Saturday, January 22, 2011

Yang tua dihormati, yang muda disayangi~

Aduhhh...sakit habis badan2. Aiyaa...ni lah jadinya bila dah tua2 baru kalut dok maen macam2...Semalam maen volley ball ngan dak2 klas sampai kol 3 pagi. Puas ati...enjoy giler. tQ korang. Bukan setakat volley ball, ngan takraw ngan congkak aku sapu. Memang tradisonal habis lah semalam. Upanya aku ada bakat maen takraw kot. Hah...cepat sapa mau ajak lawan? [bajet giler, baru reti maen sikit]

Ahad ni ktorang ada tournament volley ball ngan dak2 junior. Lawan antara batch. Huh...gile bersemangat belatih. Junior tak de lak yang dok belatih...Hishh...takot la plak ngan diorang ni. Sah dah suma hebat2 sampai tak yah praktis. Malu lah ktorang kalau kalah. Belatih tiap2 malam sampai pagi, kalau kalah lagi tak tau la nak kata pa. Ngan junior lak tuh...Tapi tak pa, dah prepare ayat siap2 dah, kalau kalah ayat dia macam nih:

"Tak pe lah, ktorang kan senior, kena lah mengalah ngan korang, saje mau kasi budak2 kecik hepi'. [nada baek punya]

Tu kalau ayat kalah, tapi kalau menang, ayat dia bunyi macam nih:

"Korang jangan pandang warga emas tak dak mata na...even dah tua2 pon ktorang hebat taw" 

Huh gile blagak..huhu. Keng pala baru taw...(@_^)

Ape2 pon ktorag maen just nak hepi2 ngan korang. Nak jadi senior paling sporting. Senior paling best. Cehh..poyo ja. Tu lah rahsia ktorang kelihatan muda berseri2. Kalau tak, tak de lah orang cakap ktorang ni 1st yer. Ktorang tak de amalkan konsep senior junior di mana junior kena hormat gile2 kat senior. Cukuplah sekadar senyum apabila bertemu di mana2. Tak kisah pon kalau senior yang tegur junior. Kan tu lagi best.. Asalkan kita hepi.. 

Adik2 semua...tunggu kakak2 dan abang2 Ahad ni na...Kita gelak puas2..(^^,)v.


p/s Semangat berkobar2. Tapi kaki tangan badan suma sakit2...mau maen ngan apa?

Wednesday, January 19, 2011

Kisah ke tak?

Apa ni Aisyah, ko cakap ko kuat. Ko cakap ko tegar. Ni apesal jadi macam nih? Kenapa ko nak ingat benda lama? Just hadapi masa akan datang. Ckap memang senang kan? Tapi bila ada orang ungkit kisah silam ko, ko tak terasa ka beb?

Walau seribu kali aku ucap maaf pon, orang tetap akan salahkan aku. Orang tetap akan ingat apa yang aku dah buat. Kenapa ek? Aku pon tak paham. Tak boleh ka aku nak betolkan salah aku. Tak boleh ka aku nak baek ngan semua orang? Tak pernah ka korang buat salah? Besar sangat ka salah aku? Tak boleh ka kalau tak sindir aku? So tak guna la kan kata maaf yang pernah aku ucapkan kalau ia tak mampu untuk mengubah apa2.

tQ atas apa yang ko dah cakap kat aku. Betol jugakkan apa ko cakap. Aku memang terok pon. Aku memang tak setanding ko. Tak boleh ek bagi peluang kat aku sekali je lagi??? Eh bukan sekali lagi, buat pertama kalinya. Tak boleh, tak pe lah...

Walau apa pon ko nak cakap pasal aku, walau apa pon ko nak pikir pasal aku, apa pon ko nak buruk kan aku, aku tetap anggap ko kawan aku. Tipulah kalau aku tak terasa kan? Tipu jugak kalau aku kata tak kisah. Aku kisah sebenarnya, tapi aku nak buat2 tak kisah. Boleh kan macam tuh? 

Sedikit improvement~

Jumaat minggu lepas aku dengan tegarnya gi tengok citer "khurafat". Eh betol ke aku nih nak tengok citer antu. Antu melayu plak tuh? Emm...oleh kerana salunya antu melayu ni mengong2 aku pon layan la. 

First2 start aku dah seram. Apesal tulisan suma merah2 nih...aduh. Saiko betoi la. Tak pe, dah bayar. Tak kan nak kuar plak kan? Kat belakang aku ada sekumpulan jodoh2 yang asyik bising jer dari awai sampai la abih citer. Kejap2 dia cakap ada hantu. Mentang2 la dia dh tengok ngan mak dia semalam, hari ni kalot lak dok citer kat orang. Tapi, watever lah, jnji aku bole besedia nak tutup muka bila dia cakap ada hantu pasni. 

tQ jodoh. Tapi, apesal ko stop sekerat jalan ja? Citer la sampai abih. Aduhh...memang tutup muka la sepanjang citer. Tak cukup tangan, bahu kawan aku sapu. Bingit? Memang bingit la aku jerit. Antu belom kuar, aku jerit dulu. Test sogha. Aiyaaa...

Sorry lah geng2 wayang, wa memang penakot, tapi wa mau tengok gak. Mana aci wa nganga ja time orang citer. 

Tiap kali tengok citer seram, mesti akan ada part wa jerit dulu sebelum orang laen jerit or orang laen tak jerit, tapi wa jerit sorang2. Then lu orang nak gelak, gelak la. Wa tak kisah. Sebab lu orang bukan nampak wa pon. 

Sapa lagi mau ajak aku tengok citer seram? Jom! Komfem seram citer even citer tu tak la seram mana pon. Hantu kak limah pon wa mampu jadikan dia seram. Kakakah....(^^,)

Tuesday, January 18, 2011

"Enjoy kan hidup ni"

Apa yang harus kita lakukan untuk menyenangkan hati semua orang? Baru aku tahu betapa susahnya untuk menjaga hati insan yang bernama manusia. Susahnya sukar untuk digambarkan. 

Perlu kah kita menjaga hati setiap manusia? Perlu kah kita berusaha untuk menyenangkan hati semua orang? Bagi aku yang hanya biasa2 ini, yang tak punya ramai kawan, aku rasa ianya sangat perlu. Perlu untuk aku mengekalkan persahabatan yang telah aku bina.

Tapi, dalam usaha untuk menyenangkan semua orang, kadang kala kita terpaksa mengorbankan diri kita, mengorbankan kegoan kita. Bagi aku, tak perlulah eGo yang tinggi jika ia sekadar untuk menghancurkan semuanya.

Membina persahabatan adalah sesuatu yang amat sukar namun aku tak nak ianya dihancurkan dengan begitu sahaja hanya dengan beberapa sebab. Setiap orang mempunyai alasan masing2. Tolonglah jangan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang sukar untuk dia lakukan. Dan tolonglah jangan terlalu menilai orang kerana bimbang penilaian anda itu mungkin salah dan mungkin akan memberikan kesan yang mendalam kepada orang tersebut.

Aku tengah berusaha. Berusaha untuk memperbaiki hubungan yang sudah retak itu. Aku tak nak ianya terus menghilang tanpa meninggalkan kesan. Aku berusaha untuk membina ia kembali. Aku pohon pada kamu semua, tolong jangan mengkritik aku kalau kamu tidak tahu apakah yang berlaku sebenarnya. Aku juga hanya manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan. Namun aku bukanlah seorang yang tidak mampu untuk menerima kesalahan sendiri. 

Aku hanya mampu merayu pada kamu semua, walaupon aku tahu aku tidak mampu untuk menghentikan pemikiran kamu terhadap aku, dan tidak mampu mendelete semua tanggapan buruk kamu kepada aku. 

Kalau aku ada salah ngan korang, just let me know. Aku akan terima. Aku akan ubah. Insyaallah...
Setiap orang mempunyai watak yang berbeza dan perangai yang berbeza. Begitu juga aku. Aku mungkin tidak sama dengan kamu atau pon dengan orang laen. So janganlah samakan aku dengan semua orang.

Plezzz...plezzz...plezzz...aku pohon pada kamu semua. Don't judge a book by its cover.

Monday, January 17, 2011

Isnin datang lagi~

Akhirnya hari yang ditunggu2 datang juga. Lamanya nak tunggu Isnin. Ish3...punya la tak sabaQ nak pi klas Arab. Ni lah klas paling enjoy sepanjang 4 taun aku kat sini. Kat sini aku boleh gelak sepuas ati, bole tanya apa yang aku tak tau, bole blakon cam budak2 yang tak tau pa per pasai Arab, macam budak2 tak dak basic langsung...huhu Naseb SPM aku tak amik Arab. Bole aku stay ngan klas nih.

Belajar tulis alip ba ta, baca aa ba ta, ii bi ti, uu bu tu...Kakakah..lawak kalau baca sampai abih. Ustazah bole plak dok tahan gelak dengaq ktorang baca. Huhu...sazah, join la ktorang baca. Baru la heypening klas..

Time sazah cakap pasai Test 1, dan2 la wat2 cam tak tau pa per pasai bahasa Arab ni. Kononnya nak hafal wahid isnani salasa pon x reti la.  Cam susah sangat nak ingat. Ni sebab nak mintak sazah bagi soklan senang2 time test. huhu... Kejam giler. Sian kawan kat sebelah yang kena masuk group yang amik Arab time SPM. Diorang akan blajar advance sikit dari ktorang yang basic nih..Hehe...

Aku bukan tak mo join ko, tapi yang ni lagi senang, baek aku sapu yang ni ja. Ibarat ada 50 ribu ngan 5 kupang depan aku. Baek aku ambik yang 50 ribu. boleh bayaQ PT habis terus..hehe Kita jumpa kat lab na. Mesti ko pon dah muak asyik tengok muka aku ja, bek ko tengok muka jodoh yang pandai sorang tuh, xder lah busan sangat. 

Tak sabaQ tunggu next week plak. Nak blajaQ jam plak. Pasni skipping Arab la aku kalau tengok jam. 


Dah blajaQ Arab nih, English pon dah tungging tebalik..hehe

Sunday, January 16, 2011

Jadilah seperti buah manggis~!

Emm...tak tau macam mana aku nak mulakan entry aku nih. Actually ni adalah entry yang sedeh. Busan kan? Asyik sedeh ja..Tapi watever lah apa orang nak cakap. Aku nak tulis jugak. Naseb ada my bLog tok aku meluahkan apa yang aku rasa. Sedikit sebanyak dapat kurangkan rasa sedeh aku nih. 

Aku tak tahulah kalau korang, apa yang korang rasa bila korang terdengar orang laen judge korang secara negative? Kalau aku, aku memilih untuk memikirkan dulu, betol ka aku macam tuh? Aku tanya pendapat orang laen sama. Kalau betol, aku terima je lah and aku berusaha untuk berubah. Tapi kalau tak betol, aku jadikan pengajaran supaya aku tak kan melakukan mende tuh. 

Aku tak salahkan korang nak judge aku macam mana. Tapi kalau korang just dengar dari kawan korang mengenai aku and korang terus percaya, aku rasa itu tak fair bagi aku. Apa kata korang try dulu kenal aku baru korang judge aku. Bole?...Tak nak tak pe lah. Aku just bagi cadangan jer. Tak semua manusia sempurna. Even aku pon ngaku aku ada banyak kekurangan, banyak wat salah, banyak tak menyenangkan orang laen.  Aku tahu, aku bukanlah kawan yang baek untuk korang. Aku bukanlah kawan yang selalu mengembirakan hati semua orang. Mesti buang masa korang je kan kalau nak kenal aku. Huhu...tak pe lah. Macam mana pon, itu hak korang. 

Apa korang nak cakap pon, cakap lah. Tapi satu aku nak korang tahu, aku tak nak tambah musuh or ada kan musuh. Kalau sesape yang menganggap aku musuh dia, aku mintak ampun banyak2. Aku ada cara aku sendiri untuk elakkan aku tak senang ngan seseorang tuh. Aku tak nak sesuatu tu menjadi lebeh buruk. Itu cara aku. Cara korang maybe berbeza. 

Sepatutnya, hidup kita enjoy ja kan. Nak hidup kat dunia ni pon bukannya lama sangat. Bila2 masa ja boleh pergi. Tapi orang cakap, hidup tak selalunya indah. Langit tak selalunya cerah. Mesti ada suka dukanya. Terpulang pada individu mengawalnya macam mana. Hmmm...terima je lah kan walaupon ianya pahit untuk ditelan. Ni lah pengalaman orang cakap. 

tQ my fren, ko bagi aku experience ni. Syukur sangat2. Kalau ko tak buat aku macam nih, aku tak dapat la experience ni. Rugi kan aku? Tapi skang, aku tak rugi lagi. Hope pasni kita bole jadi kawan baek la kan. Bole aku kenal ko and bole ko kenal aku. Itu pon kalau ko nak la. Tak nak pon tak pa. Bagi aku, aku tak kan rasa menyesal bila aku snediri yang willing tok mengenali ko.


p/s Buah manggislah buah yang paling jujur dan tak menipu...

Friday, January 14, 2011

Jalan mana yang harus aku pilih?~

Aku bersyukur sekarang aku masih lagi di jalan yang lurus tanpa mana2 persimpangan. Aku harap sangat persimpangan itu jauh lagi dari tempat aku sekarang. Aku tak nak melihatnya lagi apatah lagi memikirkan jalan mana yang harus aku ambil. Akan tetapi, aku juga bimbang ia tetiba berada di hadapan ku. Perlukah aku mengambil masa yang lama untuk membuat pilihan manakah jalan yang sepatutnya aku ambil?

Aku takot sangat jalan yang aku ambil itu adalah jalan yang salah yang tak mampu untuk aku berpatah balik. Dan aku berharap masih ada persimpangan kedua bagi ku untuk aku kembali ke jalan yang sebenarnya. Tapi, mungkinkah ada persimpangan kedua itu untuk aku? 

Aku takot...Takot sangat....
Perlukah aku mengikut kata hati ku? Adakah kata hati selalunya benar? Sejauh manakah kebenaran kata hati itu? Bolehkah ia diuji dengan reliability test? Semua itu aku tak pasti. Tak pasti dengan ketepatan jawapannya yang tidak pernah ada skema jawapannya. Tolonglah...di mana aku boleh mendapatkan skema jawapan bagi persoalan yang dijawab oleh kata hati ku?

Aku bingung apabila memikirkan perkara ini yang mungkin akan berlaku pada bila2 masa sahaja...

Thursday, January 13, 2011

Which one is better?~

 Uishhh...kali ni I skipping yerp. Ahaks...salah la plak. Ok2 I tukar, I cakap melayu ja..

Gambar hiasan semata2..gambo paspot~
Ni lah contoh menyembunyikan apa yang kita rasa~
Mana lagi better? Menyembunyikan apa yang kita rasa or menunjukkan apa yang kita rasa melalui riak wajah kita or tingkah laku kita? Emmm....kalau la aku boleh simpan kan senang. Aku tak kisah kalau orang nak cakap aku kejam ke apa, tapi sorry sangat2 aku memang tak pandai menipu. Tambah2 lagi muka aku nih yang salu giler menunjukkan apa yang aku rasa. Even tak semua rasa mampu diluahkan dengan kata2, tapi muka aku mampu. Mampu menunjukkan semua yang aku rasa. Aku dah cuba untuk beselindung. Tapi tak berjaya. Aku happy, sedeh, geram, cuak, malu, takot, ngantok, busan, marah, tak puas hati, over excited....semua2 la korang akan nampak kat muka aku. 
Hepi tak kitorang???

Kadang2 aku dah cuba. Cuba sedaya upaya aku. Yes! Aku berjaya. Akhirnya... Tapi kejap je lah. Tak sampai seminit, semua orang akan nampak balik reaksi sebenar aku. Kenapa aku macam nih? Aku tahu, dah ramai2 kawan2 yang terasa ngan aku. Tapi, aku nak buat macam mana? Orang akan nampak aku macam orang gila, bercakap sendiri sambil buat muka cover baek punya kalau aku ngah berusaha menghepikan keadaan yang sebenarnya tak hepi, dok cover buat muka relax disaat tengah cuak giler, muka tahan malu dikala tengah malu giler. Memang seyes macam orang gilak...Gua jeles beb ngan orang yang giler boleh cover riak muka. 

They are my lovely housemates. Hepi sangat ngan korang~
Tapi aku tau, aku tak la baek sangat. Kadang2 aku rasa hepi jugak aku macam ni, boleh la bagi hint kat orang yang agak lambat untuk paham orang laen. Sekali kena panahan kilat dari muka aku, sah dah paham~! Huh gile keji statement...haha...sorry kawan2 yang mana pernah terasa ngan aku. Kadang2 aku tak berniat, aku nak cover semua rasa tu, tapi apa kan daya muka ku tak seteguh dinding bilik, yang tegar berdiri membahagi antara bilik aku ngan ampaian. hehe... 


Ada kaitan ka dinding bilik ngn muka aku????
Apa2 pon, aku maafkan kawan2 yang pernah ada salah ngan aku and aku harap korang pon sudi maafkan aku kalau aku ada salah ngan korang [ikhlas dari hati kecilku]

Wednesday, January 12, 2011

Emosi terganggu~!

Kalau dah tak suka, buat apa nak simpan. Buang je lah. Hidup mesti ada give and take, kalau give ja, lama2 aku pon give up...ish3...ape lah aku membebel kat page aku petang2 macam nih.

Hmm...ntah la. Nak cakap pon malas. Susah la kalau terlalu nak ikutkan diri sendiri ja. Kadang2 pendapat orang laen pon perlu jugak. Tapi kalau dah rase kita ja betoi, no komen lah...Ikut je lah apa nak buat.

Ahh...tensyen. Apakah kerna hormon aku ngah menggila skang? Atau otak aku ngah serabut ngan FYP? Lalala~~ Atau pon aku tengah stress pikir apa nak buat di masa lapang ni di kala laptop aku tak leh nak detect cd ke17 citer The Prince Who Turns into a Frog? Aduhhh...suma sudah bercampur laa.... Nak tengok citer..bila nak habis kalau macam nih?

Mari mengaji~!

Pagi2 lagi dah bangun bersiap2 untuk ke klas Bahasa Arab. Xsaited doh...tak sabar nak sampai klas. Jalan kaki pon tak pa, aku sanggup dari dewan besar ke Fakulti Bahasa Moden. Alahh...bukan jauh sangat. Kejap je dah sampai. Boleh dikira exercise aku la tuh untuk setiap minggu. Seminggu 2 kali, pegi balik jadi 4 kali la. Kira ok la jugak. 

Dah sampai klas, tipu arr kalau tak berpeluh. Duduk2 kejap, ustazah dah start cakap Arab. Aku cam biasa lah, bukannya paham sangat. Dok maen jawab ja. Yang aku taw, la [tidak], na'am [ya], ana bikhair[saya baek2 saja], fahimna [kami paham]..apa lagi vocab yang aku ada? Dah~ yang tu ja untuk dijawab. Yang laen aku tak ingat sangat. 

Tetiba ustazah tanya, Sobahalkhair? Alhamdulillah ana bi khair [yakin giler doh]. Tetiba ustazah dah gelak2. Aik kenapa lak? Pastu baru terfikir, ustazah cakap selamat pagi la, yang aku pi jawab alhamdulillah aku sihat tu kenapa? Aduh malu doh! Malu ngan budak sebelah aku. Pastu baru nak cover jawab sobahannur...dah terlambat dah. 

Emmm...macam mana la ustazah leh tukar dialog lak pagi nih? Salunya akan tanya kaifahalukum [apa khabar kamu semua] dulu. Tu yang aku yakin sangat jawab ana bikhair. Ish3...malu2~

Aku ingat aku sorang ja jawab macam tuh, upanya ada lagi orang yang jawab sama. So, rasa malu ku di bahagi 2. Ok tak malu sangat dah. 

Klas 1st belajar tulis alip ba ta sampai ya 50 kali. Perghh...tungging tebalik la plak bila tulis banyak2 ni. Bila sekali pandang mula la rasa pelek. Rasa macam tulisan bahasa laen pon ada. Huhu...Tapi seyes enjoy giler. Dalam hari yang sama jugak belajar sebut alip ba ta ngan makhraj dia skali ni. Huish aku...memang yakin. Setakat alip ba ta, tak pandang pon boleh sebut. 

Alip..ba..ta.......bla...bla...bla.....mim...nun...waw...ha'...lam alif...aku stop. Ustazah senyum. Mana ada lam alif dalam huruf arab. Tu kan gabungan lam dan alif. Owh...tak de ek ustazah?

Huh...sekali lagi aku memalukan diri aku di depan ustazah. Tunggu next klas plak, apa aku nak buat plak?

Saturday, January 8, 2011

Manusia tidak pernah bersyukur~

Betol lah apa yang orang selalu cakap. Manusia memang tidak pernah bersyukur. Bila hari panas, merungut panas sangat la. Bila Allah bagi hujan plak, merungut jugak. Sejuk sangat la.

Bila hidup miskin, mintak kat Allah nak jadi kaya. Miskin semua susah, nak beli apa pon tak leh, duet tak dak. Tapi bila dah kaya pon still tak bersyukur. Asyik dok mintak lagi, mintak lagi. Sekali kena rompak, baru nak kata, lebeh senang jadi orang miskin, tak payah orang nak rompak...haishhh. Memang tak pernah nak bersyukur.
Bila klas pack pon bising jugak, klas banyak sangat, penat la, tak sempat nak buat apa2, tapi bila Allah dah bagi masa lapang cam ni, dok merungut jugak, apa nak buat? Busan la, knpa la tak dak klas hari nih. Huh...aku la tuh. Ishhh3...

Tolonglah...tolonglah bersyukur dengan apa yang diberikan. Bila dah free cam ni, pulun lah study. Kata nak aim dekan sem nih. FYP...dah siap lom? Gi key in data. Gi kira apa yang patut. Yang dok melangut menaip bLog ni ape citer. Naseb Allah bagi masa lapang taw, kalau tak tak berupdate bLog ko nih. 

Dah2....aku dah kena marah. Aku kena stop sini. Nak key in data jap

Friday, January 7, 2011

Buat terakhir kalinya~!

Aku rasa inilah buat terakhir kalinya pencarian terhadap Nurul Huda. Ianya tamat di sini. Dalam entry aku tahun lepas aku ada menceritakan mengenai Nurul Huda nih. Rupanya dia adalah seorang pelajar sekolah agama di Kedah yang sudah tamat pengajiannya dan ingin digajikan sebagai seorang guru fardhu air di salah sebuah tadika di Aloq Staq. Huh...Naseb aku tak ngaku aku Nurul Huda. Hahaha...kalau tak, jenoh aku nak menjawab ngan mak cik tuh.

Aku try bagi cadangan kat mak cik tu supaya try tukar no kat depan, dari 012 ke 017, or 013 or 019. Selamat mencuba ya mak cik...

Selang beberapa minit, fon aku berdering kembali. Aikk...kenapa nih? Masih salah ka? 


Halu mak cik, kenapa ek? [penuh dengan kesopanan dan kesusilaan-bajet dohh]

Aisyah, mak cik dah tau dah, bukan 012 tapi 013. Tapi dia dah ta pakai no nih.


Mula2 mak cik tu ingat Nurul Huda dah tak pakai no aku skang nih, then aku lak yang pakai. Emm...no3...I pakai dulu nombor nih. Huhu...sempat jugak aku borak2 layan mak cik tuh. Besa lah dah jumpa orang kampung, dia jadi peramah sat. Kluaq habis semua loghat aku. Tapi ada jugak yang aku tak paham upanya. Ishhh...Kedah celop ka aku nih?

Haha...ok2 lpas ni dah tak kan ada orang call aku cari Nurul Huda lagi. Aku dah pakai no ni sejak 2004. Aku sayang nombor ni macam aku sayang no tepon la...hahaha maen2 ek? Sekeh pala kang. 


Thursday, January 6, 2011

Dermalah darah jangan derma dara~!

Haishh...ni Samy Vellu la ni. Yer sila baca betol2 ek. Dermalah DARAH bkan dara ek. 

Hari ni ada program derma darah kat fac aku. Huh...masa yang ditunggu2. Bestnya dapat derma darah. For da 2nd time aku pegi. Cam biasa blood test dulu. Tetiba akak tu cakap:

Sorry, kamu tak boleh derma.

Huh?? [muka blur]. Kenapa?

Hemoglobin tak cukup untuk didermakan. Untuk sendiri cukup la.

Hah? Berapa baru boleh derma?

Untuk derma kena ada 12.5 tapi kamu 11.8 ja.

Huh sedeh beb. Semangat gue yang berkobar2 tu pon tak mampu menolong gue. Gue terpaksa balik begitu sahaja. Dengan tangan kosong. Bila nampak kawan2 berbaris2 menunggu turn, jeles jer rasa. Hmm...xde rezeki aku la ek nak derma. Try again next time. Tu jer ayat untuk meredakan kesedehan aku skang. 

Kat bawah ni sedikit info yang aku dapat.

An average male should have a hemoglobin level which ranges between 13.5 to 16.5 g/dl, while for females it should be within 12.1 to 15.1 g/dl. For children, a hemoglobin range between 11 to 16 g/dl is normal, while for pregnant women, normal hemoglobin level is between 11 to 12 g/dl. If the level of hemoglobin in the blood is less than normal, then the condition is called anemia. Anemia can be caused by various reasons, the most common being the deficiency of iron.

Hemoglobin deficiency results in anemia and can be caused due to various reasons. The treatment of anemia depends on the cause of the disease. In case of iron deficiency anemia, the treatment includes taking iron supplements and food rich in iron. It is believed that iron in food from animal sources are more beneficial in increasing hemoglobin levels than that from plant sources. Shell fish, chicken, liver, beef, red meat, turkey, fish, pork, etc are good sources of  iron. Eggs, dark vegetables, green leaves, dried fruits, nuts and beans are also rich in iron. 


p/s Masih berharap for da next time~

Wednesday, January 5, 2011

Permainan paling tragis~!

Korang rase apa permainan paling tragis dalam dunia nih?

Haaa...kalau nak taw, jawapan dia CONGKAK

Seyes tragis giler. Kalau korang maen, tak de perkataan TIKAM!!!! TIKAM!!! bukan congkak la tuh korang maen. First time dalam idop aku maen congkak menangis2. Ni lah pencapaian paling corot pernah aku dapat. Even aku kalah chess ngan adik aku yang sekolah rendah pon tak setragis nih. 

Tu lah, mak aku dok pesan dah dari dulu lagi, "Kalau maen tu jangan seronok sangat, satgi kot gheyau [nanges]" Sah dah. Memang gheyau la. Mula2 seronok dok tikam2 lubang congkak orang. Bila time kita kena tikam berkali2 [lubang hat paling banyak plak tuh], apa lu orang rasa. Tertikam hati ini. Tertikam habis suma otak, paru, jantung, ginjal, usus, pancreas, pundi hempedu, esophagus, semua2 la. Aku rasa macam mau bakaq ja congkak tu. Seb bek hat orang punya. Haish...[keji pulak aku berniat cam tuh].

Dah2...Ni apa kes? Mata dah bengkak. Esok mau pi klas kol 8 plak tuh. Aiyaaa....wa malu doh~!
Lepas klas mau gi kolet data plak...Perlu ka aku pakai spek esok? Giler baek punya cover. 

Usaha tangga kejayaan. Apa guna sekolah aku dulu pakai cogan kata ni kalau ia tak tertanam dalam diri aku? 6 taun weh pakai cogan kata ni. 

Hasil usaha dan doa aku yang tak putus2, akhirnya aku berjaya kembalikan lubang2 congkak aku hampir ke lubang yang asal [5/7]. Kira ok la tuh. Dah boleh tidoq lena dah la malam nih. 

Ok aku mau tidoq dah. Bye~

Monday, January 3, 2011

Lupa nak bersihkan sawang~!

Hari ni hari first klas dalam sem terakhir aku. Hah...semangat berkobar2. Klas first, Bahasa Arab. Hmm...cam biase lah jalan2 pusing main kampus cari bilik seminar. Kat mana pon tak tau aih...Ni lah payah tol orang bajet dok jauh sangat. Padahal jalan kaki pon sampai. Bila nak hapai jalan dalam UPM pon tak tau. Kalau pi sorang2, sah sesat. Kalau takat pusing2 jalan bas tu lepas la. Masuk ja jalan dalam2 ckit, FAIL! 

Kelas malam lak, falsafah sains. Haiyaaa....mampu ke gue? Dah la sampai lambat, pastu asyik2 tengok jam. Dok bengang awat jarum jam pusing laaaammmmmbat sangat. Tonyoh2 [gosok] mata, nampak kol 9.30 malam. Dah hepi giler. Sekali lagi pandang, haishh...tak sampai lagi upanya~ Baru 8.30. Aku ase aku dh cukup lambat dh tadi aku sampai. 8.20 kot aku masuk. Hmmm...

Ni lah jadinya bila hati tak berapa nak ikhlas. Pendek kata, drop je lah subjek tu sebelum merana. Pas abih klas terus ambik borang hijau. Keji sangat la plak kalau gi mintak sign lecturer time tuh. Tunggu je lah minggu depan. Sorry doc, bukan saye tak nak ambik, tapi jam kredit saye dh cukup. Lagi pon saye dh lama sangat tinggai math ngn fizik~ Dah bersawang sangat dah asenya otak saye nih. 

p/s Tak tau macam mana boleh lupa nak bersihkan sawang kat situ...

Sunday, January 2, 2011

Surat lama~!

Hari ni aku sangat2 rajin. Dari pagi aku basuh baju [pakai tangan ok], aku sidai baju [of kos la kan], aku lipat baju, aku kemas bilik, aku clear kan dashboard aku, aku susun buku2, aku kemaskan alat2 lab aku, aku susun keje2 FYP aku dan aku tak lupa juga kpada beLoG kesayangan aku. So aku kasi baju baru kat dia. Then aku tukar accessory sikit kat dia. Hope u hepi lah my beLoG~ 

Kali ni beLoG aku nampak suci ckit. Penuh dengan warna warni kehidupan. Kakakah...berangan. Kalau boleh aku nak tahun 2011 ni lebeh bermakna, lebeh hepi, lebeh ceria, lebeh baek dari taun2 sebelum ni. Tapi walau apa pon, aku tetap bersyukur pada Allah. Apa saja yang Dia bagi kat aku, aku terima ja. Aku hanya mampu berdoa, tapi Dia yang Maha menentukan segalanya. Hope impian aku kali ni dimakbulkan...Aminnn~

Hari ni aku dah start mula azam2 baru aku yang aku tak mention kat beloG aku. Azam tersembunyi. Memang tak leh blah. Haha...bukan apa, orang tua2 kata, kalau nak buat sesuatu jangan bagitau orang laen. Nanti tak jadi. Ntah la. Aku tak caya sangat. Tapi kadang2 ada jugak yang betol. Huhu... (^^,) Percaya!

Yang aku dah tulis, aku biarkan je lah. Kalau jadi Alhamdulillah, =)  kalau tak jadi, pasrah =I 
Dalam aku dok mengemas2 tetiba aku terjumpa surat lama yang pernah aku tulis time aku down giler~ Haha...lawak pon ada jugak bila baca balik. Aku langsung tak ingat aku pernah tulis mende tuh. Ahhh...malu kot kalau ada kawan2 terjumpa. Boleh lak aku letak dalam laci aku macam tu jer. Kalau sesape yang dah terbaca dok sengap2 ek. Jangan bagitau aku. Nanti aku malu. Kalau ase mau kena sekeh, cakap la! Huh...malu2. (~__~)

Tapi tu lah salah satu cara untuk aku lepaskan segalanya yang terbuku di hati. Aku akan tulis suma, then aku akan koyak buang dalam tong sampah. Ntah macam mana lak yang ni aku terlupa. Hope tak de lah orang yang terbaca. Lupa lak aku nak tulis pesanan kat situ, "Jangan baca! Sapa baca perut kembong, peksa tak lulus". Huh kejam giler sumpahan tuh. Kakakah...tu lah ayat2 yang salu tertulis kat diari kawan2 time sekolah rendah dulu. Haha...sory fren, aku pernah terbaca sikit. Tapi nak buat macam mana, ko tulis ayat tu selepas crita ko. Kalau ko tulis sebelum citer, baru la orang tak baca. Kira sumpahan tu tak jadi la kan?

p/s Jangan sesekali mencuri baca diari kawan2 even kanak2 punya diari. Nanti diorang malu~

Dulu2 dah tak sama macam sekarang~!

Owh terlalu cepat masa belalu. Dah masuk hari ke 2 dalam tahun baru. Tapi tak rase sangat. Kalau dulu2, bila nak masuk taun baru jer, mak abah akan bawak gi kedai beli barang2 sekolah. Bawak semua sekali lak tuh. Gi satu kedai, ha, beli apa nak beli. Tapi kena tunggu turn. Lepas settle barang aku, baru barang abang and adik2 laki aku. Hahaha...kenapa aku dulu? Sebab aku anak kesayangan..tettt tipu jer. Sebab aku ja pompuan yang sekolah masa tuh. So, settle kan barang aku dulu sebab laen dari yang laen. Lepas tu terus mintak barang untuk 3 sekali. Bestnya masa tuh. 
Gambar Hiasan~
Tapi tu suma masa sekolah rendah ja. Dah masuk sekolah menengah, dah pandai sikit dah. Gi beli sendiri ngan kawan2. Baju pon mana layan kain koten [cotton] ni. Dah pakai kain lincin. Buat sendiri woOo...tapi mak aku la yang tukang buat. Aku tukang tukang tengok ja~ 

Kalau dulu2 zaman sekolah rendah mesti mak akan beli pensel yang ada corak and raber [pemadam] kat belakang tu banyak2. Time nak gi sekolah, mak akan bagi sorang 2. Pastu mak sorok. Kalau tak sorok, nanti kitorang akan membazir. Agak2 dah habis baru mintak lagi. Tapi kena tunggu semua habis guna dulu. Baru adil. Kalau tak, sape pon tak berani nak mintak. Haha...lawak la plak bila pikir balik. Macam garang jer mak aku. 

 Tapi zaman sekarang ada lagi ka orang pakai pensel tuh? Semua mau dok pakai pensel tekan [pensel tit tit] haha..tak maen dah asah2 ni. Kalau pakai pon yang 2B sebab nak jawab exam. 

Time sekolah rendah jugak la aku rajin giler menabung. Nak beli kaler? Simpan duet sendiri. Nak beli ketas lukisan pon simpan duet sendiri. Sama la ngan adik aku sorang tuh. Tapi dia lagi penjimat kot. Bole beli kasut bola ngan duet simpanan gi sekolah dulu. Kalau dulu2 5 kupang [50 sen] pon dah rasa banyak. Bole beli air [sekupang], nasik lemak [2 kupang] ngan kueh [2 kupang]. Huh...sonoknya.

Tapi kalau sekarang apa bole beli ngan 5 kupang? Ayaq secawan pon singgit. Setengah cawan tak dak juai. Pakat minum kat umah la senang. 

Kalau dulu tak sabar nak naek darjah 4 [bila waktu rehat dikira fasa 2].Sebab bila dah darjah 4, duet blanja bertambah. Tu yang best...

Tapi sekarang aku tengok adik aku dari darjah satu dapat duet sama banyak ngn darjah 6. Huishh...jeles mak aiii...

Kalau dulu2 mak aku suka beli tabung sama untuk kami 4 beradik. Pastu tulis nama. Cukup setaun, mak akan compare sapa lagi banyak menabung. Huh best giler time kira duet tuh. Xsaited kot. Tu lah pemberi semangat kami semua menabung. Kakakah...(^^,)

Tapi sekarang untuk adik aku yang last tuh, dah tak de dah tabung sama macam ktorang. Dia pakai tabung buah nyoq yang Bank Pertanian punya. Haha...ada la jugak mak aku tulis nama. Hehe..ambik ati kot~

Kalau dulu2 aku ngan abang aku gi sekolah kayuh beskat [basikal]. Tapi adik aku, tiap2 hari abah aku antaq. Jeles...

Kalau dulu mak aku akan goreng nasik pagi2 sebelum kami gi sekolah. Lepas besiap2, mak akan suap sorang2. Kalau dah terlambat tuh, sambil bersiap sambil mak aku suapkan nasik. Perghhh...best giler!  Sampai darjah 6 pon macam tuh. Buat nya kitorang tak besaq sampai macam nih~ Tetttt...sekali lagi. 

Tapi zaman adik bongsu aku tuh, dah tak de dah goreng2 nasik suma. Sebab dia sorang ja sekolah rendah. Yang laen dah masuk asrama. Just minum air je lah. Kadang2 tu ada kot mak wat nasik goreng kat dia. Kesian..

Kalau dulu2 jugak, pagi2 aku ngn abang aku bangun pagi jerang ayaq untuk mandi. First jerang dia mandi, second aku punya. Huh best giler.  Komfem menggigil2 lepas mandi even dah campor ayaq hangat. Ayaq bukit kot. Grrr....(~_^)

Tapi adik aku sekarang mandi jer walaupon sejuk menggigil. Huhu...kesian gak...tak de geng nak jerang ayaq~

Kalau dulu, aku ngan abang aku aktif koko maen macam2. Berpeluh2 meleleh2. Tapi adik aku sekarang? Koko, layan chess ja. Cehhh...mampu ke otak bepeluh??? Tingggg~

Ktorang dulu~

Diorang skang~

Banyak lagi beza dulu ngan sekarang. Tapi cam dah berjela2 ja aku tulis. Haha...kalau nak taw lagi kisah aku ngan abng n adik2 aku, nnti bole tanya ek..[Mood: perasan].

Award~!

Thanx kepada Kak Su kerna sudi memberikan award ini kepada saye~ Sorry saye lambat ambik yerp. Busy la konon2 nya ngan FYP ni.. hahah


Dah dapat award kena jawab soklan ek? Haha...ok no hal la. Soklan sikit ja. Tanya banyak pon ok. Insyaallah saye jawab. Time free2 ni memang rajin la katakan. Haha...

1. Apa pendapat tentang blog Suhaila?
Nice and sweet bloG~ I like it...(^^,)

2. Tempat yang paling nak lawat?
Teringin nak pegi Taman Tergantung Babylon. Hahaha....Just nak tengok apa ada kat sana. Erkkk....sape nak gi skali? Jom!

3. 3 perkara tentang diri anda?
1. Sangat suka berkawan dan agak peramah kadang2.
2. Penakut yang dah agak berani sekarang [tapi baru jer tutup2 muka tengok Hantu Kak Limah]
3. Sangat tak suka ulat gonggok [pandang pon tak boleh..meremang bulu roma]

4. tag 5 orang untuk terima award ni..
a) Bally 
b) Nadirah
c) Qadry
d) Izzah
e) Mira

Saturday, January 1, 2011

Rajin mejawab TaG~!

Hmm...taG dari Nadirah ni dah lama aku tengok. Cuma tak berkesempatan nak menjawab. Sorry Nad. Kan kita sama2 busy kolet data minggu lepas ngan minggu2 lepas. haha...Setelah semuanya selesai [basuh baju dan kemas bilik yang tak berkesempatan selama seminggu lepas] baru lah senang ati nak jawab taG. Ok aku jawab sekarang ek~  

Do you think you're hot?
:: Now ek? Tak kot...I tengah kesejukan nih. Menggigil...grrrr (~_^) ::

Your current wallpaper ?
:: Gambo masa kat "Cina"...haha tipu jer. Kat Penang selepas balik dari rombongan ke Perlis ngan kawan2 hari tuh::

Tell about the wallpaper ?
:: Frenz forever. Sangat sayang mereka semua::

The last time you ate pizza ?
::Kalau tak silap 25 Dec 2010. Time Krismas. Kuar ronggeng ngan Apad ngan Raje Nurul Nadia.

The last song you listened to ?
:: Pujaan hati. Kangen band. Dengar sampai boring...hahaha::

Besides completing this taggin' thing , i am . . .
:: Becerita zaman kanak2 dengan Apad ngan Che Moh::

Nicknames ?
::Siti [parents ja, org laen tak bole..geli...hahah], Ecah [kwan2 yg manja2 sikit], Syah [my aunty called me], Aisyah [Common but I like it] ::

Tag 5 people .

:: Nazira ::
:: Azira::
:: Mira ::
:: Nada ::
:: Kak Ellia ::


2nd taG dari Bally Da Shoe~

Sorry baru perasan jugak. And baru bekesempatan nak jawab. Thanx Harimau Malaya kerna dah menang. So hari ni cuti. Yea...barulah gue ada masa untuk godeh2 blog gue...

Siapakah insan yang teristimewa dalam hidup anda?
>> Yang TERistimewa ek? Ok kos My Mom and dad. Thanx coz lahirkan saye yang cumil nih~ tettt..<<

Apakah yang anda ingin katakan/ berikan kepada mereka?
>> Owh sangat2 banyak. First tQ sebab membesarkan saye sehingga besar ini...haha. Second, sorry kecik2 dulu sangat2 nakal salu kasi mak abah marah. Third, tunggu saye keje nanti ek, nak take turn jaga korang lak...dah2 tak cukup ruang nak tulis suma kat sini<<

Adakah anda insan yang setia? Pasti dengan jawapan anda?
>>Insyaallah. Sangat2 berharap begitu. Tapi agak takot tersalah setia pada orang. Sebab saye susah nak melupakan sesuatu yang sangat saye sayang<<

Bila terakhir sekali anda keluar hangout bersama kawan2 anda dan di mana?
>> Last week. Ahad. Gi Times Square ngan Apad<<

Pilih antara 2, mimpi atau realiti yang lebeh indah?
>> Wajib pilih ek? Saye pilih mimpi. Pernah tak rasa teringin nak control diri sendiri dalam mimpi? Buat la apa nak buat dalam mimpi tuh supaya jadi best giler sebab tu hanyalah mimpi. Kita tak kan malu sebab tu hanyalah mimpi semata2. Haha...ni lah angan2 yang paling tak leh blah saye rase<<

Sebab?
>> Sebab kadang2 kita tak jangka mimpi tu seindah itu, yang tak mungkin kita capai dalam realiti<<

Apakah pendapat anda tentang pengirim ini?
>> Pendapat ek? Emmm...nampak macam pendiam tapi sebenarnya macam tak sangat. Haha...Pandai berkata2 dlm beLoGnyer [best baca]. Mamat Kedah yang encem...tettt~

Apakah award ini bermakna kpada anda?
>> Award? Kalau namanya award, yes la jawapannya. Boleh tambah award saye kat umah. Haha...(^^,)<<

Lasty, berikan taggie ini kepada 5 blogger laen!
>> Wani<<
>> Kak Su<<
>>Zaman<<
>> Pink butterfly<<
>> Miss Lilin<<


Azam 2011~!

Setiap tahun aku mesti ada azam tahun baru. Ada yang aku capai, ada yang tak tercapai. Huh..apa bole buat, tak de rezeki. Yang dah tercapai, thanx to Allah membenarkan ianya menjadi kenyataan. Tapi aku tak kisah. Taun ni aku berazam lagi seperti taun2 sebelum ni. Haha tegar~

Azam taun nih:
1. Nak jadi baek sikit dari taun2 sebelum nih. [macam kat bawah ni la at least..(^^,)v]





2. Nak bangun awal setiap pagi.
3. Tak nak membazir duet tak tentu hala.
4. Pasrah dengan apa ja "kemungkinan".
5. Lebeh sensitif dengan keadaan persekitaran..

Ok sikit2 ja. Yang laen tak leh nak share kat sini. Haha...