Saturday, February 26, 2011

Test Market~

.::Salam::.

Saya mulakan entry saya kali ni wif salam ek. Saya nak jadi baek sikit. Selama ni saya salu dok maen terejah ja kan? Ish3...apa la nak jadi ngan saya nih. [Mood: Insaf sikit]. Cuba la bersopan sikit kan?

Ok2, kali ni tajuk saya test market. Awat saya nak menega [berniaga] ka? Saya bukan nak menega, tapi saya nak cerita pasai Pilihan Raya Kampus. Besa la kan, bila dok U ni, mesti ada PRK. Untuk pengetahuan semua, saya ni bukan Pro A dan bukan juga Pro M. Abih saya ni apa? Emmm....saya tukaQ la. Saya Pro A dan saya juga Pro M. Awat saya kata lagu tu? Sebab saya undi dua2. Saya ni mana pernah mengundi betoi2. 4 taun saya dok U, mengundi sah2 la 4 kali kan, tapi semuanya saya maen sentai ja. Semua saya undi. Ada beberapa sebab saya pilih depa. Nak taw sebabnya? Tengok la kat bawah ni.


5 sebab mengapa saya undi calon pilihan saya:
1. Ensem bagi laki, cantek bagi pompuan~ Tettt...[tempat first do...]
2. Saya kenai. Senior saya ka, junior saya ka. Pro A ka, Pro M ka. Tak kisah la. Janji kenai.
3. Muka nampak cam yakin jer...macam bole wat keja. Tapi tak tau la kan.
4. Muka nampak kesian. Takot nanti tak dak orang undi dia sangat. So, kesian.
5. Lastly, sebab....sebab....sebab...banyak sangat kena klik, so saya klik ja la mana2 pon saki baki yg tanggai. 

SebenaQ nya kan...emmm... pada pendapat saya la kan...ingat taw, ni pendapat saya ja, orang laen saya tak taw..syarat yang penting untuk masuk bertanding adalah rupa paras yang ensem dan cantek. Bukan kata yang tak ensem/cantek tak leh bertanding. Buleh...tapi harapan nak menang tu la....

Bagi saya dan rakan2 saya yang laen, yang tak kenai pon sapa anda yang bertanding, sah2 la kami wat syarat2 sendiri kenapa saya perlu undi anda. Macam syarat kat atas tuh. Kalau tak dak syarat, jenoh la kami dok mengadap komputer tuh, nak ingat satu2 manifesto korang. Nak ingat pointer korang, nak ingat kos korang, nak ingat semua biodata korang. Hampeh! Sah2 la saya tak hapai kan. So, apa yang ada time ngundi? GambaQ korang. Yang tu tak yah nak hapai. Pi tengok, mana bekenan, saya klik. 

Saya suka time mengundi masa saya 1st yer dulu, terasa macam pilihan raya betoi2 doh...Poster penoh tampal sana sini, flyer toksah dok kata pa la. Memang penoh rumah. BeteraboQ [bersepah] kat bawah pintu. Kutip jangan tak kutip. Baca dak pon. Kalau baca, dok gelak2 kat orang. Komen sana sini. Ish3...apa la saya ni. Time masuk mengundi, tak ingat dah semua tu. Sekali lagi, tengok muka, klik mana bekenan. 


Kalau la pasni mengundi dah tak letak gambaQ, just letak nama saja, saya rasa la kan, syarat saya berubah jadi cam ni lak:

5 syarat saya memilih anda sebagai calon saya:
1. Nama sedap. Mendayu2 bila sebut.
2. Nama unik. Tak pernah dengaQ or jarang sangat2 dengaQ.
3. Nama dia pelek or nama bapak dia pelek. Mesti orang dia pon pelek. Aik...bapak dia ada kaitan ka?
4. Nama dia 'Aisyah. Sebab sama nama ngan saya. Eee....suke nyer saye!
5. Nama dia terlalu simple or terlalu panjang. In da middle saya tak mau.

Haish...kalau macam ni la kan, bila lah kita akan dapat wakil pelajar yang betoi2 buleh wat keja. Betoi2 pemimpin yang dicari. Haaa...lupa plak pasai test market, saya rasa betoi cakap kawan saya, kalau kita nak taw kita cun ke tak, kita try la masuk bertanding. Kalau menang tuh, taw dah jawapan dia. Tapi kalau tak menang pon tak pa. Jangan sedeh. Kita kira lak % yang mengundi kita. At least ada jugak kan orang undi. Yang tu bole taw tahap femes tak femes je lah. Hehe...Pastu kalau dah menang, batalkan je lah kemenangan tuh. Bagi ja sebab, "Saya nak test market ja. Bukan nak wat keja pon." Mau dok kena penaboh la kalau lagu nih. 

Tapi la ni dah terlambat la. Saya dah final yer. Kepada adik2 yang rasa2 nak test market, bole la try yerp taun2 depan. Wish u all da best~

Kalau saya masuk bertanding and letak gambaQ ni, moto saya "Mintak ja apa nak, semua dapat. Cemintak...cemintak". Manifesto saya "Saya akan buat apa yang anda nak. Apa2 saja. Cakap ja". Rasa2 ada orang klik tak? Kakakah.....
Undilah saya! Rasa2 ada orang undi dak???

Ok2 saya maen2 ja na. Kalau dalam entry saya ni ada org terasa ka apa ka, saya mintak ampun banyak2. Tapi saya rasa saya tak dak refer kat sapa2 pon. 

Ok...babai kamu. Kamu lah...kamu yang baca entry busan nih~

Tuesday, February 22, 2011

Jaga dia baek2~

Seeeelamat Pagi cikgu! [Nada: Upin Ipin]

Ok hari ni saya mau bercerita tentang nikmat. Nikmat hat mana yang saya mau ceghita ni? Nikmat apa2 saja la...

Bila kita dapat satu2 nikmat tuh, janganlah kita salah gunakannya...Saya rasa saya dah salah gunakan satu nikmat yang diberikan kepada saya. Uhhh...sudah terlambat untuk saya menyesal. Tapi saya dah kata... tak boleh menyesal ke atas sesuatu yang saya sendiri rela nak buat. Ok saya tak menyesal. Tapi saya sedeh. Eh sedeh pon tak boleh laaaa..... Ok2 saya pasrah. Ha... Itu boleh~

So, ni dah ada nikmat baru, mau salah gunakan jugak ka???? 
Uishhh...mesti lah TIDAK!

Takotnyer saya kalau tersalah gunakannya.
Orang tua2 kata [tapi mak saya tak kata, orang2 tua2 la yang kata],
 kalau kita dah terjatuh dalam lubang, adakah kita nak terjatuh sekali lagi dalam lubang yang sama? 
Mesti la dak kan?
Tapi....
Adakah saya akan terjatuh ke dalam lubang yang sama?

Tak mo...tak mo...
Saya mau cari papan mau tutup lubang tuh.
Papan dah ada, saya tinggai nak tutup ja. 

Sapa mau tulong saya tutup?
Angkat siku, garu telinga dengan siku....
Yeahhh....semua tak mau tulong.
Tak pa...tak pa...saya tutop sendiri.

Apa saya dok merapu nih? Tak pa, saya paham.
Anda paham dak?
Paham???
Pandainyewwww....
Kalau tak paham...
Mai tanya saya~

Saturday, February 19, 2011

Effect AnwarHadi~

Mulai sekaghang dan abad ini saya akan memperkukuhkan bahasa Kedah saya. TAPI~ Saya tak yakin la kalau saya tuleh dalam bahasa kebanggaan saya ni, ghamai oghang yang akan paham. Daghipada oghang dok meghangkak dok baca entry saya, baek saya tuleh elok2 na. Betoi dak? Walaupon tak ghamai yang dok baca, tapi kalau nanti saya baca balik, saya takot saya ghasa macam nak boh penampaq ja kat oghang yang tuleh entry nih~

Ok2...saya kembali seperti biasa. Saya campoQ2 la no. Macam tak pernah buat kan? Ish ni bukan apa, ni semua terpengaruh dengan AnwarHadi la nih. Nak buat macam mana, saya suka sangat tengok video dia. Best doh...skipping [speaking] best giler. Caya la sama lu AnwarHadi. Oleh kerana dia orang kampong saya, saya pon bersemangat lah mau sapot dia. Go AnwarHadi go! Orang kampong tu maksud dia, bukan dia dok sebelah rumah saya, tapi dia senegeri la ngan saya na. Tu semua saya panggil orang kampong. Bila saya dengaQ dia cakap Kedah, saya rasa sedap. Wahai kawan2, pas ni saya bantai cakap Kedah la semua na. Cakap je lah. Tulis, saya agak2 la...Macam selama ni saya tak cakap Kedah. selama ni saya cakap, tapi saya campoQ2. Takot orang tak paham. Tera saya cakap hat cover2 ni pon, ada jugak yang kata saya cakap pekat gila. Macam mana kalau saya tak campoQ??? Buleh bayang dak depa nak kata apa?

Ok2~ Saya ni bukan apa, bukan tak pandai cakap Kedah, saya pandai, tapi tak la sehebat depa2 hat dok kat betoi2 cerok. saya ni nama ja dok Kedah, tapi nak shopping barang, saya kena pi Perak, nak naek bas balik UPM pon kena naek kat Perak. Awat Kedah tak dak tesen bas ka? Sapa kata tak dak, malu ngat aih...mesti la ada, tapi kat umah saya tu tak dak la tesen bas yang dekat. paling dekat pon, kat Perak. Tu yang saya pi situ. Nak shopping barang pon sama la. Bukan Kedah tak dak shopping kompleks. Ada aihh...sapa kata tak dak. Tapi kat town la. Saya ni dok mana? Nak kata ulu, tak jugak. Sebelah ngan highway plus utara selatan [hingaQ kot]. Ulu ka? Kampung memang la nama Ulu. Tu tak leh nak buat apa la. Dah nama dia. Tak kan saya nak pi tukaQ kot.

Ok lah, saya dok melalut banyak dak aih. Saya kena buat esemen sebenaQnya. Tapi dok cover yang tak dapat intenet 2 hari lepas. Tu yang dok merapu kat sini sat. Rindu~ Tetttt!

Thursday, February 17, 2011

First time dalam hidop~

Owhhh...ni first time dalam hidop aku, aku wat mende nih. Ahhh...macam mana bole jadi cam ni ek? Aduhh...aku pon tak tau. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak leh nak wat pa la. Aku cuma boleh berharap, ia kembali seperti biasa. 

Tu lah Aisyah, aku dah pesan dah, jangan buat tanpa berfikir. Ko salu cam tu kan? Tapi ni aku dah pikir la. Aku just ikot kata hati aku. Kalau salah, naseb arr...Kalau betoi, syukur la. Orang cakap, kata hati salunya betoi. Sejauh mana kebetulan dia aku pon tak taw. Tunggu dan lihat je lah~

Aiiyaakkkk~
Dah buat tak leh nyesal taw!

Ok2 aku tak nyesal. (^__^)

Tuesday, February 15, 2011

Layakkah aku?

Kadang2 aku penat macam nih.
Berada di tengah2, berusaha untuk melangkahkan kaki.
Tetapi tak berupaya. 
Apa yang aku mampu, hanya melihat dengan penuh pengharapan. 
Aku mohon ianya hilang agar aku kembali tenang. 
Bebas dari memikirkannya. 
Hanya Allah sahaja tempat aku mengadu. 
Tempat aku meluahkan segalanya. 
Tapi, kadang2 aku malu dengan diri aku sendiri, mengharapkan yang lebeh di kala diri ku ini banyak kekurangan. 
Banyak melakukan dosa kepada Penciptaku. 
Layakkah aku meminta sesuatu yang belom tentu milikku? 

Ya Allah ya Tuhanku.
Kau bantulah aku.
Bantulah hamba-Mu ini dalam membuat keputusan.
Tetapkanlah hati ku ini.
Tunjukkanlah aku jalan terbaek untuk diriku.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segalanya.
Engkau Maha Berkuasa, Maha Penyanyang lagi Maha Mengasihani.
AMIN.....

Fenomena pagi2 buta~

Di suatu pagi yang indah, aku bersama rakan serumah ku bersarapan sebelum kluar berjalan2. Menu sarapan hanyalah chocolate malt panas bersama biskut cap ping pong.  Tapi ada sorang lagi sahabat yang mamai2 bangun tidoQ, mau pi mandi. Lalu akal jahat aku pun sampai. Aku pon dengan yakin dan slamber nya bawak bekas makanan kucing yang ala2 honey star lalu berkata:
Nyum2~ =P
Aku: Ina [bukan nama sebenar], nanti kita makan ni na~
Mangsa: Apa tu kak aisyah?
Aku: Alaaa...yang macam coco crunch tu. Yang makan ngan susu tuh...
Mangsa: Owh...ok~ 


Lalu mangsa pon pi mandi. Aku ghalit [asyik] la dok iron baju sambil dok sembang2 ngan dak umah aku ni, mangsa dah siap2 mandi, pakai baju mai dok nak makan. 


Aku: Bancuh la ayaQ tuh. Panas lagi..Makan biskut tuh [biskut cap ping pong].
Mangsa: Okeh~


Sedar2 kawan aku cakap haish ko makan biskut tu ka?
Sekali aku pandang, makanan kucing dah kat dalam cawan dia dah. Siap kembang doh. Apa lagi, kalut la aku. Hang dah makan ka? Blom. Kenapa? [muka blur]. Ni makanan kucing la cek oiiii....Emmmm...patut la bau pelek~ 




Agagagaga.....guling2 aku gelakkan budak ni. 


p/s Sorry...akak tak de niat pon nak bagi hang rasa makanan kucing tuh. Maen2 jak~ Pastu akak dah lupa. Dah bau pelek, yang hang gagah nak makan gak tu kenapa?


Kalau anda tak suka kucing macam mana pon, sekurang2nya kenalilah makanan kucing. Huhu~

Monday, February 14, 2011

Orang maen ais aku pon kalut nak maen~

Ice skating~ Ais ni la aku maen. Haaa...dulu dok gelak kat orang sangat tergolek sana tergolek sini. Kalau hebat sangat try arr....Huh bila dah try, baru taw betapa seksanya hidup. Kalau tak terjatuh 7 8 kali tu kira hebat la...First2 masuk pon kaki dah gigil. Hah~ Awat yang tak belari sana sini? Yang dok meniti kat tepi tebing tu kenapa? Tu lah akibat apabila salu gelakkan orang. Huh~ Insaf beb. 

Orang dok pesan, blajaQ dulu kat intenet cam mana nak maen, dok tunggu2. Esok nak maen, hari ni baru kalut. Kalau my Prof cakap, dah nak terberak baru nak korek lubang. Tetttt! Cetanye...cetaneye...hebat tak aku maen? Hebat la sangat kalau sampai tergolek dekat 10 kali, tangan terseliuh tak baek2, pinggang sakit, kaki sakit, hebat apanya? 

Hah padan muka~ Tapi kira ok la jugak. Tak de lah aku meniti kat tepi tebing tu sampai last. Dapat la jugak aku ke tengah sikit bila dah bajet2 terrer sikit. Tu pon tergolek gak...huhu Walau apa pon yang terjadi, ice skating memang best. tQ to all my fren Apad, Azlina, Is and Hairi. Best doh dapat maen ice skating ngan korang walau pon tak reti sangat. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada guru2 ice skating yang banyak dok gelakkan kitorang~


p/s Apad tQ, ko telah selamatkan tangan aku~ Sayang ko lebeh. Muahhhh (^o^)

Saturday, February 12, 2011

Finally I sampai jugak~

Bila nak pi Broga? Bila nak pi? Bila nak pi? Jom la...jom la [gedix giler]. Asyik dok tanya tu la selagi tak pi pi... Akhirnya, sampai jugak. Dari sebelum cuti nya rancangan sampai la tanggal 11 Feb 2011 baru lah berjaya. Haha syukur Alhamdulillah...kami selamat pegi and pulang.

Semangat punya lah berkobar2, hilang semua rasa cuak. Malam sebelum g Broga, sanggup tulis surat mintak felo cop sebab nak kuar awal. Kol 4 pagi la bajet nya. Eh silap. Bajet nyewww....Punya tak leh blah. 

Bincang punya bincang, sembang punya sembang tengok2 jam dah pukul 2. Haish...memang tak leh jadi la. Mau dok tidoq jugak aku nih. Kol 4 bangun, sanggup mandi walau pon menggigil. Bersiap punya awai, tunggu kawan sampai 5.30...Last tak leh jadi, gi jugak la. Terpaksa tinggai. Sorry bro, ko tido mati sangat. Banyak kan misscall ko dapat~
Muka2 mengantok lagi~
Menunggu di depan pagar kolej 17~

Sampai Broga, dok gelap gelemat [gelita] lagi. Sonok lah. Bajet dapat tengok sunrise la at least kat puncak 1st. Jalan punya jalan, ingat dah start mendaki, upanya belom ag. Cehh....baru warming up baru. 
Identiti dirahsiakan~
After 10 minit jalan2 baru mendaki. Huh....memang penat arr. Kesian kawan2 yang tak larat. Tapi tak per, korang memang tegar. Tabik spring la sama korang~

Dah sampai puncak 1st, sempat jugak menanti sunrise. Perghh...memang cantek ciptaan Tuhan. Tak sangka akhirnya sampai jugak aku kat sana. 



Baru sampai kat puncak 1st~

Muka2 penat~
Tapi ni bari puncak 1st, orang kata ada 4 puncak. Dalam hati semangat nak sampai ke puncak yg ke 4 jugak. Elehhh...yakin jer ko mampu. Ahhh...tak kira tak kira, nak gi jugak. Sambung ke puncak 2. Stop! Bergambar2 sambil dok usha puncak 3. Aishhh...cam tak mampu jer. Bahaya sangat. Cukuplah setakat 2. Janji dah sampai. Yeaaaa~!
View dari puncak ke 2~

Kat belakang tu puncak 1~
 
 
Kami2 yang dah berjaya menawan puncak2 Broga~ yeaaa....
Bro yang ditinggalkan [baju itam]
Balik dari Broga, singgah Sungai Telaka. Upss~! Tekala...kat sini jumpa lah mamat yang telah ditinggalkan pagi tadi. Muka bersalah giler. Sian lak aku tengok. Boleh plak blanja nasik lemak tanda mintak maaf. Huh ko memang baek ati la bro...Kitorang tak kisah pon. Tapi kesian kat ko lagi ada la, tak dapat join aktiviti batch kita. 
Mandi sampai puas~
Apa lagi mau tunggu??? Mandi arrrr.....gedebum bam~ Semua air berkocak. tettt...habis citer.


p/s tQ frens...korang sangat best~ LIKE KPP FINAL YEAR~

Wednesday, February 9, 2011

Isu hangat di rumah aku~

Ok...ni luahan hati aku yang ketiga untuk bulan Febuari nih. Cuti raya cina yang lepas aku sempat la jugak balik kampung mengjengok family aku yang sudah lama kesepian tanpa aku. Cehhh...bajet yang dia la penyeri rumah la tuh. Ahhh...apa2 pon aku tak kisah. Itu bukan point untuk hari ni. Hari ni aku nak cakap pasai aku kehilangan kawan2 ku. Sob3...=( Sedeh ja bunyi~

Tapi. ke manakah mereka pergi? Hilang ditiup anginkah? Hilang di dalam hutan kah? Hilang dah meninggalkah? Hilang ke mana semua mereka ini? Haaaa....mereka semua menghilangkan diri dari zaman aku ya itu zaman kegemilangan hidup single~ tetttt.

Awat yang ghamai [ramai] sangat dok panggil kenduri nih? Jelez nya beb. Mak aku mula la membebel2. Dah hang tu memilih sangat. Nak macam mana pon tak tau la. Cikgu tak mau, askar tak mau, L*** tak mau, I***** tak mau, hat baek2 nampak alim pon tak mau, toke kambing tak mau...tak tau lah macam mana hang ni. 

Aishhh...mak ni. Agak2 la nak wat menantu pon, cari la hat elok sikit. Kalau bagi kat mak, asa2 mak mau dak? Mak pon tak mau. Pas kat Shitah la. [adik aku]

Huh aku lagi la tak mau!

See...So macam mana? 

Ntah. Aku pon tak tau. Wait and see je lah. Tunggu bulan jatuh ke riba. Emmm...tapi kesian plak kat pungguk nanti, dia dh lama rindukan bulan. Tetiba, aku plak yang dapat. 

Tuesday, February 8, 2011

Sakitnya kaki saya!!!!

Sob3...adus sakitnya kaki saye. Pagi2 lagi saye dah dapat sakit. Cuainya saye. Pedih bangat. Macam mana mau pakai kasut a.k.a selipar? Tu ja kasut yang saye ada untuk ke kelas nanti...

Macam mana lah boleh jadi macam nih...citernya bermula di mana saya berasa lapar lalu memanaskan air untuk membancuh hot chocolate. Upss...tipu jer. Bukan hot chocolate, tapi chocolate malt. Apabila air sudah mendidih, saye pon terus menuangkannya ke dalam cawan saye yang comel. Akan tetapi, apabila saya cuba meletakkan kembali heater kat tempat asalnya, ia tersasar dari alasnya lalu tertumpah semuanya ke lantai atau dengan lebeh tepat sekali, ke atas kaki saye. Ahhhhh....saye menjerit tak sekuat hati. Jerit sikit jer. Juz nak inform dak2 rumah ada something happened. 

Tanpa berfikir panjang, saye melompat2 berlari ke tempat yang tiada air panas. Tetapi. saye still memijak air panas tersebut untuk ke tempat laen. Ahhh...kenapa tidak cerdiknya saya? Kan kerusi kat belakang jer. Just lompat ke atas kerusi kan dah selamat. Waduh2....ini lah yang dinamakan tindakan refleks di mana kita bertindak spontan tanpa berfikir panjang. 

Ape2 pon, saye kena siapkan slide untuk presentation petang nih. No more alasan ok!

Bye~

Sejarah address blog aku~

Fuh fuh fuh....haish dah berabuk2 page aku nih. Ahhhhh.....lalala~ Ting tong ting tong...krekkkkk...tettt.

Ko apa kes Aisyah? Ntah! Dah lama aku berniat nak update blog aku nih, tapi apakan daya, otak ku beku. Jari ku kaku. Segalanya tidak mampu diluahkan dengan kata2. Ni first entry aku untuk Febuari. 

Tajuk entry aku kali ni "sejarah address blog aku".

Gile buruk beb. Aku pernah berniat mau tukar, tapi nnti susah la plak kawan2 nak cari. Upsss...ade ke orang nak baca? Hah perasan~ tetttt!

Kenapa aku letak sapegnanmaku.blogspot.com??? Haaaa...nilah sejarah nya. 

First time aku buat blog bodo2 ni masa aku 3rd yer kat upm ni kalau aku tak silap. Dalam bulan brapa aku tak ingat. Tu pon sebab dak2 umah suma kalot dok wat blog. Aku pon sibuk la jugak nak buat, tapi happa pon tarak. Entry satu ja. Tu pon testing ja. Giler tak leh blah. Tapi sayang, gua dah delete semua entry yang awal2. Sebabnya? Usah ditanya. Tettttt~

Ok2 berbalik pada mana datang nya akunya address nih? Dah macam2 aku try letak, semua nya tak boleh. Tak valid. Macam2 la aku olah nama aku supaya tak dak sama ngan orang. Tapi semua tak boleh. Last aku bengang, aku pon tulis "sape guna nama aku" dalam short form nya "sapegnanmaku". Nah..ambik ko. Ade orang guna? Sorang pon tadak! 

Mula2 aku tak terfikir pon nak buat betol2, tapi bila dah lama2, sayang la plak nak abaikan. Aku dah mulakan, so aku teruskan je lah...

Itulah sejarah nama beLog gue! Tetttt~ dah habis.


 ~TAMAT~