Monday, December 26, 2011

Thanx a lot my frenz~

26 Dec 2011~
1:30 am

"Aku sungguh bersyukur aku dilahirkan bukan seketul batu" ahahaha...ayat time kem ari tu. Muhasabah diri. Lame betol ase tak gi kem. Adik2 KRS ni bila la nak jemput akak2 abang2 alumni join kem korang ni???

Haha...Thanks Allah masih bagi peluang untuk aku terus hidup di atas bumi ini dan menikmati segala nikmat and keindahan yang ada. Aku sangat2 bersyukur. Thank to my Mom and Dad yang juga telah membesar kan saya sehingga sebesar ini. Huhu...

 Thanks kepada semua yang wish and mengingati tarikh ini walaupon sebenarnya FB yang ingatkan. Hehe no hal la...gua tak kisah. 

And also thanks to my frens and my boss kerna mengingati hari ni.Thanks Nazira for da cute card dan kek yang sangat sedap, thanks to akak2 HR and my Boss for da kek and belanja ari tuh. 

Thanks to Nada, Chemoh and Zarith for the moment and kek resipi rahsia korang yang sedap.

And not forgotten to my Bestfren for the flowers~ Sangat2 terkejut and blur hampir 5 min and tersipu malu ngan orang2 yang datang ofis agak berejam2...ahahaha 


Thanks3x  kepada suma...Love all of you. Semoga Allah memberkati hidup kalian dan memberikan kegembiraan dalam hidup kalian. 


Saturday, December 24, 2011

Tengok je lah...

Salam buat sesiapa yang singgah di sini. Lama betol ambo tak manulis kat sini. Hampir keras jari jemari ambo nih...Ok today ambo nak share ape2 ja yang ada selama ambo menyepi. Biar gambar yang menghuraikan segalanya~ haha poyo

Add caption
















Haaa...tu lah apa yang ambo buat selama 2 bulan ni. Ambo letak ckit2 ja...nak taw lebih, mai lepak umah ambo, kita borak sampai pagi. Haha..

Ambo mau chau...mau nengok Cerekarama...haha babai ^^,


Friday, October 21, 2011

Takdir Ilahi~

15 Oktober 2011, Sabtu, 2:00 pm

Mak,

Hari ni Ct Konvo.Tapi mak tak dapat datang kan sebab mak tak sihat. Tak pe lah, Ct paham. Ct tak nak paksa mak. Ct tau mak tak larat nak stay lama dalam dewan. Tapi Ct kesian kat mak. Dah lama kan mak tunggu nak datang Ct konvo. Mak cakap, "Orang, muda2 masuk U, mak dah tua2 baru nak masuk u...tapi tak pa lah, janji boleh masuk sudah". Tapi bila tiba masanya, keadaan plak tak mengizinkan. Dugaan kan mak? 

Tak pe lah, Ct cakap kat adik2, "Nanti mak datang konvo korang la. Tak pe lah mak tak dapat datang kali ni, nanti konvo korang mak boleh gak tengok. Janji mak dapat tengok anak2 mak konvo". 

Petang tu, abah ngan adik2 datang majlis konvokesyen. Tapi lepas ja abih majlis, diorang terus balik sebab dapat panggilan dari kampung cakap mak kena transfer hospital ke Hospital Taiping sebab keadaan mak bertambah teruk. Tapi bodohnya Ct, Ct tak ikut pon diorang balik sebab Ct terlalu yakin yang mak tak apa2.  

Tapi lepas ja diorang balik, Ct terasa sunyi sangat, sebak tiba2, sedeh...tetiba menangis. Tapi Ct cuba sedapkan diri. Lepas bergambar ngan kawan2, Ct solat, Ct tetap tak lupa berdoa untuk mak...moga mak cepat sembuh. Aminnn...

Tapi malam tu, Ct sedeh sangat. Balik je kolej, air mata meleleh2 tanpa sebab. Ct tak tau kenapa. Ct tdo....

Bila bangun pagi, Ct terus tengok fon, ada mesej dari tepon mak "Kak mak masuk ICU". 

Ct tak rase pa per lagi sebab Ct yakin, mak tak pa per. Mak akan sembuh. Mak muda lagi. Mak kuat...tak de pe lah...

Tapi Ct rase sangat2 nak balik. Ct wat keputusan nak balik jugak pagi tu. Terus siap2, Che Moh hantar kat KTM. Turun ja kete, bas dah kat blakang. Ct trus naek. Sampai ja Puduraya, Ct terus gi cari bas paling awal. Kaki melangkah ke arah Transnasional. Bas paling awal 8.30 pagi. Jam kat tangan menunjukkan 8.15 pagi. Syukur la ada bas, tak yah tunggu lama.

Dalam bas, Ct mesej adik tnya keadaan mak. Wan cakap, mak makin teruk. Dah tak sedarkan diri. Doktor suruh anak2 baca Yasin. Masa tu, Ct dah tak tahan sangat. Ct menangis2 dalam bas. Dalam hati, jangan la ada pa per berlaku kat mak. Tapi hati Ct masih lagi yakin mak akan sembuh. Mak ok...

Alhamdulillah Allah permudahkan kerja Ct. Bas pon cepat. Dalam 12 lebih Ct sampai. Wan ambik Ct kat Stesen Bas Taiping. Dalam kete pon Ct menangis tak henti lagi. Dah dekat dah dengan mak...Hope sangat sempat jumpa mak.

Sampai ja hospital, Ct trus masuk tengok mak. Ct tak tahan. Kenapa keadaan mak macam ni??? Tak macam yang Ct jangka. Sedeh sangat. Ct baca Yasin kat mak. Mak dengar kan??? Tiba2 nurse cakap, ajar mak mengucap, Ct lagi sedeh. Mak nak pergi ka??? Tak kan mak nak tinggalkan kami semua??? 

Banyak lagi benda yang mak tak dapat. Mak tak dapat tengok anak2 mak konvo, mak tak tengok lagi anak2 mak kawen, mak nak maen2 ngan cucu2 mak kan??? Mak nak tengok result PMR Shitah, result STPM Zaid, result Matrix Wan... Tak kan mak nak pergi sekarang???

Ya Allah...bagi lah peluang kepada mak untuk merasai semua ni.

Jam kat tangan dah pukul 2, Ct ngan Shitah gi solat dulu ek. Jap lagi ktorang datang balik dekat mak. Mak tunggu taw.

Lepas solat Zohor, Ct ajak Shitah solat hajat.Selesai ja solat, tepon Ct bunyi, Nuat yang call. "Ct cepat datang sini, Doc dah panggil suma jumpa mak". Masa ni Ct takot sangat2, takot sangat tak sempat jumpa mak. 

Kami berlari dari tingkat 3 turun ke tingkat 2. Terus masuk jumpa mak. Alat yang pasang kat badan mak dah semakin lemah bergerak. Ada yang dah kosong. Makkkk.....tak kan mak nak tinggalkan kami semua???

Abah suruh ajar mak mengucap..selepas tiga kali Ct ucap kalimah La ilahaillallah...doc cakap mak dah tak dak... Masa tuh, Ct tak tau nak cakap macam mana. Air mata berjujuran jatuh ke lantai. Terasa sangat2 kehilangan mak...Ct belom besedia mak. Tapi macam mana Ct merayu pada Allah pon, ianya tak kan berubah.

Allah tak kan melambatkan atau mempercepatkan masa kematian seseorang itu walaupon sesaat...dan Ct yakin dengan itu.

Mak betol2 pegi kan? Mak...adik2 kecik lagi untuk hadapi semua ni. Tapi, tabahnya hati diorang mak...Ct tau Ct tak kuat untuk hadapi semua ni. Tapi Ct janji Ct akan jaga diorang sebaik mungkin. Ct ingat pesan mak dulu, " Kalau mak abah tak dak nanti, hampa jaga la adik2 baik2. Jangan gadoh2, dok elok2"... Ct ingat pesan mak tu. Ct akan jaga adik2, Ct akan sara diorang blajar sampai berjaya.

Mak kat sana baik2 ek...moga roh mak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beramal soleh. Adik dah tunggu mak kat sana. Moga kita dapat bertemu di Syurga nanti...Aminnn...


Satu lagi Ct nak mak tau, Ct sangat2 sayangkan mak <3 <3 <3


Wednesday, October 5, 2011

Bran tak bran, buat jugak la beb~

Esok Kamis, lusa jumaat.....


So???


T-shirt keje ada 4, stok isnin sampai kamis, jumaat baju kurung. Ok lah cun...seminggu skali basuh baju. Jimat air jimat letrik.


Tapi...tapi....tapi......
Ada bran lagi ka mau pakai bju kurung?


Last week, gua exercise terbaek punya. Ngan baju kurung, gua lari sini sana, gua naek turun tangga, tambah plak, naek moto skill rempit punya...huh last paling tak leh blah, panjat bumbung ngan baju kurung~ 


Amacam???


Ada bran x?


Dengan berbekal kan nasik lemak, cekodok, kek dan makaroni masam manis, gua lari sekuat ati, gua panjat sana sini. Habis suma makanan raya gua..


Bos cakap "Len kali, ko ngan aku jangan sesekali gatai mau pakai baju kurung!" 


Hahahaha....baek bos. Apa kata minggu ni pakai jubah nak???




p/s nnti gua masukkan pic ayu gua berbaju kurung, bersimpuh sambil menjamu selera~ ahaha

Test la kalo brani~

Selamat bersua kembali.....lama10x gila tak menjenguk ke ruang nih~ Rindu bangat mau menconteng2 kat sini. Al maklumlah, sekarang ni perasaan sedang bercampor baur. Aduh...stress beb.

Hal keje satu hal, makin hari makin banyak keje tapi makin best. Itu aku tak kisah. Tapi satu hal, makin hari makin bikin aku susah ati. Udah2 le tu...

Macam mana mau ilangkan stress? Bole tak macam ilang kan ngantok?

Bak kata Nazira: "Ko ambik hpon ko, ko baling sekuat ati kat dinding, sekuat ati tau!" 

 Kalo cam gini, bukan takat ilang ngantuk, ngan bijik mata aku skali mau dok ilang...
Mana tahan beb tengok hpon bersepai....


Tapi bole ka nak try buat, tapi guna hpon kawan??? Ahahaha..

Ok2, nnti aku pikir lagi cm mn...


p/s Gembira, dalam hati ada sedeh ='(



Tuesday, August 9, 2011

Pagi~

Mula kan pagi yang indah dengan melihat benda2 yang indah..

Yea!!!! skang bulan posa, masuk keja awal, balik pon awal.

Keje hari ni sudah tertulis dari semalam. Sebelum balik, cam biasa menyiapkan list kerja tok esok.

Tak de lah gue blur pagi2 buta nak buat apa..huhu

Semalam lupa plak nak masuk kan dalam list hari ni "mengupdate blog"

Haha halal je lah...



Sunday, July 3, 2011

Rindu sama kamu~

Ahhh...rindunya sama kamu. Dah lama saya tak menjenguk kamu. Kamu rindu sama saya ngak??? Fuh fuh fuh....banyak la plak habuk kat sini. Gua mau lap2 sikit...




Owh....udah berkilat nampaknya~




Rindunya nak berblog kembali. Tapi apa kan daya, masa amat mencemburi saya. Now, I dah berkejaya but I rindu sangat2 kat kawan2 time blajar. Kawan2 klas, kawan2 Kelab, akak2 and abang2 biomed, and and and....kawan2 kat fac. Wahh...rindunya sama kamu semua.

Orang cakap, hargailah masa2 yang kita ada ketika belajar kerna masa itulah yang tak akan kembali semula. Ianya berlalu pergi tanpa mampu disekat oleh siapa2. But now, I dah merasainya... Sangat2 rugi bagi sesiapa yang membiarkan ianya berlalu pergi tanpa sebarang kenangan yang indah. 

Bila dah keje, kehidupan dah laen. Situasi di tempat keje pon laen. Bila keje, kita rasa ada satu tanggung jawab yang sangat besar untuk kita tanggung demi/ untuk/ bagi menentukan hala tuju sesuatu company. Kita juga adalah sebahagian daripada mereka yang bertanggungjawab ke atas kemajuan dan kemunduran sesuatu company tuh. Aduhhh...takotnya. 

Tapi walau macam mana pon, aku terpaksa menghadapinya. Di awal alam pekerjaan, aku pon still belajar. If aku ada buat salah, aku sanggup ditegur, aku sanggup dimarah supaya aku tak mengulanginya lagi. So, kepada kawan2 yang sudah, baru or akan bekerja, setlah minda kita, apa sahaja yang kita buat, adalah suatu pembelajaran bagi kita. 


p/s Kepada kawan2 yang belom dapat keje, jangan risau. Allah dah tentukan rezeki kita masing. Insyaallah tak lama lagi korang dapat keje. Good luck kawan2 suma....Miss u always (^^,)


Monday, June 6, 2011

6 jun 2011

Hari ni aku stat keje. Hoyeaaa!!!! Hepi la konon. Haha..cam mana nak hepi beb? Bos cam garang, aku lak sorang ja safety kat situ. Apa2 tak tau terus direct ke bos. Huaaa....aku kena cepat adapt, cepat baca gaya bos. Baru ada bran..Haha

Aku gi keje kezen antaq, then dia terus balik Kedah. Balik keje naek teksi. Ok time tu ingat jalan...Banyaknya bulatan...gua pasrah~!

Malam ni tak ngantuk. Cam bes je keje ni. Tak letih sangat. Huhu

Kita tengok esok...

Wednesday, May 25, 2011

Aku sayang korang~

Aku sayang ko macam aku sayang kawan baek aku. Hope sangat2 dapat jumpa ko lagi. Sedeh nya....aduhhh. Tak leh tahan doh..komfem meleleh. Sob3~ 

Hope ko cepat kawen (ngan jodoh ko) and kekal ngan perangai and attitude ko. Aku suka sikap ko yg tetap pendirian. Susah nak cari org macam korang. Sebab tu ramai orang yang akan senang ngan korang..


Tak nak sedeh2 sangat. Betul cakap ko, Insyaallah kita jumpa lagi...[tapi dalam hati ada sedeh...huaaa]
Ok jom bekemas. Jap gi mak aku sampai. Aku dok melangut depan ni agi. Sah kena bebel~

Sunday, May 22, 2011

First experience~

Esok first job interview aku. Cuak beb. Memang la aku berdoa supaya cepat dapat keja, tapi aku kurang besedia untuk job interview. Pelek, keje nak, interview tak nak. Sapa nak bagi hang keja kalau lagu tuh? Tapi aku akan berusaha sepenuhnya. Thanx a lot to my buddy senior [Paan]... If saya dapat keja ni, nanti saya blanja kamu. Huhu..

Ok2, aku mau stdy FMA and OSHA. Hah! Baru skang nak baca? 
Haha..


**FMA- Factory and Machinery Act 
**OSHA-Occupational and Safety and Health Act


Thursday, May 19, 2011

Semakin hari semakin sayang~

Semakin hari semakin kurang masa aku bersama kawan2 kat sini. Ahhh...sedehnya. Di kala menaip ni pon, air mata meleleh2. Uhhh....4 taun weh hidup ngang diorang, makan sama, tido sama, mandi sama, masak sama, maen sama, gosip sama, g klas sama, hang out sama, puasa sama, sahur sama, berbuka sama, suma sama2 la....apa ja yang x sama? Suma sama. Sedehnya bila dengan sekelip mata ja terpaksa tinggalkan semua ni.

Rasa cam nak stay ja sini sampai bila2. Tapi sampai bila? Walaumacam mana aku sayang diorang pon, aku terpaksa tinggalkan diorang. Kitorang terpaksa berpisah jugak. Memanglah adat pertemuan mesti ada perpisahan. Tapi hati aku sangat susah untuk menerima perpisahan. Aku senang untuk menerima persahabatan, tapi aku susah untuk menghadapi perpisahan. Aku harap sangat Allah bantu aku, berilah aku kekuatan tok hadapi semua nih. Dah berapa hari dah mata sembab dok nanges bila pikir terpaksa berpisah ngan kawan2. Aiseh....

Kawan serumah lah paling sedeh. Banyak masa kita bersama weh..... Sayangnya korang. Aku sangat2 sayang korang, walau pon kekadang ada rasa tak puas hati, ada terasa hati, termarah, tertengking, terjerit, terpukul,sesemua la...tu hanya seketika. Lepas tu semua 0-0 balik. Tak de pon simpan dalam hati...Hope korang pon sama...

To Shida:
The younger sister in A-G-10. Ko lah rumate aku selama 3 taun. Thanx sebab sanggup jadi rumate aku walau pon salu gadoh dulu. Suma tu kisah dulu. Sorry sangat salu moody ngan ko dulu. Tapi tu dulu, skang aku dah ok. Hope ko hepi dunia akhirat bersama family ko and bakal orang baru dalam famili ko.

Kak Lin:
The "younger2" sister in A-G-10-1..huhu. Sorang kakak yang baek, yang salu menjaga kebajikan adik2 nya. tQ Kak Lin salu jaga ktorang and sorry kalau ada salah silap suma. tQ jugak salu bagi pinjam moto and salu sumbangkan telur untuk megi A-G-10.


Nada:
Ketua rumah A-G-10. Huh...garang beb minah ni. Rumate dia pon takot, orang laen apatah lagi. Haha tapi segarang mana pon dia, dia lah sahabat yang paling menjaga sahabat2 nya. tQ Nada. Sorry kalau ada salah ngan ko. Aku akan sentiasa ingat senam robik n tarian ko..hahahaha Terbaek ahhh....[ko kan "ter"....].


Nazira:
Rumate kepada si garang Nada iaitu bendahari A-G-10. tQ salu menjaga kebajikan note2 ktorang suma. Tanpa ko, maka tak lengkaplah note ktorang. tQ juga di atas segala video2 yang telah ko upload ke fb...semua tu akan menjadi kenangan kita bersama...sob3...sedeh lak. Sorry kalau aku ada wat salah ngan ko. Aku mesti merindui bakso mak ko...Nakkkk!!!!


Che Moh:
2nd younger sister in A-G-10. Walaupon kita lahir di tahun yang bebeza, tapi umo kita hanya beza 21 hari ja...haha tak de lah aku tua sangat dari ko. tQ salu teman borak2 ngan aku. Walau pon aku rapat ngan ko setahun ja, tapi aku ase macam 4 taun aku ngan ko. tQ sebab jadi kawan aku yang sangat2 jujur and sangat2 baek [ko memang terbaek ahh]. Pasni dah tak de dah jalan2 kat Bukit Ekspo pagi2, gi beli nasik lemak kat SS and jalan2 pusing fakulti petang sambil usha jodoh~ haha...thanx salu jadi imam, so xyah dah bekelai sapa nak jadi imam. I'm gonna miss dis moment. And...and...and yang paling penting aktiviti wajib kita meng"harvest"...haha tQ so much~ Hope ko rajin2 sikit pasni menanam. Last skali, sorry salu wat ko pening kepala....


Memek:
Walaupon ko bukan A-G-10 tapi ko dah macam ahli tetap yang memang mendaftar kat bilik belakang kan? Haha...tQ salu datang and menceriakan dak2 A-G-10. Lepas ko balik Sabah ni, jangan lupa bahasa aku yang aku dah ajar kat ko.. Aku pon akan salu guna perkataan ko yang paling femes "ndak mau". Hahaha....menunjukkan bertapa mahunya ko terhadap sesuatu...agagaga (malah membawa maksud yang sebaliknya). Sorry mek kalau ada salah silap ngan ko. Halalkan segala makanan2 ko kat umah ni and Thanx for everything...




Syalala:
"Big giant in da house"...haha sorry Sya...Ko pon baek. Salu bagi tumpang kete ko..tQ ek. Nanti aku dah ade kete, ko lak tumpang aku, nak??? Huhu...sorry kalau ko ada terasa ati ngan aku ke apa ka ek. 


Hope persahabatan kita tak stop sampai sini saja, hope berpanjangan sampai bila2. Aku sangat2 sayang korang suma!!!! Muahhhh...Thanx sebab sudi jadi sahabat aku~ (^^,)

Monday, May 16, 2011

Writing thesis~

Huh...busy nya saya mengedit tesis sehingga tak sempat nak menjenguk kat sini.. Haha...betol ka dok edit tesis? Erkkk....lebeh kurang. Niat memang dah lama nak edit, tapi tak kesampaian. 

First dapat tau markah dari internal examiner, menonggeng aku sedeh. Rendah giler beb!!! Sapa tak sedeh? 6 kredit kot. Memang tak dapat tahan. Sedeh weh...Sumpah sedeh giler. Bengkak mata2 aku nanges. Tapi, even aku nanges sampai tekeluaq bijik mata pon, markah aku tetap sama.

So hari ni aku amik keputusan untuk berjumpa dengan internal aku. Yeaaahh.....akhirnya baru aku tahu bahawa beliau agak kabur dengan dengan study aku. Ye lah, doc parasite baca study air pollution. Mesti la tak paham. Tambah pulak time aku viva, dia masuk aku kluar sebab masa aku present telah di awalkan and internal examiner aku tak di inform. 

Now, everything is clear. And aku dah mintak tambah markah. Hoyeaa.....tQ Dr. Rukman (^^,)

Sunday, May 1, 2011

10 aktiviti Renowen~

Setiap minggu weh aku renowen..Memang terbaek ahh..Tapi renowen aku ni kecil kecilan jer. Cukup 3 orang, kira cukup korem arrr...cukuplah sekadar ada Kak Lilin and Momoh

Renowen minggu lepas, Momoh menghilangkan diri, minggu ni Kak Lilin pulak menghilangkan diri. So, minggu depan turn aku la plak. Huh...sedeh doh kalau setiap minggu renowen 2 orang ja. Tak pe lah, ape2 pon aku hepi masih ada kawan2 yang nak renowen bersama aku. Nak taw apa kami buat bila renowen? Ni ha kat bawah ni aku list kan...

Yang pertama : Berjalan2 ke bukit ekspo.
Yang kedua    : Beli nasik lemak lepas jalan2 pagi.
Yang ketiga    : Tidor balik selepas makan nasik lemak [perghh...terbaek dr ladang la weh].
Yang keempat: Tengok muvie/drama korea.
Yang kelima   : Sembang2 sampai habis topik
Yang keenam : Jalan2 petang pusing fakulti
Yang ketujuh  : Usha jodoh maen volley ball or futsal
Yang kelapan : Lepak kat cafe sambil tengok tv
Yang kesembilan : Kemas rumah [kadang2 ja]
Yang kesepuluh   :  Tido sampai puas~


Ok cukup itu saja aktiviti renowen kami~

Wednesday, April 27, 2011

VIVA~

VIVA!!!!!

ESOK VIVA!!!!!

ESOK AKU VIVA WEHHHH!!!!

TAKOTNYAA!!!!

TAKOTNYA SAYA!!!!

Friday, April 22, 2011

3 hari selepas poster~

Hep hep hurayyy!!!!!

Weh orang dah 2 minggu kot huray..hang baru nak huray hari nih? Ok lah....bagi can ckit.

Awatnya yang tetiba dok huray???

Huhu...sebab dah hantaq tesis. Lambat doh aku and da geng hantaQ. 

Bukan salah kami, tapi kami salu dipersalahkan..

Pasrah~

Hahaha...pa per pon yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. At least aku and da geng sempat jugak betolkan and tambah apa yang patut dalam tesis lepas dengar komen examiner masa lawan poster semalam~

So, jangan dok merungut lagi...

Prepare for viva next Thursday..

Gud Luck to all my frenz...

Tuesday, April 19, 2011

Poster Presentation~

Assalamualaikum and well hello there..[gaya AnwarHadi]

Huhu perasan kejap~

Ok2...just want to share something in dis entry. Ops...tercakap omputih lak...

Huh...hoyea...hari ni poster presentation. Selepas beberapa bulan bertungkus lumus menyiapkan Final Year Project, akhirnya aku sampai jugak di penghujung jalan. Time to present what i got from my research...
Huh...tak tau mau study apa..bajet semua dah dalam otak. Yang penting jawab dengan yakin. Betoi tak betoi tu blakang kira. Huh...

Haish...kenapa tak bedebar langsung. Hampeh tol. Tak feel...

Kawan2 semua dok tak diam. Jalan sana-sini tengok poster diorang dah di assess ke blom. Weh aku orang 2nd last kot. 45 of us, and aku no ke 44 kot...Pergh...sabo je lah...kalau semua orang nak dok nombor awai2, sapa yang nak dok last skali. Betoi dak?

Ok lah...apa2 pon  memang best pengalaman nih. Congratz to kawan2 yang menang top 5..korang memang TERBAEKLAH......

Kat bawah ni muka2 TOP 5 poster presentation:

Wani n Momoh~

Shauvina~
Ken~
Lim~
Other pictures:
Sehari sebelom~
Curik tulang kejap~

Pemasangan board~


Muka berseri di awal pagi~

Hoyeahh....dah abih!!!

Sabar menanti~

Tengah kena assess~

Ada jugak muka bosan manunggu~

Yeaa....my poster~ *Pink* gitu..ahaks...gedik siot~

My assessor Dr. Abdah Mat Akim..tQ doc..
Macam2~

Huh...sebelah poster top 5 doh~


 OK tu jer...bye~ ^^,

Tuesday, April 12, 2011

BENGANG GILER!!!!

Semalam last kena hantar short paper sebab hari ni dah nak submit kat external examiner. Tapi semalam la aku baru dapat peluang hantar short paper aku kat supervisor. Ingat hari ni boleh dapat, tapi Prof nak bagi esok. Apa aku nak buat? Tak kan aku nak paksa Prof semak jugak paper aku hari nih? Kalau hantar lambat, markah kena tolak. Short paper kena hantar sendiri dekat external. Boleh tak jangan stress kan student??? Bukan aku yang mintak macam ni. Aku buat ikut jadual la. Dah tak boleh nak submit, aku nak buat macam mana??? Aku dah emel, dah orang tengah umrah, ada masa ka nak pikiaq short paper ka apa ka???? Tolong la paham~ 

Ntah la. Aku dah malas nak pikir. Suka ati lah.....

Susahnya bila tak boleh nak share semua~


Sedeh!!!!! 


Sedehhhh!!!!! 


Sedeh sangat2!!!!!!

Sunday, April 3, 2011

Hujung Minggu Final Year Student~

Seserabut budak ni, serabut lagi aku~
Wow....baru sekarang aku terasa "nikmatnya" hujung minggu seorang final year student. Pergh...memang gua tak pernah rasa la sebelum ni~ Makan tak lalu, tidoQ tak lena, mandi tak sempat, duduk tak senang, basuh baju tak sempat sidai [tipu!!! sidai tapi tak habis], fbook tak sempat bukak. blog tak sempat update.. semuanya tak sempurna. Huh...saya mahukan kesempurnaan~ Siapa mau tolong saya sila angkat tangan!!!



Ok2 berlaku penipuan sekali lagi disitu. Saya sempat update blog~ Hehe....

Sunday, March 27, 2011

Berusaha sendiri selagi masih mampu~

Yeaaa...mama I gi umrah~ Sonoknya mama Z gi umrah. Jangan lupa doakan saya dapat siapkan tesis saya dengan jayanya ek.

Takotnya saya.. xde orang nak tolong saya betolkan tesis saya. Kat mana saya nak rujuk. Semua lecturer busy. Masing2 ngan anak2 buah masing2. Kami berlima terkapai2 mencari tali untuk dipegang.

Masih ada lagi ka lecturer yang sanggup membusykan diri menyemak tesis kami yang beratus muka surat tuh??? Ada ka? Ada ka?? Mai la habaq kat saya. Tolonglah kami berlima....tolong!!!!! tolong menolong!!!! [jerit mak cik merry]

Ahhh.....semua ni dugaan and I wajib terima seadanya dengan hati yang ikhlas. Mana taw berkat mama gi tanah suci Mekah, I dapat tempiasnya sikit. Dapat siapkan tesis and lepas viva ngan baek pon dah kira bersyukur. 

Sekarang I need to edit my thesis based on what I think it is correct. Tapi masalahnya, apa yang saya buat, semua saya rasa betoi. Dah rasa cukup. Tapi betoi ka dah cukup??? Short paper, 2nd draft ngn final tesis. Semua kena check sendiri. 

Emmm....tak pe lah, apa2 pon aku akan siapkan tesis aku ni walau apa pon dugaan yang datang. Insyaallah, dengan keizinan Allah aku dapat setlekan suma. 

Cepat kawan2 doakan saya dan saya juga sentiasa mendoakan anda semua~ 

Wednesday, March 23, 2011

Semakin hari semakin sedeh~

.:Salam:.

Time2 macam ni lah aku pon dok kalut nak update blog. Padahai tak dak menda pon nak cakap. Just nak cakap aku dah wat carta countdown untuk dak2 umah aku. Hanya tinggal 46 hari ja lagi untuk kami bersama. Tolak ngan hari ni, tinggal 45 la. Betapa cepatnya masa berlalu menjadikannya sebuah kenangan yang akan diingati sampai bila2. Segala pahit manis mengharungi alam belajar di universiti telah berjaya kami tempuhi bersama. Cehhh...terkeluaq lak ayat poyo gue~ Tapi itulah yang terjadi. Tetttt~!

Nak tengok dak carta ktorang? Tak la cantek sangat, tapi bole la...wat apa nak cantek2, bak kata Matlutfi dalam videonya, "bukan semua cantik adalah subjektif"..ahaha


Errrkkk...ada kaitan ka cantik ni ngan cantik carta ktorang??? Ahaha...saja ja nk share. Huhu...

Friday, March 18, 2011

First draft~

.:Salam:.

Owh sungguh lama saya menanti saat2 bahagia seperti ini. Akhirnya ia muncul jua. Mama take your time to read my first draft. I will send you my second draft next week. Hopefully~ 

Huhu....Countdown dah tinggal 51 hari ja lagi. Inilah masa2 yang ada untuk bersama rakan-rakan tercinta...Pas ni macam nak balik Penang ja keja kat sana. Tapi tak tau la lagu mana lagi. Tengok keadaan la...Doakan gue dapat keje cepat ek. Nanti gue leh blanja lu orang~ Hehe


Even dah hantar 1st draft, ada lagi yang tak settle. Second draft next week, short paper next2 week and lagi satu next week nak kena hantar final draft thesis. Fuh...lepas tu gue dah boleh grad. Aikkk....viva macam mana? Poster presentation cam mana? Hat tu ada la...tapi aku tak ingat bila. Erkkk~

Monday, March 14, 2011

Bila otak krem~

Deng!!! Thesis tak siap. Apa aku nak jawab ngan Mama esok? I'm sory (1000000x) [sambil gelek2 kan kepala]. 

Otak krem. Macam mana lak semua hipotesis aku ni berkaitan ngn individu punya bacaan? Pengiraan lak tak taw macam mana. Hampeh! 

Test apa nak pakai kat SPSS ni? Tu pon tak taw. Yang taw dok sentai boh min ngan standard deviation. Hat tu budak tadika pon taw nak buat. Tak kan nak wat relationship pon nak pakai test tu? Aiyyakkk....

Bak kata sorang senior aku ni, "Apa u blajar???"....Wa tak tau apa wa blajar, otak wa dah jem. Wa mau beli roti, kasi sapu sama jem, wa mau makan. Aummmmm......

Perot wa kenyang. 

Wa nyanyi2....

Wa tepuk2 bantal....

Wa tidoQ zzZZZZzzzz (-_-)



Esok wa bangun, wa mandi2...

Siap2.....

Wa naek bas....

Gi main kampus.....

Jawab test Arab!!!!

Yeaaaaaaaa.................


Sunday, March 13, 2011

Cara terbaek mau hilangkan stress~

Yeaaa.....sekali lagi wa stress. Aku stresss!!!!!! Ahhhhhh.....

Ok2, awatnya yang dok stress2 nih. Cecite..cecite...

Tak pa lah. Maleh nak cecite kat sini. Aku nak cecite cara2 hilangkan stress ja. Mau dak?

Tak pa lah, tak mau pon aku nak cecite gak. Tempat aku la katakan...hik hik [gelak jahat]

Emmm...mula2 ambil sebuah baldi. 

Masukkan air setengah baldi. [Agak2 terendam la kepala bila dicelup]

Masukkan Aganol anti-bacteria floor cleaner~ [Boh agak2 berbuih la bila di minum]

Ambik berus lantai dan kita cuci toilet.....

Yeaaahhhhh.....tonyoh sampai bersih na. 

Tonyoh lagi...

Tonyoh lagi......

Tonyoh.................

Tonyoh.......................

Kalau nak bayang tonyoh sesape pon bole. Bayang ja na. Jangan dok pi tonyoh betoi2. Sat gi haru biru dunia. 

Emmm....aku bayang aku tonyoh thesis aku...hahahaha [gelak paling jahat]. Aeip...aeip...mana bole. Kang tak grad aku. Tak la, aku sayang FYP aku...

OK aku mau sambung wat thesis na. Mau tunjuk kat Mama esok. Tak tau la sempat buat ka dak. 

Monday, March 7, 2011

Writing Thesis~

.:: Salam ::.


Sebelum gi klas petang tadi sempat lagi aku usha grup kos kat fb mana taw ada post baru. Tup tup ada satu post "prof will enter class later at 4 to tell us smt abt test,pls stay back after class".


Deng!!! mati aku. Jantung berdegup kencang. Prof nak masuk. Aduhhh...dah lama aku tak jmpa spvisor aku ni. Takot kena sound je lah. Dah lama orang hantaQ 1st draft thesis, aku bila lagi?


Dalam klas, bole lak kerusi depan aku tu kosong tak dak orang nak duduk. Kalau kena sound, memang direct tanpa tapis2 arr... Prof masuk, naseb mood dia baek. Sebab ramai orang dpt A test dia yang lepas. Yes! Memang membantu lah.


Dalam hati, cepat la habis, cepat la habis. Jangan sebut pasai thesis langsung. Huh...doa aku tak kesampaian. Gedebush...kena sebijik kat kepala gue bila Prof tanya mana anak2 buah dia. Hilang suma. 2 orang ja yang dok jumpa dia. Siap dapat cop kaki kacau ag. Aku??? Sem ni baru sekali jumpa, sekali mesej. Gila baek punya anak buah. Tak nak susahkan spevisor...huhu kacau pon tidak.


Naseb ada geng. Kalau aku sorang ja, sah dah kena kutuk. Bila Prof tanya: 


Aisyah, mana u punya 1st draft? Owh...ngah writing prof...[gue macam biasa, cakap mesti mau yakin...yea] huhu


Huh pas klas siap la kena nganjing. Writing yer Aisyah....Owh..ngah writing. 


Erkk...kantoi!

Friday, March 4, 2011

SMART~

.:Salam:.

Emmm....actually tak de mende best pon nak cakap. Just nak cakap aku nak gi SMART malam nih. Yeaaa....jumpa dak2 sekolah. Ahhh...sukanya saya. Tapi dalam masa yang sama cuak gak. Tak tau macam mana dak2 sana. Agresif ka? Pasif ka? Kena sedia mental fizikal siap2 la. Kang aku lak yang kena buli ngan diorang cam mn? [erkk...mampu ka diorang nak buli gue?]

Barang2 cam biasa la tak siap lagi sebabnya perot lapaQ tak makan lagi. Nak tunggu makanan balik, baru nak kemas semua. Yeaa...mau dok kena pelangkuk [ketuk pala] ngan Apad. Nanti lambat. Setiap kali nak gi kem, Apad dengan sabarnya melayan aku mengemas barang. Owhhh....Apad...datanglah skang untuk menegmas barang saya~


Ok2 aku mau kemas barang, kang Apad taw aku dok melayan kat sini, mau dia jerit kat telinga aku sampai dapat permanent hearing loss.... 

SMART::. Sek. Men. Abd Rahman Talib, Teluk Intan

Tuesday, March 1, 2011

Congratulation Kak Mas~

Assalamualaikum~

Tahniah Kak Mas kerana telah mendirikan sebuah masjid. Wahhh...cantek giler akak. Suka suka suka... First time aku tengok perkahwinan macam nih. Silang pedang. Dari dulu teringin nak tengok, tapi tak pernah kesampaian. tQ akak telah memenuhi hasrat saya. Pasni dah tak kempunan nak tengok dah. 

Naseb sempat tengok sebab perjalanan ke Teluk Intan mengambil masa 3 jam setengah dari Serdang. Macam lama ja bunyi. Huhu....besa lah kalau konvoi. Ngantuk giler sebab malam tu aku berjaga siapkan modul untuk kem budak2 sekolah. Tak sabar mau gi sekolah jadi2 fasi nih. Hope tak de pa per halangan la. 

Emmm...tu je lah. Tu ja aku nak citer. Kak Mas kawen and dia cantek giler...huhu Kalau rjin tengok la gambar2 kat bawah nih.