 sampai puas, baru sambung jalan. Huhu...

  Kali ni g cari jeruk Pak Ali. Melayu punya. Sedap doh..habis tester jeruk Pak Ali dek di makan oleh ktorang. Tapi Pak Ali tak rugi, kitorang memborong sakan. Hahaha...Pak Ali tak marah kan?

Minum ayaq nyoq tepi pantai~!
Sodap giler~!

Pas beli jerok, berniat nak lepak tepi pantai. Sempat la jugak mencecahkan kaki ke air laut, hujan dah rintik2.  Mencari tempat berteduh, akhirnya jumpa kedai ayaq nyoq tepi pantai. Hah tunggu lagi? Sapu arr...makan lagi. 


Pasemboq Padang Kota~!
  Dah petang, ktorang g Padang Kota. Makan pasemboq orang belanja. TQ. Ni pon sedap giler. Memang jalan2 cari makan betol. "Percutian tambah berat badan". Haish...sah berkilo naek nih. Dah malam, balik hotel sebab hujan. Kol 10:30 malam kuar balik dengan harapan nak lepak McD. Tapi hujan masih rintik2, akhirnya lepak kedai atuk (KFC). Rancangan nak membeli-belah di nitemarket hancus sama sekali. Kesian pada kawan2 gue yang datang dari jauh. Aku tak pe, sebelah negeri je pon. Bila2 ja boleh sampai. [poyo, padahal jarang kot nak sampai]

Juga dibelanja~!
Malam ni berkurang 3 orang. Katil di bilik agak lapang sedikit, tapi kegembiraan pon berkurang jugak. Tapi ape2 pon, puas bergembira ngan diorang di siang hari. Huhu...


To be continue...

Saturday, November 27, 2010

Sambungan percutian ke Perlis~!

Kak Sue & Abg. Rodney~!
27 November 2010

Kol 12:30 tengah hari kitorang betolak ke rumah kenduri [Kak Su merangkap my ex-housemate aku]. Beliau berkahwen ngn classmate sendiri merangkap bfnya dulu. Nang bersemangat kitorang nak pegi. Cumil betol dua2 orang pengantin. Memang macam pinang dibelah dua lah. Perghhh~! 

Kek yang simple tapi cantek~!

Barang2 hantaran~!
Kami lah tuh~! 
Kol 4 petang semua betolak ke homestay untuk mengemas barang2 yang baru disepahkan pagi tadi. Ke homestay dak laki dulu yang memang ala2 kampung, then baru ke homestay pompuan yang macam rumah taman. Huhu..siap bekemas, ktorang kuar dari Perlis Indera Kayangan menuju ke Penang.

Homestay ala2 kampung~!

Kol 8 malam baru sampai penang.Sebab terlambat? Malas gue nak citer. Hahaha...tapi tak pe lah, suma dah sampai ngan selamat. Kat Penang ktorang dihidangkan dengan nasi beriani sayur, nang memang banyak sayur nya. Seyes sedap giler2. TQ Kak Maro. Ngan desert yang sangat2 sedap, memang journey yang penoh ngan makanan la. Puas makan, malas nak gerak. Haha...loqlaq~! Kol 9 cam tu ktorang begerak cari hotel. Kol 11 jumpa, terus check in. 

  Dalam keletihan, sempat lagi aku besama Hazzy,kak Yon, abg Joan and abg Arie turun ke nitemarket kat bawah tuh. Kalau translate balik, jadi pasar malam. Tapi bukan lah macam pasar malam, dia ala2 uptown downtown camtuh. Haha... Kat situ ktorang ronda2 cuci mata di saat yang laen dah cuci muka nak tidoq. Huhu...tegar~! Jalan2 separuh, orang dah start tutup2 kedai, so ktorang pon menutup langkah lah. Balik ke hotel yang cumil. Malam tu malam paling best aku rase, katil yang hanya disediakan untuk 4 orang, telah dimuatkan 7 orang di atasnya. Wow...nang muat. [hik2...kesimpulannya, gue tak de lah besaq sangat2] hahah...Cumil jer semua tidoq tanpa bergerak ke kiri or kanan.

To be continue...

Friday, November 26, 2010

Percutian 3 hari 4 malam ke Perlis & Penang~!

Perjalanan yang panjang~!
26 November 2010

Kali ni kitorang ke Perlis and Penang. Betolak jam 10:30 malam 26/11 sampai kol 8 pagi keesokan harinya. Perjalanan 9 jam 1/2 nampak macam memenatkan. Tapi aku sebagai penumpang disebelah tak de lah penat pon. Jalan2 berenti. Jalan2 berenti. Asal berenti ja, cari makan, tak pon g toilet basuh muka. Mana la nak penat sangat. Huhu...lagi pon aku takot sikit kalau journey malam2 ni. Tak berani nak tido. So mata gue memang beso la mengadap jalan even bukan gue yang memandu.

 To be continue...

Sonok lawannya tak sonok~!

Terdengar bising2 kat atas, mula teringat sesuatu. 
Owh skarang dah 12 lebeh, patut la..




Mak saye salu cakap ni. "Seronok2 lawan dia tak seronok." Apakah ia benar??? Di bawah ni saye kongsi sikit yer citer2 berkaitan:


OK...sebagai intro,cantek tak warna air nih? Cantekkan? Cantekkan? Haha...Ada macam2 kaler. Cuba lah teka apa ni? Hah? Air susu? Air soya? Masak lemak cili api? Owh...sungguh kurang kunyit. Ni gambo sebelum tambah kunyit. Cuma kurang masin cikit sebab tak letak garam lagi. 

Anyway, ni bukan masak lemak cili api or air susu perisa carrot or air soya perisa sos tomato. Ni air celebrate besday kawan. Miss Iza and Miss Yana merangkap rumate Miss Iza. First time saye jumpa rumate yang sangat2 bersemangat merancang untuk mengenakan rumatenya termasuklah dirinya sendiri . Buat perangkap untuk mangsa dan diri sendirik. Memang terbaek lah Miss Yana. (haha...actually Miss Yana tak tahu dia akan dikenakan sekali)


Nak tau ramuan dia tak? Ok2 bahan2 yang diperlukan untuk masakan ini adalah:
  1. Air paip (Dari sinki. Tak sampai hati nak boh air toilet walaupon source nya sama saja..huhu)
  2. Sambal belacan yang dah 2 hari disimpan (Kebetulan sahaje ia ada di atas meja dapur)
  3. Tepung Ubi (juz untuk menceriakan warna air yang pucat lesu. Suci kan nampak? Hak2..)
  4. Serbuk kunyit (sebagai penambah warna.)
  5. Telur ayam yang dah expired (agak hanyir baunya)
  6. Sedikit taik ikan bilis (Tolong dak umah perisi ikan bilis)
  7. Sos berulat (Hampir diletakkan tapi sangat2 lah tak sampai hati)
  8. Hahhh cukup2 lah tuh. Kesian la kawan kalau nak pekena pon agak2 la...

Akhirnya apa yang dirancangkan berjalan lancar. Cuma sedikit terkantoi apabila saye terlambat beberapa saat kerana perot saye meragam tak tentu pasal. Baki dua biji teloq kemuruk (telur tembelang) sudah dirancang dengan teliti agar ianya dipecahkan di atas kepala mangsa2 kejadian. Huh...sorry kawan. Terpaksa~! Ampunkan gue ya Kak Yana. Terkuat lak ketuk. Sebagai balasan, muka saye pon terkena percikannya. Perghh...nak temuntah rase. Miss Yuyu ditugaskan memecahkan telur di kepala Miss Iza, tapi ape yang berlaku, kulit telur terpaksa diretakkan di tong sampah berhampiran. Itu lawak. Seyes lawak. Mesti nebes Miss Iza yang menanti telur itu meleleh ke mukanya. 

Haha...sonok bukan kenakan kawan2? Hahhh...setiap perbuatan mesti ada balasan? Takotnye saye. Saye dah mintak ampun pada kawan2 saye. Perlu ka saye mintak ampun setiap hari pada kawan2 saye? Selepas aksi kejar mengejar mengenakan kawan, ade salah sorang ahli group wakena beb kami ni tergolek2 jatuh tangga. "Hah....ko ok tak?" Hanya ayat itu yang terpacul keluar dari mulut setiap orang. Naseb ok. Tak der pa per. Hah laen kali maen tuh beringat sama. 

"Malam2 buta jangan seronok sangat" pesan mak aku la. Tapi aku nak pesan semua orang. Hehe..Tu lah, seronok lawannya tak seronok. Betol cakap mak aku. 

Beberapa hari sebelum tu pon, sorang lagi tergolek jatuh depan tangga dek kelicinan air kunyit yang disimbah kepadanya. Yang tu semanagat nak sambut Deepavali.  Nak sangat mandi kunyit, so dapat lah. Miss Yuyu la tuh. Sebab tu die semangat sangat kenakan Miss Iza and Miss Yana.Bila dah jatuh, sudah dikira surrender. Hahaha...tapi sebelum tuh, memang penatlah berkejaran seluruh kolej dengan bunyi bising perempuan mengilai. Sah macam hantu. Hantu pon lari malam tuh takot kena simbah air kunyit. Haha...nanti habislah baju dia lekat kunyit. Dah tak putih dah.

Tapi taun ni punya besday dah tak kena marah. Kalau masa 1st year dulu ada orang jerit:

"DIAMLAH BODOH"

Gedebuk~! Kena sebijik. Free ja dapat bodoh. Tak yah bayaq pon.


Masa 2nd year saye tak sempat join sebab jarak memisahkan kami. 


Masa 3rd year kami kena marah jugak tapi dengan lebih bersopan:

"Saye dah bagi masa 1/2 jam dah nak bising. Boleh diam tak? Orang nak study" 
1/2 jam? Lamanya. Tengok2 jam, baru 12.15 am. Sah menipu. Kureng~!


Tapi sekarang dah final yer~! Sape berani marah???? Marah la... haha belagak, sekali kena padan muka~!



p/s Setiap tahun hari sambutannya adalah pada time study week. Kalau korang yang kena, rase nak marah tak??? Marahkan? Marahkan? 

Sorry la, setahun sekali dua ja macam nih. Bukan sepanjang sem. 

Thursday, November 25, 2010

Saye dan kawan2 saye tersiksa~!

Aduss~! Kepala pening dek kepanasan.
 Tapi lagi pening FYP yang tak settle2 lagi. 
Bila mau lepaskan kami nih?


Surat PINJAM ALAT. 
Surat nih saye buat sebab nak mintak kebenaran pinjam alatan di makmal, 
tapi surat saye tak diluluskan oleh orang atasan. 
Saye nak PINJAM.
 Bukan saye nak beli. 
Tak kuar duit pon. 
PINJAM~! 
Alat dah ade.
 Memang sorang dah diperuntukan dapat 5.
 Kenapa tak nak luluskan plak? Saye pelek.


Tak kan saye nak pinjam satu alat, untuk 50 responden saye?
Satu alat saye guna untuk 4 jam/person/day.
Sehari hanya boleh 8 jam. Means 8 jam/2 person/day
Only 2 person per day? Can U imagine?
So, I need 25 days to finish my measurement at construction site.
Silap2 saye pon gi keje construction sekali. Susun2 bata, panjat sana, panjat sini. 
Bancuh simen.
Sorong bata.
Tu tak kira komuniti lagi.
50 responden jugak.
Hah~! Saye dah bengang. 
Bila saye nak analyze data kalau macam ni?


So??? Bila saye nak abis projek kalau saye dapat satu saje???
Ni baru saye sorang.
Kawan2 saye macam mana?
Kami terseksa~!


Bebaskanlah kami dari belenggu ini.
Datanglah Superman ka, Otomen ka, Batman ka...tak kisah la sapa2.
Janji kami dapat diselamatkan.


Wednesday, November 24, 2010

Nak sayang pokok2 ke tak?~!

Tenang jer rase~!
Ketuk...ketap...ketuk...ketap...

Prekkkkk.......

Ketuk...ketap...ketuk....ketap....


Prekkk.....

Haish...asyik dok enter enter, delete. Enter enter delete.
Bila nak siap nih? 
Dah~!
Ni wat otak saye jem nih~

Nak ENTER dua kali ka sekali?
Kalau dua kali bnyak makan ruang.
Kalau ikut Mama Z, dia kata tak pa. 
"Tak yah nak sayang pokok kalau nak exam. Guna ja ketas banyak2."

Tapi saye sayang, Macam mana???

Tu kalau exam. 
Kalau thesis cam mana?
Tak yah sayang pokok jugak ker?
Marah budak alam sekitar kalau dengar.
Budak hutan, sorry~!
Banyak lagi TAK pokok leh tebang?

Kalau tak der, tak cantek la alam~!
Serba salah ni. Cam mane?
Brape kali nak ENTER nih?

Tuesday, November 23, 2010

Bila hati tak tenang~!

Chapter 1

Chapter 2

Chapter 3

Bila nak start nih? Saye ngah maleh giler. 
Maleh nyew sayew...

MoOd saye bercampur baur~!
Ahhh...

Tik tok...tik tok...tik tok...
Aaaaaa.........

Mate saye dah ngantok...tulong~!


Entry paling pendek~!

Jangan cakap kalau sayang~!

Bila jauh saye rase rindu, bila dah dekat, saye tak mampu untuk berbuat apa2. Malah saye merase sangat2 sedeh. Bila saye nampak tempat2 kamu bermain, saye sedeh. Bila saye nampak benda2 yang menjadi kegemaran kamu, lagi saye sedeh. Bila saye tengok barang kepunyaan kamu yang kamu tinggalkan untuk saye, lagi2 saye sedeh. Kenapa kamu tinggalkan saye dah pergi begitu saje? Kenapa tak tunggu saye? Kamu tahu saye sayang kamu. Kamu tahu saye sangat suka kamu. Kamu juga tahu, kamulah satu2 nya harapan saye. Tapi...ape yang kamu dah buat pada saye?

Kamu pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal pada saye. Kamu pergi tanpa kembali lagi. Kamu tahu tak? Masa saya pulang hari tuh, saye mencari kamu. Dalam hati ini, saye masih mengharap kamu pulang. Ntah sampai sekarang harapan itu masih ade. Saye sayang kamu sangat2. Setiap kali saye pulang, saye berharap kamu akan muncul dengan tiba2. Masa itu, saye takkan tinggalkan kamu lagi. Saye takkan lepaskan kamu lagi. Saye akan jaga kamu baek2. 

Kamu marah saye ke sebab tinggalkan kamu? Saye bukan sengaja. Sekejap saje. Kan saye dah janji nak datang jumpa kamu nanti. Tapi...belom sempat saye tunaikan janji saye, kamu dah tinggalkan saye. Saye sedeh sangat bila dapat berita tentang kamu. Hidup saye tak tenteram beberapa hari. Sekarang saye masih sedeh. Kalau boleh saye nak bersama kamu selamanya. Sampai bila2. 

Kamu sakit. Saye rase terkilan sebab tak dapat jaga kamu masa tuh. Kalau boleh undurkan masa nih, saye nak jage kamu sampai hari terakhir kamu. Saye sedeh...saye sedeh...saye sedeh....

Saye salu cakap saye sayang kamu. Saye sayang kamu. Bukan saye tipu. Saye betol2 sayang kamu. Tapi orang kata, kalau sayang jangan cakap sayang, nanti akan mati. Tapi saye yakin, ajal maut di tangan Tuhan. So saye nak cakap jugak. Kalau saye tak cakap saye sayang kamu, nanti bila kamu tinggalkan saye, lagi la saye sedeh. Biar kamu tahu yang saye sayang kamu. 

Ok lah. Saye ngah sedeh sekarang. Saye mau lihat gambar2 kamu yang kamu tinggalkan untuk saye. Moga kamu selamat di mana saje kamu berada. 


Masa ni kamu belom cukup setahun~!


Kamu masih kecil. Kanak2 lagi~!

Kamu dengan adik kamu. Adik kamu dah kawen sekarang. Dah 2 kali mating~! Huhu...

Kamu yang dah semakin gemok~!

Kamu yang besar di sebelah kamu, budak kecik yang takot pada kamu~!

Kamu yang tido tak ingat dunia~!

Kamu setia tunggu saye~!

Saye suka mata kamu~!

Saye suka peluk cium kamu~! Muahhh...

p/s Saye sangat2 sayang kamu. Saye nak jumpa kamu selalu dalam mimpi saye..

Monday, November 22, 2010

Saye suka saye tulis, saye tak suka saye delete~!

Bila saye sunyi, bLoG ni lah peneman saye. Saye suka cerita semua mende kat dia, tapi tak semua cerita saye ada dekat page saye. Saya sedeh, saye citer, saye hepi, lagi2 la saye citer, saye marah pon saye citer. Tapi saye dah delete semua citer marah saye sebab saye tak suka simpan rase tuh. Kadang2 saye mengong kat sini, tapi saye tak kisah. As long as saye tak kacau orang, saye go on jer. 

Saye suka citer kisah2 silam saye kerana saye rase ianya sangat hepi bagi saye. Semua itu mengajar saye sesuatu. Kalau tak ade kisah dulu2 mana mungkin ade kisah sekarang. Setuju? Tak setuju pon tak per. Haha..Saye suka ingat mende lama2 kerana ia merupakan kenangan terindah bagi saye. Dan saye juga suka berangan untuk masa hadapan walau pon saye tahu sebahagian darinya tak kan jadi kenyataan. Kalau ianya benar2 menjadi kenyataan, hanya satu yang mampu saye ucapkan. Thanx Allah~! Saye memang kuat berangan because its make me happy. 

Kadang2 sini jugak menjadi tempat saye menghargai kawan2 saye. Ini kerana saye sangat suka mereka (excluded  the oldest post that I've been deleted). Sorry for that. Bukan saye tak menghargai kamu, tapi saye rase tak selesa dengan isi kandungannya. Saye rase saye hipokrit. Saye benci rase tuh, so saye delete. 

Saye tak tahu sampa bila saye akan berblog tapi satu saye harap, saye tak jemu menghadapnya setiap hari. Selagi bLoG ini berupdate, selagi itulah saye masih disini dan mempunyai kekuatan untuk mengupdatenya. Sekarang dah menjadi rutin harian saye mengupdate bLog. Fbook hampir diabaikan. Tapi saye tak boleh abaikannya kerana ia juga berguna kepada saye. 

Di sini juga tempat saye meluahkan ape yang saye tak mampu nak luahkan dengan kata2. Kadang2 ianya terlalu tersurat, dan kadang2 ia juga tersirat. Maksud yang tersirat itu, biarlah ia disimpan kemas di sudut hati ini supaya tiada yang mampu untuk menguraikannya. 





Rumah kecilku~!

Sape cakap aku tak pandai melukis? Sejak kecik lagi aku dah pandai melukis. Tak caye? Tanya abang aku. Dia yang ajaq aku melukis. Buktinya ni ha:
Siap ade awan kat atas bumbung, paling tak leh blah~!

Amacam cantek tak? Ni aku lukis masa aku sebelum masuk tadika. Mak aku suka beli kapoq(chalk) ngan papan hitam kecik tok aku ngan abang aku belajaq menulis. Best~! Tapi aku lagi suka lukis kat pintu2 and dinding umah. Mak aku dah tak larat nak padam. Pasrah~!  Suma dinding umah aku conteng tapi hanya hasil nukilan aku yang ni ja yang tinggal kerana dinding rumah aku yang laen dah roboh, dah bina rumah aku sekarang. Mesti diorang sayang nak runtuhkan bahagian ni sebab sayang ngan lukisan aku kan? Hahaha...perasan. 

Aku baru perasan hasil nukilan aku nih semalam masa aku melawat ke rumah aku yang sudah lama ditinggalkan itu. Haha bajet cam jauh giler, tapi sebelah ngan bilik aku jer kot. Tak de lah tinggal terus umah tuh. Sekarang umah tuh dah jadi wad besalin untuk kucing2 aku. Hope korang selesa di sana. Mereka lah yang menjaga segala kebajikan rumah itu. Dan kebajikan besalin mereka juga dijaga oleh rumah itu. Haha gile...

Tapi aku tak tau kenapa rumah yang aku lukis tuh, tingkapnya melekap kat bumbung. Mana aku tengok rumah macam tu pon aku tak taw. Mungkin tu lah umah idaman aku masa aku kecik2 dulu. Haha...nang buruk aku tengok skang. Tapi aku kagum ngan diri aku kerana mempunyai impian memiliki umah sendiri bila aku dah besaq nanti. Sekarang lah tuh. Nak besaq mana lagi??? Haha.. Kalau tak silap aku masa tu umur aku dalam lingkungan 4 or 5 tahun. 

Satu lagi mende, aku suka lukis payung. Payung tuh siap ada renda2 lagi kat bawah dia. Aku pon pelek. Kakinya betol2 berbentuk J. Hahaha....guling2 aku gelak tengok hasil nukilan aku tuh. Seyes cacat~! Malu nak letak sini. Wakaka...




Sunday, November 21, 2010

Saye sayang kamu~!

 Bila saye teringat ex-rumate saye (kak Mamai) saye akan lihat pintu bilik saya. Ape yang ade kat pintu bilik saye??? Hah...hasil nukilan kami berdua demi meninggalkan kenangan manis bersama di bilik A-G-10-2. Sampai sekarang saye tak tanggalkannya lagi. Saye sayang~!


Bila saye rindu wajah ex-rumate saye, saye letak Background desktop saye ngan die. Cutenye kami berdua.Gambar poyo2 time penat study. Tapi saye tak leh nak letak kat cni gambo itu kerana saye dan die same2 rambut percuma a.k.a free hair. Huhu...

Saye suke wat keje giler ngan die. Saye suke karok dalam bilik ngan dia, tapi die salu cakap saye nih perosak lagu. Wakaka...Saye salu tido lambat ngan dia semata2 tengok citer korea yang die cakap best. Die yang ajar saye dengar lagu2 korea. Akhirnya sampai sekarang die kejut saye bangun Subuh. Uihhh...Bukan Kak Mamai yang kejut, tapi lagu die. Haha...

Die lah peneman setia saye ke toilet pagi2 buta di kala semua orang tido lena. Ini membuatkan saye sayang die lebih. Tapi sekarang saye lebih berdikari. Saye dah boleh gi sendiri. Die suke lukis gambo2 katun sebagai semangat untuk study and saye suke tengok. Die ade buat satu untuk saye. Saye ingat nak frame kan. Over tak saye? Hahaha...sebab saye sangat sayang kepada die, so pemberian die adalah kesayangan saye jugak. 

Saye suke study dengan die. Die best. ^__^  Kadang2 die blur macam saye, tapi dia lagi blur dari saye. Hak2...sebab saye yang tulis ni, kalau dia yang tulis mesti dia cakap saye lagi blur dari die. Lagi, saye suke dia kerana otaknya sangat kuat mengingat. Die salu bagi soklan2 pas year kat ktorang. Bile nak exam jer, suma datang membawa sebatang pen dan note2 yang nak exam. Datang menuntut ilmu dengan tekun. Syukur Alhamdulillah...soklan2 nya ada yang kuar. Perghhh....saye sayang kamu.

Mase saye ngan die, result saye agak bagus. Naek mendadak. Wow...saye terkejut. TQ Kak Mamai banyak ajar saye. Upsss~! kenapa saye panggil die Kak Mamai, sebab die salu mamai a.k.a blur. Hahaha...saye suke time die blur, sangat cumil macam saye. Haha perasan lagik. Asalnyer saye panggil die Kak Mai, tapi lebih mesra sekarang dengan nama panggilan Kak Mamai. 

Saye dan Kak Mai~!

Panjang2 saye citer pasai die, meh saye kenalkan dia pada sesape yang tak kenal die lagik.
Nama die Siti Maisarah bt Amdan
Senior setahun atas saye (BSKPP)
Dilahirkan pada 1 April 1987..Tuttt...setahun tue dari saye
Asal Melaka..saye penah pegi rumah die. Best~!
Sangat suke dengan katak. Saye pon suke katak2..Kami kawan ^^,
Barang2 banyak warna hijau, Saye pon sama. Kaler feberet. Tettt!
Memakai gigi besi...membuatkan die lagi cumil. ^_^

 Ok itu saje. Cukup2. Nak kenal lagi, gi mintak no tepon dia.

Sayang korang suma..Muahhh~!

Sekarang saye mau citer mengenai kawan2 sosial saye yang sangat saye sayangi. Saye sangat suke dengan mereka kerana mereka sangat2 lah sporting dan friendly. Sume ini adalah sahabat2 saye dari kos yang berlainan iaitu Biomedic. All of them are sebaya which is 24 this year where they are 2 yeras older than me. They are like kakak2 and abang2 yang sangat2 best~! Saye sangat2 bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan saye sahabat2 yang sangat2 baek di sekeliling saye. Yang sangat cumil berselendang biru itu nama Hazzy, dialah satu2 nyer sahabat yang join the group yang sebaya dengan saye juge merangkap Ex-housemate saye. Saye sangat suke berkawan dengan die sebab dia cumil macam saye ^_^ hik2 perasan. 

Kat bawah ni gambar konvoi raye beramai2 dari Kl ke Klang. Macam biaselah, balik leawat sah kena tahan ngan Pak Cik Guard kesayangan saye yang menjage hal2 keselamatan kami semua. TQ Pak Cik~!
The latest, konvoi raye KL-Klang taun ni 2010.

Ni plak gambar bukak puasa beramai2 di Brothers Conner taun lepas merangkap Reunion diorang semua tapi cam biaselah saye dan Hazzy dijemput hadir. Hak2...^_^
Bukak puase beramai2 taun lepas 2009

Dah puase, of kos la raye kan? Ni gambar raye taun lepas, dari KL-Melaka sampai lah ke Johor, balik singgah PJ  mengisik ruang2 kosong di perot. Hek2..=)
Konvoi raye KL-Melaka-Johor 2009

Ni kitorang raye kat balai polis. Upsss~! Pondok polis la..hahah bukan ade wat salah pa per ek. Jangan salah paham, memang kitorang gi raye sini. Dalam tu ade rendang itik yang sangat2 sedap. Perghh...meletup! 1st time aku makan rendang itik. 
Raye kat Johor.

Ni plak kat Langkawi di mana ia merupakan percutian di hujung sem. Ni mase aku 2nd year nak masuk 3rd year. Ni kat atas kat tempat Cable Car tuh...kat jambatan yang berbentuk SMILE tu. Haha..
Jalan2 di Langkawi 3 hari 2 malam 2009

Ni depan Langkawi Cable Car. Dah cuak2 naek, turun bawah bergambo lagi.
Di Langkawi 2009

Ni kat pantai Chenang kalau tak silap. Sebelum naek banana boat yang sangat2 seronok. So gambar ini menunjukkan betapa seronoknya kami semua. Yeaaa...
Still Langkawi 2009

Ni kat Telaga Tujuh masih lagi di Langkawi. Penat ooOoo naek tinggi2, so ape lagi, kita mandi laaa...
Telaga Tujuh Langkawi 2009

Ni dah masuk taun nih. Kat Sungai Congkak. Trip ditaja oleh Kak Ina (kakak bertudung biru). TQ kak Ina. Sungai Congkak menjadi pilihan kerana tanahnya landai dan airnya cetek sesuwai untuk kanak2 (anak2 Kak Ina)
Trip to Sungai Congkak 2010

Haaa...ni plak trip to Negeri Sembilan. Kat Rembau kot.  Saye tak ingat sangat nama2 kat N9 nih. Huhu...sorry orang Nogori. Ni trip time musim buah2an. Perghh...memang best giler. Gi petik buah kat pokok boleh terus makan. Buah durian pon kitorang petik kat pokok. Hahahaha (gelak besau, sape caye memang lah). Sambil tu kitorang jalan2 pusing kampung. 
Jalan2 Rembau rembat buah2an 2009
(^__^)v

Next, trip to Perlis, kenduri Kak Susu kawen ngn bf die dulu Abg. Rodney Jammy. 27 November ni... Nanti saye uploadkan gambo diorang ek. 


p/s Saye sangat2 suka bersosial dengan mereka. Sosial yang sangat2 hepi. Sentiasa menjaga sensitiviti kawan2. I like. Mereka telah menceriakan hidup2 saye di Universiti. Friendship forever...

Saturday, November 20, 2010

Hobi baru saye~!

Malam ni keje aku blogwalking jer. Brenti kejap pi wat cucoq udang (tapi udang tak dak, udang dok raya aji ag)  + kuah kacang, siap bancuh ayaq teh panas, makan malam2 cam nih. Perghhh...memang sodap wa cakap lu. Lepas suma dah kenyang + mengah perot2, suma wat keje masing2. Adik + abah aku tengok TV, sorang lagi bukak buku, mak aku mula nak landing2 and aku sambung blogwalking. Huh...memang saye sangat free malam2 begini kerana saye lupa nak bawak balik buku panduan membuwat Thesis (hik2 saye memang lupe giler2). Proposal saye dah siap edit cantek2 mau print kasi kat Safety Health Oficer kat construction site yang saye nak buat nanti. Tunggu ya En. Nazlan. Selasa nanti saye bagi kamu. 

Jalan punya jalan sampailah saye tidak perasan yang jam di dinding sudah mencecah angka 11. Huh..dah lewat malam. Tapi mata masih lagi segar bugar. Tak boleh nak tidoq kol 12 asenye malam nih. Saye tak ngantuk ag. Rumah pon masih terang benderang. TV sama kuat dengan bunyi highway depan umah. Mana mungkin saye boleh tidoq di kala orang laen sedang membeliakkan mata ngan keje masing2. 

Sekarang saye suka baca blog2 orang. Saye boleh kenal perwatakan diorang dalam diam and macam2 saye boleh belajar dari diorang. Best~! Thanx to my fren yang ajar saye berbeloG nih. Skang saya sangat2 lah suka mengupdate blog saye agar ia tak sunyi dari jengukan saye. Tapi saye sayang entry2 saye yang lama. Saye dah delete suma sebab saye sangat bengang dengan beberapa entry dalam tuh yang saye dah tersalah tulis (itu salah saye tak kenal dia betol2 and terlalu cepat berasa senang dengan dia). Tapi ape saye boleh buat, itu memang sifat peribadi saye. Saye senang rapat dengan orang. Saye fikir dia sangat baek, tapi itu hanyalah fikiran saye semata2. Realitinya??? Saya dah ketahui. OK tamat di sini. Saye tak nak citer kisah silam yang amat menyedihkan itu lagi. Saye tak nak lagi menipu diri dia dan juga diri saye sendiri. Jadi saye ambil keputusan untuk mendelete semua entry lama and saye mulakan entry baru yang gile2 baru bermula 23 Ogos 2010. 

Untuk pengetahuan sape2 yang bace entry nih, entry2 saye yang dulu saye sangat suke bercerita tentang kawan2 yang rapat dengan saye berbanding cerita2 hidup saye. Tapi kali ini, saye mulakan yang baru di mana cerita2 semua adalah berkisarkan kehidupan saye dari saye kecik sampai la sekarang yang dah beso panjang (tapi tak panjang pon) haha...Inilah saye. Inilah diri saye. Inilah hidup saye. Terserah untuk kamu menilai saye dari penulisan saye. Itu hak kamu. Saye tak boleh halang pemikiran kamu terhadap saye.