Sunday, January 2, 2011

Surat lama~!

Hari ni aku sangat2 rajin. Dari pagi aku basuh baju [pakai tangan ok], aku sidai baju [of kos la kan], aku lipat baju, aku kemas bilik, aku clear kan dashboard aku, aku susun buku2, aku kemaskan alat2 lab aku, aku susun keje2 FYP aku dan aku tak lupa juga kpada beLoG kesayangan aku. So aku kasi baju baru kat dia. Then aku tukar accessory sikit kat dia. Hope u hepi lah my beLoG~ 

Kali ni beLoG aku nampak suci ckit. Penuh dengan warna warni kehidupan. Kakakah...berangan. Kalau boleh aku nak tahun 2011 ni lebeh bermakna, lebeh hepi, lebeh ceria, lebeh baek dari taun2 sebelum ni. Tapi walau apa pon, aku tetap bersyukur pada Allah. Apa saja yang Dia bagi kat aku, aku terima ja. Aku hanya mampu berdoa, tapi Dia yang Maha menentukan segalanya. Hope impian aku kali ni dimakbulkan...Aminnn~

Hari ni aku dah start mula azam2 baru aku yang aku tak mention kat beloG aku. Azam tersembunyi. Memang tak leh blah. Haha...bukan apa, orang tua2 kata, kalau nak buat sesuatu jangan bagitau orang laen. Nanti tak jadi. Ntah la. Aku tak caya sangat. Tapi kadang2 ada jugak yang betol. Huhu... (^^,) Percaya!

Yang aku dah tulis, aku biarkan je lah. Kalau jadi Alhamdulillah, =)  kalau tak jadi, pasrah =I 
Dalam aku dok mengemas2 tetiba aku terjumpa surat lama yang pernah aku tulis time aku down giler~ Haha...lawak pon ada jugak bila baca balik. Aku langsung tak ingat aku pernah tulis mende tuh. Ahhh...malu kot kalau ada kawan2 terjumpa. Boleh lak aku letak dalam laci aku macam tu jer. Kalau sesape yang dah terbaca dok sengap2 ek. Jangan bagitau aku. Nanti aku malu. Kalau ase mau kena sekeh, cakap la! Huh...malu2. (~__~)

Tapi tu lah salah satu cara untuk aku lepaskan segalanya yang terbuku di hati. Aku akan tulis suma, then aku akan koyak buang dalam tong sampah. Ntah macam mana lak yang ni aku terlupa. Hope tak de lah orang yang terbaca. Lupa lak aku nak tulis pesanan kat situ, "Jangan baca! Sapa baca perut kembong, peksa tak lulus". Huh kejam giler sumpahan tuh. Kakakah...tu lah ayat2 yang salu tertulis kat diari kawan2 time sekolah rendah dulu. Haha...sory fren, aku pernah terbaca sikit. Tapi nak buat macam mana, ko tulis ayat tu selepas crita ko. Kalau ko tulis sebelum citer, baru la orang tak baca. Kira sumpahan tu tak jadi la kan?

p/s Jangan sesekali mencuri baca diari kawan2 even kanak2 punya diari. Nanti diorang malu~

No comments: