Tuesday, January 18, 2011

"Enjoy kan hidup ni"

Apa yang harus kita lakukan untuk menyenangkan hati semua orang? Baru aku tahu betapa susahnya untuk menjaga hati insan yang bernama manusia. Susahnya sukar untuk digambarkan. 

Perlu kah kita menjaga hati setiap manusia? Perlu kah kita berusaha untuk menyenangkan hati semua orang? Bagi aku yang hanya biasa2 ini, yang tak punya ramai kawan, aku rasa ianya sangat perlu. Perlu untuk aku mengekalkan persahabatan yang telah aku bina.

Tapi, dalam usaha untuk menyenangkan semua orang, kadang kala kita terpaksa mengorbankan diri kita, mengorbankan kegoan kita. Bagi aku, tak perlulah eGo yang tinggi jika ia sekadar untuk menghancurkan semuanya.

Membina persahabatan adalah sesuatu yang amat sukar namun aku tak nak ianya dihancurkan dengan begitu sahaja hanya dengan beberapa sebab. Setiap orang mempunyai alasan masing2. Tolonglah jangan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang sukar untuk dia lakukan. Dan tolonglah jangan terlalu menilai orang kerana bimbang penilaian anda itu mungkin salah dan mungkin akan memberikan kesan yang mendalam kepada orang tersebut.

Aku tengah berusaha. Berusaha untuk memperbaiki hubungan yang sudah retak itu. Aku tak nak ianya terus menghilang tanpa meninggalkan kesan. Aku berusaha untuk membina ia kembali. Aku pohon pada kamu semua, tolong jangan mengkritik aku kalau kamu tidak tahu apakah yang berlaku sebenarnya. Aku juga hanya manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan. Namun aku bukanlah seorang yang tidak mampu untuk menerima kesalahan sendiri. 

Aku hanya mampu merayu pada kamu semua, walaupon aku tahu aku tidak mampu untuk menghentikan pemikiran kamu terhadap aku, dan tidak mampu mendelete semua tanggapan buruk kamu kepada aku. 

Kalau aku ada salah ngan korang, just let me know. Aku akan terima. Aku akan ubah. Insyaallah...
Setiap orang mempunyai watak yang berbeza dan perangai yang berbeza. Begitu juga aku. Aku mungkin tidak sama dengan kamu atau pon dengan orang laen. So janganlah samakan aku dengan semua orang.

Plezzz...plezzz...plezzz...aku pohon pada kamu semua. Don't judge a book by its cover.

No comments: