Friday, January 14, 2011

Jalan mana yang harus aku pilih?~

Aku bersyukur sekarang aku masih lagi di jalan yang lurus tanpa mana2 persimpangan. Aku harap sangat persimpangan itu jauh lagi dari tempat aku sekarang. Aku tak nak melihatnya lagi apatah lagi memikirkan jalan mana yang harus aku ambil. Akan tetapi, aku juga bimbang ia tetiba berada di hadapan ku. Perlukah aku mengambil masa yang lama untuk membuat pilihan manakah jalan yang sepatutnya aku ambil?

Aku takot sangat jalan yang aku ambil itu adalah jalan yang salah yang tak mampu untuk aku berpatah balik. Dan aku berharap masih ada persimpangan kedua bagi ku untuk aku kembali ke jalan yang sebenarnya. Tapi, mungkinkah ada persimpangan kedua itu untuk aku? 

Aku takot...Takot sangat....
Perlukah aku mengikut kata hati ku? Adakah kata hati selalunya benar? Sejauh manakah kebenaran kata hati itu? Bolehkah ia diuji dengan reliability test? Semua itu aku tak pasti. Tak pasti dengan ketepatan jawapannya yang tidak pernah ada skema jawapannya. Tolonglah...di mana aku boleh mendapatkan skema jawapan bagi persoalan yang dijawab oleh kata hati ku?

Aku bingung apabila memikirkan perkara ini yang mungkin akan berlaku pada bila2 masa sahaja...

No comments: