Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T dengan keizinannya kami telah berjaya melaksanakan satu aktiviti kelab (Kem Induksi KRS) selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong Selangor. Thanx kepada semua yang terlibat dalam kem ni. Terutama sekali para mantan dan AJK (Apad, Kak Wahi, Kak Juma, Anum, Raje, Abg. Noh, Hasanah, Azlina, Zira, Aden, Is, Ghazz, Surahim dan tidak dilupakan juga Hairi). Tanpa korang, maka tidak sempurnalah kem ini. Tanpa korang juga, kem ini tidak mungkin dapat dilaksanakan. Maaf di atas segala kekurangan yang berlaku. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. Moga kalian sentiasa diberikan ketenangan dan kemudahan dalam menjalani hidup. Walau pun penat, kalian tetap memberikan kerjasama tanpa merungut. Memang terasa sangat semangat kekeluargaan dalam KRS. Hari first datang ke kem, excited sangat rasa sebab kita boleh buat kerja sama2, makan sama2, sharing segala masalah, sembang2, bergurau senda dan macam2 lah. Tetapi bila tiba masanya untuk pulang ke UPM, terasa sedeh sangat sebab terpaksa berpisah dengan kalian semua. Tapi diharap kita dapat bertemu lagi dalam next aktiviti. Insyaallah...
No comments:
Post a Comment