Friday, October 21, 2011

Takdir Ilahi~

15 Oktober 2011, Sabtu, 2:00 pm

Mak,

Hari ni Ct Konvo.Tapi mak tak dapat datang kan sebab mak tak sihat. Tak pe lah, Ct paham. Ct tak nak paksa mak. Ct tau mak tak larat nak stay lama dalam dewan. Tapi Ct kesian kat mak. Dah lama kan mak tunggu nak datang Ct konvo. Mak cakap, "Orang, muda2 masuk U, mak dah tua2 baru nak masuk u...tapi tak pa lah, janji boleh masuk sudah". Tapi bila tiba masanya, keadaan plak tak mengizinkan. Dugaan kan mak? 

Tak pe lah, Ct cakap kat adik2, "Nanti mak datang konvo korang la. Tak pe lah mak tak dapat datang kali ni, nanti konvo korang mak boleh gak tengok. Janji mak dapat tengok anak2 mak konvo". 

Petang tu, abah ngan adik2 datang majlis konvokesyen. Tapi lepas ja abih majlis, diorang terus balik sebab dapat panggilan dari kampung cakap mak kena transfer hospital ke Hospital Taiping sebab keadaan mak bertambah teruk. Tapi bodohnya Ct, Ct tak ikut pon diorang balik sebab Ct terlalu yakin yang mak tak apa2.  

Tapi lepas ja diorang balik, Ct terasa sunyi sangat, sebak tiba2, sedeh...tetiba menangis. Tapi Ct cuba sedapkan diri. Lepas bergambar ngan kawan2, Ct solat, Ct tetap tak lupa berdoa untuk mak...moga mak cepat sembuh. Aminnn...

Tapi malam tu, Ct sedeh sangat. Balik je kolej, air mata meleleh2 tanpa sebab. Ct tak tau kenapa. Ct tdo....

Bila bangun pagi, Ct terus tengok fon, ada mesej dari tepon mak "Kak mak masuk ICU". 

Ct tak rase pa per lagi sebab Ct yakin, mak tak pa per. Mak akan sembuh. Mak muda lagi. Mak kuat...tak de pe lah...

Tapi Ct rase sangat2 nak balik. Ct wat keputusan nak balik jugak pagi tu. Terus siap2, Che Moh hantar kat KTM. Turun ja kete, bas dah kat blakang. Ct trus naek. Sampai ja Puduraya, Ct terus gi cari bas paling awal. Kaki melangkah ke arah Transnasional. Bas paling awal 8.30 pagi. Jam kat tangan menunjukkan 8.15 pagi. Syukur la ada bas, tak yah tunggu lama.

Dalam bas, Ct mesej adik tnya keadaan mak. Wan cakap, mak makin teruk. Dah tak sedarkan diri. Doktor suruh anak2 baca Yasin. Masa tu, Ct dah tak tahan sangat. Ct menangis2 dalam bas. Dalam hati, jangan la ada pa per berlaku kat mak. Tapi hati Ct masih lagi yakin mak akan sembuh. Mak ok...

Alhamdulillah Allah permudahkan kerja Ct. Bas pon cepat. Dalam 12 lebih Ct sampai. Wan ambik Ct kat Stesen Bas Taiping. Dalam kete pon Ct menangis tak henti lagi. Dah dekat dah dengan mak...Hope sangat sempat jumpa mak.

Sampai ja hospital, Ct trus masuk tengok mak. Ct tak tahan. Kenapa keadaan mak macam ni??? Tak macam yang Ct jangka. Sedeh sangat. Ct baca Yasin kat mak. Mak dengar kan??? Tiba2 nurse cakap, ajar mak mengucap, Ct lagi sedeh. Mak nak pergi ka??? Tak kan mak nak tinggalkan kami semua??? 

Banyak lagi benda yang mak tak dapat. Mak tak dapat tengok anak2 mak konvo, mak tak tengok lagi anak2 mak kawen, mak nak maen2 ngan cucu2 mak kan??? Mak nak tengok result PMR Shitah, result STPM Zaid, result Matrix Wan... Tak kan mak nak pergi sekarang???

Ya Allah...bagi lah peluang kepada mak untuk merasai semua ni.

Jam kat tangan dah pukul 2, Ct ngan Shitah gi solat dulu ek. Jap lagi ktorang datang balik dekat mak. Mak tunggu taw.

Lepas solat Zohor, Ct ajak Shitah solat hajat.Selesai ja solat, tepon Ct bunyi, Nuat yang call. "Ct cepat datang sini, Doc dah panggil suma jumpa mak". Masa ni Ct takot sangat2, takot sangat tak sempat jumpa mak. 

Kami berlari dari tingkat 3 turun ke tingkat 2. Terus masuk jumpa mak. Alat yang pasang kat badan mak dah semakin lemah bergerak. Ada yang dah kosong. Makkkk.....tak kan mak nak tinggalkan kami semua???

Abah suruh ajar mak mengucap..selepas tiga kali Ct ucap kalimah La ilahaillallah...doc cakap mak dah tak dak... Masa tuh, Ct tak tau nak cakap macam mana. Air mata berjujuran jatuh ke lantai. Terasa sangat2 kehilangan mak...Ct belom besedia mak. Tapi macam mana Ct merayu pada Allah pon, ianya tak kan berubah.

Allah tak kan melambatkan atau mempercepatkan masa kematian seseorang itu walaupon sesaat...dan Ct yakin dengan itu.

Mak betol2 pegi kan? Mak...adik2 kecik lagi untuk hadapi semua ni. Tapi, tabahnya hati diorang mak...Ct tau Ct tak kuat untuk hadapi semua ni. Tapi Ct janji Ct akan jaga diorang sebaik mungkin. Ct ingat pesan mak dulu, " Kalau mak abah tak dak nanti, hampa jaga la adik2 baik2. Jangan gadoh2, dok elok2"... Ct ingat pesan mak tu. Ct akan jaga adik2, Ct akan sara diorang blajar sampai berjaya.

Mak kat sana baik2 ek...moga roh mak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beramal soleh. Adik dah tunggu mak kat sana. Moga kita dapat bertemu di Syurga nanti...Aminnn...


Satu lagi Ct nak mak tau, Ct sangat2 sayangkan mak <3 <3 <3


Wednesday, October 5, 2011

Bran tak bran, buat jugak la beb~

Esok Kamis, lusa jumaat.....


So???


T-shirt keje ada 4, stok isnin sampai kamis, jumaat baju kurung. Ok lah cun...seminggu skali basuh baju. Jimat air jimat letrik.


Tapi...tapi....tapi......
Ada bran lagi ka mau pakai bju kurung?


Last week, gua exercise terbaek punya. Ngan baju kurung, gua lari sini sana, gua naek turun tangga, tambah plak, naek moto skill rempit punya...huh last paling tak leh blah, panjat bumbung ngan baju kurung~ 


Amacam???


Ada bran x?


Dengan berbekal kan nasik lemak, cekodok, kek dan makaroni masam manis, gua lari sekuat ati, gua panjat sana sini. Habis suma makanan raya gua..


Bos cakap "Len kali, ko ngan aku jangan sesekali gatai mau pakai baju kurung!" 


Hahahaha....baek bos. Apa kata minggu ni pakai jubah nak???




p/s nnti gua masukkan pic ayu gua berbaju kurung, bersimpuh sambil menjamu selera~ ahaha

Test la kalo brani~

Selamat bersua kembali.....lama10x gila tak menjenguk ke ruang nih~ Rindu bangat mau menconteng2 kat sini. Al maklumlah, sekarang ni perasaan sedang bercampor baur. Aduh...stress beb.

Hal keje satu hal, makin hari makin banyak keje tapi makin best. Itu aku tak kisah. Tapi satu hal, makin hari makin bikin aku susah ati. Udah2 le tu...

Macam mana mau ilangkan stress? Bole tak macam ilang kan ngantok?

Bak kata Nazira: "Ko ambik hpon ko, ko baling sekuat ati kat dinding, sekuat ati tau!" 

 Kalo cam gini, bukan takat ilang ngantuk, ngan bijik mata aku skali mau dok ilang...
Mana tahan beb tengok hpon bersepai....


Tapi bole ka nak try buat, tapi guna hpon kawan??? Ahahaha..

Ok2, nnti aku pikir lagi cm mn...


p/s Gembira, dalam hati ada sedeh ='(