

Tamat setahun di Matrikulasi Pulau Pinang, aku menunggu keputusan untuk ke menara gading. Cehhh...menara gading, tak leh blah. Ni pon salah satu cita2 aku jugak masa kecik dulu. Nak masuk menara gading. Haha... Akhirnya tercapai juga cita2 ku ini. Tapi aku cari jugak, mana menaranya...haha. Bila dah dekat U (Universiti Putra Malaysia), harapan aku musnah sama sekali. Mana mungkin aku jadi doktor. Di atas surat tawaran, terpampar kos yang ditawarkan kepada aku. Bac. Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan. Perghhh...panjang nyer. Mampu ka aku ingat nama kos aku nih? Pada awalnya, aku sedikit kecewa. Tapi....
Sesekali aku muhasabah balik diri aku, aku sedar, mengapa aku ditakdirkan berada dalam kos aku sekarang ini, Environmental and Occupational Health Sciences. Rupanya ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Secara logiknya, macam mana aku nak jadi doktor, kalau tengok darah pon takot (cam orang accident gggrrr), tengok mayat pon lari. Memang sah2 la tak layak. Tu sebab kedua la. Sebab pertama mesti la result.

So, bila di Universiti ditambah pula aku berada dalam kos aku sekarang ini, sudah tentulah aku terpaksa menukar sekali lagi cita2 aku. Aku nak jadi SHO, safety health officer. Lama jugak aku bertahan nak jadi SHO ni. Sampailah tadi bila mana Prof Z merangkap supervisor aku berkata, "I tengok budak2 nih isi kat borang nak jadi SHO, haish...I geram betol. I nak tukar la. Nak letak SHE, safety health executive". Perghh...so, nampaknya gue terpaksa tukar lagi cita2 gue. Now, cita2 gue adalah SHE, safety health executive.
Ada sapa2 mau cadangkan cita2 baru untuk aku???~! Hope ni lah cita2 terakhir aku, sebelum aku mencapainya.
5 kali penukaran cita2 baru boleh tercapai~!
No comments:
Post a Comment