Friday, October 29, 2010

Bakat Terpendam~!

"Seyes sedap giler kek batik ko Nada. Rase cam nak soh ko buat setiap hari". Yummy2...Huhu...dak2 A-G-10 suma dah boleh kawen. Suma pandai masak. Cakap jer nak makan apa. Settle. 

Tetiba aku terfikir. Bakat aku nih bakat terpendam upanya. Dulu2 masa aku kecik2 aku dah pandai masak. Nasik lemak la, kueh2 la, siap boleh juai agi. Dapat duit. Kecik2 lagi dah pandai jana pendapatan sendirik. Gilerlah. Bukan setakat memasak, buat BBQ pon penah taw. Aku rase tu lah 1st time kau buat BBQ. Sedap doh. Gi tangkap sendirik and bakar sendirik. 

Tapi aku nya proses masak memasak nih ngan brother aku la. Dia yang ajar aku. Thanx bro. Tapi bro aku just ajar pra-memasak la. BBQ berudu. Huh~! 1st time. Tangkap berudu, picit mulut dia kasik terbukak, ambik lidi nyoq (kelapa) cocok2 dalam 4 ekor satu lidi. Make sure ambik yang besar2 punya. Baru bakar ada isik. Haha...pas dah sediakan semua, baru bakar serentak. Ahhh...hepi bila dia dah masak. Nyum3...sedap nyer. Haha,,,gaya cam makan jer. Kesian pulak bila pikir balik. Tak sempat diorg lihat dunia sebenar, dah mati terbakar. Tapi seyes best  maen ngan berudu. Cumil. Hahaha...


Yummy2~!


Ahhh...tapi sekarang dah lama aku tak tengok berudu. Yang ada, ulat gonggok di merata2 tempat. Dari matrik agi dia ikot aku, sampai la ke U. Tensyen doh kalau hidup asyik diperhatikan macam nih. Ape dosa aku pada ko wahai ulat gonggok???



p/s Nasik lemak ngan kueh dulu tuh, buat dari tanah, letak air cikit, letak bunga2, daun2 sikit jadik lauk. Nak beli, bayar pakai daun. Cepat kaya doh, duet kutip jer mana nak. Asing nilai ikut saiz daun. 

Thursday, October 28, 2010

Go GreeN~!

Semangat macam dulu~!



  Cepat2 tanam balik azam lama. Huhu...orang tanam azam baru, aku tanam azam lama. Ahhh...tak kira la, azam lama ka azam baru, selagi tak tercapai, tak boleh tukar ke azam baru. Yang lama, tanam balik, jadi la yang baru. 



Tapi apa azam aku dulu2 ha? Yang mana satu aku nak tanam nih? Suma dah gugur malah sudah ditiup angin. Huh...payah nih nak carik balik. Macam mana ek nak kumpul balik suma azam2 lama aku tuh ha? Nak pakai blower boleh ka?


Tuesday, October 26, 2010

tRaGeDi 24 Oktober 2010~!


Lokasi: Taman Botani, Putrajaya
Masa: Tak ingat pukul berapa.
Tarikh: 24 Oktober 2010

Hari ni aku ngan budak2 umah g jalan2 hilangkan stress HIA. Suma mau jalan2 tapi tak mau keluar duet. Yes! Satu bajet yang bagus. Mana mau pegi? Tetiba ade sorang yang teringin mau maen basikal. Okeh, gi Taman Botani la.

Set~! 

Bingkas bangun ke toilet, ambil wudu', solat and terus pegi. Wah...awal gi jalan2 kat taman kan? Lepas jer orang azan Zohor, terus cabut.

Sampai di lokasi, haha best. Tak der orang sangat. Jalan punya jalan, cari tempat basikal. Akhirnya jumpa jugak. Wahhhh....sonoknya dapat naek basikal. Dah lama kot tak pegang handle basikal. Haha poyo betol. Masing2 dengan besikal sendiri. Sejam RM4. Cesss...kena juga kuar duit. Tapi tak pe lah, tu cover duit makan keesokan harinya. Habis sejam kami berjalan2 sambil bergambar2, terpaksalah pulangkan basikal tersebut. Then, suma tak mau balik lagi. Ok jalan2 dulu. Jap gi pusing terus balik. Ok. Semua setuju.




Sedang asyik kitorang bersembang2 sambil menghayati keindahan alam, tetiba ternampak sebuah basikal ditunggang laju oleh seorang amoi berkulit putih, berseluar pendek atas peha, menuruni anak2 tangga yang sedang kami lalui. Wahhhh....hebat doh. Tak sakit ka? Tetiba, kenderaan beliau hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok besar di hadapan kami. Awww.....Owh deng~! Hahaha =D....spontan terkeluar dari mulut aku dan rakan2. Ahh...Tak baek betol. Sorry2...Are you ok??? Hanya itu sahaja yang mampu untuk diungkapkan. Bf beliau kalaut menuruni anak2 tangga lalu menuju ke arah beliau. "Owh shit". Itu yang kami dengar. 

Agak pelek di situ, kenapa bf beliau tidak menjerit "Tarik brek" or ape2 sign yang menyuruhnya berhenti. My housemate ada cakap, "Tarik brek. Tarik brek". Tapi amoi tu buat tak tau saja. Haha...ni satu lagi, my housemate ni cakap, only kami sahaja yang dengar. Wakaka....sorry ya amoi. Dah tergelak sama kamu. 


Pakej RM26 sahaja untuk 2 orang~!


Semalam aku ngan sorang housemate aku merancang sesuatu. Housemate ajak keluar release tensyen. 

"Ahhh...tak pe lah, ngah bajet la ujung2 sem macam ni. Akak pegi je lah ngan Apad".


"La...jom la. Akak ada 9 ringgit, Aisyah ada berapa?"

"Kami (saya) ada 17 ringgit"

"Ok lah tuh, total 26 ringgit. Kita gi Mines sekarang. Akak blanja Aisyah tengok wayang, tapi guna duit Aisyah dulu la, minggu depan duit akak masuk, akak bayar. Mau dak"

Kepala aku mula mencari2 kalkulator saintifik yang sudah lama tidak diusik. Mula menekan2 kalkulator di otak ku ini. 

Huish...cukup ka?
Tambang nak gi Mines 2 ringgit sorang. Dua orang dah 4 ringgit.
Baki duit ada 22 ringgit. Hari ni weekend, so wayang 11 ringgit sorang, dua orang 22 ringgit.
So, cukup la 22 ringgit. 
Tapi macam mana mau balik?


"Emmmm...kita pikir lagi" (sambil beliau melangkah pulang ke biliknya)
Tetiba keluar notification di Mukabuku aku. 
 Mesejnya berbunyi begini:

"Aisyah Ahmadzuki jom g mines nek taxi....pastu tgk wayg ngan men bowling..mkn kat kenny rogers...ase2 mampu x kite ni???haha"



Haish...ayat menganjing nih. Hahaha...Huh~! Sambil mengelap peluh yang tiada di dahi. Emm...mampu ka? 


Terpaksalah carik balik Meal Plan aku. Bayar suma pakai kad. Tapi ada duit ka dalam Meal Plan tuh? Wakaka.....Huh...betol2 miskin nih. Meggi sudah penuh di dalam laci, tunggu hari untuk di lawati. 


Sunday, October 24, 2010

Manusia berdarah sejuk~!


Badan dah mula terasa panas. Kepala dah pening2. Ahh...mulalah tuh nak mengada disaat keje ngah banyak nih.  Ish ape nak buat? Mood dah lari2 anak. Jenuh nak kejar kalau macam nih. Dalam mood2 cam ni, ase cam nak tido jer. Tak nak buat ape2. Ahhh...mana boleh. Ni bukan U bapak aku. Kang tak pegi kelas, attendance tak dapat sign. Tak cukup 80% kehadiran, mula la meraung tak boleh jawab exam. Hmm...penat2 mengaji (belajar), kena ulang balik. 


Haishhh...besar impact nya tuh. Mau tak mau, wa kena gak wat keje, g kelas cam biase. Semenjak dua menjak nih, wa bertukar jadi reptilia kejap. Berdarah sejuk. Asal sejuk jer, menggigil. Wa mandi tengah hari pon, menggigil. Kawan wa tak puas hati. "Sejak bila pulak lu dah pandai menggigil2 nih" Wow...ayat tak percaya doh. "Sejak lemak2 wa dah berkurang la" Hahaha...jawapan spontan. Kawan wa tak boleh terima. Wa pasrah~! 


Ok2 jap lagi wa ada discussion. Wa mau kejar mOoD wa yang dah lari2 anak tuh. Kang jauh sangat kena tinggal ni ha. 


Aku~!


'Aisyah membawa maksud "Yang hidup bahagia". 

Aku suka nama aku, aku suka maksudnya juga. Thanx to my mom and dad. 'Aisyah~! Senang diingat senang juga disebut. Namun, aku amat2 mengharapkan apa yang berlaku dalam hidup ini adalah selari dengan nama aku. Bukannya bermaksud selama ini aku tidak hidup bahagia, tapi apa yang aku inginkan adalah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bila muhasabah balik diri, banyak sangat kekurangan diri ini. Sudah banyak dosa aku pada Penciptaku. Malu bila memikirkan dosa2 ku selama ini. Namun, hanya kepada Nya sahaja tempat aku bergantung, tempat aku memohon pertolongan, mengadu segala masalah ku dan juga bersyukur atas nikmat yang diberikan. Thank You Allah. Aku mohon dijauhkan dari azab siksa Mu dan jauhkanlah aku dari godaan syaitan laknatullah. 

Namun...Adakah sengaja aku membiarkan diriku dalam keadaan begini? Adakah aku gembira dengan apa yang aku lakukan ini? Semua ini persoalan yang bermain2 difikiran ku. Aku sendiri yang menentukan hidup aku, apa yang aku buat. Kadang2 aku sedar, namun aku tetap melakukannya. Aku kompius~! Aku tak tahu samada aku telah menjumpai identiti aku sebenar or aku masih lagi mencari identitiku. 


Aku selalu teringat kata2 Ustazah aku masa di Matrikulasi dulu:


 "Allah hanya memberikan hidayah kepada orang yang dikehendaki-Nya. Kalau rase nak berubah, berubah ja. Takot itulah hidayah terakhir bagi kita" 







Thanx Allah, aku masih diberikan peluang menyedut udara-Mu, melihat keindahan ciptaan-Mu, melakukan amal untuk bekalan ku nanti, juga peluang bertaubat kepada-Mu. Hope aku sentiasa mengingati-Mu apabila aku senang dan susah. 

Saturday, October 23, 2010

Senaman kuruskan badan~!

Aku dah jumpa senaman baru yang amat berkesan untuk kuruskan badan.. Yes2~!

Tak susah pon, juz bayangkan:



"Kena kejar ngan Lecture sebab datang kelas lambat. Berlari sekuat hati jangan kasi Lecturer tangkap. Kalau Lecturer dapat tangkap, kena berdiri atas kerusi sambil angkat kaki sebelah".


"Then, agak2 Lecturer tak nampak, lari lagi...sampai la ase2 dah jauh tinggal Lecturer kat blakang, kona masuk umah! Kunci pintu! Wakaka...Lecturer tak leh masuk. Okeh, sok soh Lecurer kejar ag ek....Ok selamat mencuba".



Nak lagi seronok, lari la ramai2, boleh saling potong memotong. Sehari 15 minit pon dah cukup. 


p/s Bukan lari keliling faculty, tapi lari dalam umah jer, lebih kurang lari setempat la orang kata. 


Tinggi menggapai AWAN~!



Aim biar tinggi. Baru usaha lebih. Kalau jatuh pon, tak lah rendah sangat. Haha.. Ok...nak start aim balik apa yang aku aim dulu. Tegar! 



Sape mau join? Meh cni aku ajar cara2 nya. Tetiba aku teringat apa yang pernah diajarkan dulu kepada aku. Betol ka berhasil? Aku tak pernah try betol2.


 Nak la try kali nih sebelum aku habis belajar nih. Mana lah tau, berjaya. Syukur Alhamdulillah. Haha...



Rahsia~!...


Sembunyi....Aku harus sembunyi....Apa yang aku rasa.....Agar hanya aku seorang sahaja yang merasainya...Yeah...inilah aku, Ini lah ko Aisyah...Inilah diri ko sebenar....Aku boleh mendengar cerita orang, tapi tak semua cerita aku diceritakan..."You can share everything if you want, but don't force me to tell everything about myself"...."Kami sedia membantu" (slogan KKM). Aku suka slogan nih..."Aku sedia mendengar" Ni slogan aku...haha.... Kalau aku citer semua, means tak der secret la dalam hidup aku. Hahaha....



Entry suci tanpa kaler...huhu






Friday, October 22, 2010

PaGi-PaGi bUta~!


Morning~! 
Suka nya suasana macam nih. Bila matahari baru nak naek...

Hari ni wa bangun awal. Yes! Yakin! Wa bangun awal. Wa becadang mau siapkan assignment hari ni jugak. Nanti malam2 cikit wa mau tukar profession. Wa mau specialize dalam keje2 laen pulak. Cehhh...Tapi sampai sekarang, wa dok pening lagik tengok Guideline, tengok Report, tengok slide wa. Wa cuba suaikan apa yang patut, tapi....mata wa dah berpinar2..Haish...apa wa mau tulis nih? Sapa mau tolong wa??? Ayyooo...pagi2 buta cam ni, suma masih di buai mimpi. Hmmm....


Pagi2 buta???? Mak wa salu cakap "pagi2 buta" ni. Satu hari wa tanya mak wa, "Kenapa pagi buta ek? Malam buta ok la, gelap tak nampak. Boleh ka kalau sebut pagi celek???" "Hmmm...tak tau la plak. Dah orang tua2 dulu cakap lagu (macam) tuh. Pi la tanya depa". Tak pa la aih...tak dan dah nak pi tanya depa pon, suma dah tak dak....huhu


Hahaha...

 Love Green~!



Wednesday, October 20, 2010

Boleh ka nak beli masa???


Tunggu...

Tunggu....

Dan terus menunggu.........

Ish, telambat 2 minit ja.

Owh baru aku paham. Masa itu eMas. 

Eh salah!

Masa lebih berharga dari eMas, tapi aku tak tau berapa nilainya. 

Kalau eMas aku tau la jugak berapa.

Adusss...rugi bukan?

Tak per, next time cuba lagik~!

Boleh ka nak beli MASA????
Nak beli masa ek? 

Apa susah. Gi kedai jam, beli la berapa banyak jam ko suka...hahaha

Mengong kan?

Kalau la boleh macam tuh....

Dekat nak exam jer, aku nak gi beli jam banyak2, nanti dapat masa lebih jawab eXaM..

+MaLu+ (+_+)


Ish malu betol lah...

Bila ase malu aku mau ilang?

Asal jumpa ja, malu.

Tu lah, wat keje tak pikir.


Skang apa cer?

Bila dia senyum2 kat aku, lagi la aku malu.

So, ape aku buat?

Buat2 tak pandang muka dia.

Cam budak2 giler lah ase.

Rasa nya budak2 pon tak macam aku.


Malu. 

Aku malu. Dah seminggu berlalu.

Malu aku masih belom hilang.

Aiyaaa....mana wa mau sorok muka wa nih???


Mau sorok muka dalam kain, nanti wa jalan tak nampak jalan.

Blagak cool, macam tak penah berlaku apa2.

Itu aku rasa terbaek lah.



p/s Berfikir sebelum buat. Jangan terlalu eMo~!




Tuesday, October 19, 2010

MaCaM CaKaP DePaN CeRmIn~!




Aku cuba untuk melupakan apa yang telah berlaku. But sometimes aku akan terus memikirkannya. Lagi aku ingin melupakan, lagi aku akan teringat2. Bukan mudah kan nak melupakan sesuatu. Memang mudah untuk melafazkan "Ko lupakan je lah" "Alah...tak yah nak ingat2 lagi dah"...senang bukan? Tapi aku yang melaluinya. Mustahil bagi aku dapat melupakan apa yang berlaku dalam sekelip mata. 


Satu aku bimbang, kalau aku melupakan apa yang telah berlaku, aku takot perkara ni akan berulang lagi. Walau apa pon terjadi, aku tak kan lupa pesanan mak aku. Aku bengang kalau orang tak pandai menjaga hati orang laen. Sungguh pon ko tak suka, tolong lah, jangan show off kat orang. Hormatilah orang laen. 




Aku cuma ingin ko berfikir, kalau ko di tempat aku, apa ko akan rasa? Ko suka? Hepi? Apa perasaan family ko? Melainkan ko tak der perasaan, ko tak kan rasa. ko memang pandai berkata2 bukan? Tapi ko tak perasan, ape yang ko cakap2 kan, ada jugak yang terkena kat ko. Ibarat meludah ke langit. Or bak kata adik aku "Macam cakap depan cermin" (ibarat kata kat diri sendiri tanpa ko sedari). 


Sekali sekala, lap lah cermin ko, agar ko boleh nampak diri ko sebenar dalam tuh. Hmmm....kalau ko nak tumpang kat cermin aku pon boleh, tapi ko kena ingat, bila ko tumpang kat cermin aku, ko akan nampak aku kat situ. Sebab tu cermin aku. Okeh2 aku tak tau ape aku dah melalut. Ok aku paham, sekarang dah pukul 3 pagi, so, bila aku singgah kat cni waktu2 macam nih, aku akan melalut ntah pa per. Tapi, main point dia ada la. Aku juz nak highlight kan, please respect other people if you want people respect you and your family. 


p/s Ni jugak peringatan untuk diri aku sendiri. (^__^)v

Monday, October 18, 2010

Grad tapi belom dapat Degree~!



Gua dah start pening2, rase mau muntah. Ape gua patut buat? Tapi, gua tak leh tido ag. Keje gua banyak ag tak siap. Ni gara-gara dulu gua tak habis sekolah. So, sepanjang dua hari nih, orang laen bersuka ria, g outing, tengok wayang, shopping, karok or whatever, gua kena g sekolah balik, habis kan gua nyer study untuk dapatkan sijil. Gua blajar BI balik. Gua blajar bercakap, tapi gua tak blajar menulis. Sebab, cikgu gua memang taw yang gua ni memang hebat la dalam bab2 penulisan nih. Haha...poyo bukan? Tak de lah, gua maen2 jak. Gua memang agak kureng sedikit bab2 bahasa penjajah nih. Cuma gua tak la sampai anti bahasa penjajah cam kawan gua penah wat dulu. 


Naseb masa gua tadika dulu, gua sempat grad. So, skang gua berbangga ngan pencapaian gua. Gua skang ada dua sijil, satu sijil (finishing school) and satu sijil (tadika). Hahaha...gua mau try carik keje guna dua sijil ni lah. Ase2 ape keje yang gua leh dapat ha??? Nanti gua try masuk jobstreet. Tadi cikgu gua ajaq masuk situ, isi apa kita mau mintak. Gua dari kecik lagi, cita2 mau jadik safety and health officer. Dasyat kan cita2 gua. Kira2 cita2 gua hampir tercapai la nih. Tapi bole ka gua mau apply jawatan nih ngan sijil yang gua dah sedia ada?



OK2, gua apply dulu, nanti gua kasi taw, gua dapat ke tak keje tuh. Skang gua mau sambung wat Parasite. Lusa gua mau present sama lecturer gua. Kasi health education kat diorang. 


Sunday, October 17, 2010

Bukan rezeki aku


Hari pertama dapat jadual untuk Finishing School aku dah mula mengeluh. "Aaaahhhh....lewatnya habis. Tak boleh ka abih awai sikit? Huh...penat doh abis lambat. Petang nih, malas la nak mai." Rest kol 1 aku terus balik bilik. Berniat tak nak pegi dah petang tuh. Tapi tak sampai hati tengok lecturer bersungguh2. Akhirnya abis seharian aku di bilik tutorial.


Hari kedua pown sama. Terasa sedikit malas. Diulang, sedikit malas. Tapi hati ini tetap tegar ingin mengetahui apa yang akan aku perolehi kalau aku stay sampai habis. Apa salahnya aku tunggu hanya beberapa jam sahaja lagik. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Betol tak? Alhamdulillah banyak la jugak input2 berguna yang aku dapat. TQ Prof Salih. Tak sangka aku berjaya habiskan semua slot tanpa ponteng even satu slot pon. Cemerlang bukan? Itu lah aku. 


Aku ingat, ni dah tak jadik finishing school, jadik fishing school. Tapi rezeki bukan untuk aku. Aku tak berjaya fishing banyak ikan. Only sekor jer kot. Tu pon ikan bilis. Haha..Aku pancing petang semalam. Tu pon sekejap ja. Sebab letih sangat. Then aku dah malas nak fishing2 ag. Tu lah sebabnya hasil tangkapan aku sikit saja. Bukan rezeki aku lah tak dapat ikan banyak. Haha...


Saturday, October 16, 2010

"FISHING SCHOOL"


Esok kena bangun awal nak gi sekolah. Malam ni kena iron baju awai2, tidoq awai, suma awai2 la. Tapi aku yakin dan pastilah, esok bukannya "FINISHING SCHOOL" tapi "FISHING SCHOOL"...Sure ramai yang dok memancing dalam kelas esok. Huaaaa......menguap...menguap dan terus menguap. Sampai sekarang pon aku belom tidoQ. Dok carik2 bahan, sampai gatai tangan2. Akhirnya tertinggallah sesuatu kat sini. Sempat jugak aku  menconteng2 menghilangkan stress. Jap lagi nak kuarkan maklumat dari bahan yang dah dicarik. Mata meminta2 untuk dibelai. Katil melambai2 untuk ditemani. Bantal memanggil2 untuk dipeluk. Ahhh...semua itu godaan. Jangan menoleh kebelakang kerana godaan itu sangat kuat. 


Malam ni aku keseorangan lagik. Rumate tetiba balik umah. Hubby soh balik. So, cam biasa aku tinggal sorang. Kena tido sebelum semua orang tido. Kena bangun selepas ada sorang bangun. Haha...simple kan aku? Just wait and see. Lampu dah mulai tutup dari satu bilik ke satu bilik. Aku tak leh melengah-lengahkan masa lagik. Aku kena cepat siapkan keje. Esok kol 8 nak masuk kelas. Petang nak jumpa ahli kumpulan nak bincang. Serabut. ok2...aku mau tido dulu. Nampak gaya nya orang bilik depan dah tutp pintu. OK2.....bye..


Friday, October 15, 2010

Absolute Boyfriend~!



Malam nih aku blur sikit. Bila rumate tak der, balik umah, housemate suma kluar, tinggal aku sorang2. Ape aku nak buat? Busannyer! Berani ka aku? Ahhh...cam mana pon, aku kena berani. Baek pikir awal2 apa aku nak buat sementara semua orang belom keluar. Hahhh....tengok muvie. Tu jer yang boleh aku buat tanpa aku bergerak ke mana2 pon. Betol! Aku rasa itulah yang terbaek untuk aku. Terus ke bilik Che Moh:


 "Moh, ko ader citer best tak?, tak nak drama panjang2, pendek2 sudah. Biar aku boleh habis malam ni jugak."

"Ntah. Ko tengok la sendiri kat atas (rak) tuh"

"Okeh"
-
-
-
-
Lepas satu, satu aku tarik. 
-
-
-
-
"Ni best tak?"

" Tu biase jer"

"Ni?"

"Slow cikit"

"Yang nih?"

"OK la"

"Ish...bagi aku yang romantik2 cikit la"

"Ko tengok la"

"Adusss.....yang ni panjang tak citer dia?"

"3 disc ja. Tapi ko kena ingat, tu DVD"

"Ahhh....tak pe lah, aku ambik yang ni jer"




Dah yang tu jer aku nampak paling pendek. Haha sentai (ambik) ja la...

Akhirnya, aku berjaya lah habiskan citer "Absolute Boyfriend" tu malam ni jugak. 

Cemerlang bukan?

Tetiba terfikir, best nya kalau boleh maen set2 pilih cam tuh. Hmmm....berangan....berangan...Wakaka....


Thursday, October 14, 2010

Saper tak suka?


Semua orang suka keindahan itu. 

Termasuklah aku. 

Cakap, sape yang tak suka?

Semua suka bukan? 

So, kita share lah...hahaha



(^____^)v

"Bagus kamu berfikiran positif"- Kembang seketika.


Dalam jadual yang terpampang  di ofis KPP tercatat nama aku start present at 4:00 pm to 4:30 pm. Yes! aku dah bersemangat. Tak sabar nak present. Ish awat tak habis2 lagik nih? Aku merungut dalam hati. Seb bek suma orang tak dengar. Apesal tetiba excited? Tak sabar nak merdeka kot. Maybe!.Jam di dinding menunjukkan tepat 5:00 pm. Second presenter baru habis membentangkan proposalnya dan dikomen oleh assessor. Yes pas ni aku pulak. Even masa dah lari lebih kurang sejam, namun aku tetap tegar, bersemangat mau present.


Sampai turn aku, menggigil la plak. Nebes (nervous)! Blagak cool. Bla...bla...bla....macam2 aku membebel untuk memenuhkan masa 20 minit yang diberikan. Sempat jugak aku menjeling ke arah assessor2 aku. Ade yang dok merenung aku dok gelak2 pown ada. Ish!!! Awat plak. Aku salah cakap ka? Ahh...tak kisah la, yang penting yakin. Huhu..


Habis aku present, Dr. tanya, "Kenapa Gantt Chart kamu ni sampai sini ja?" Zapp!!! Naseb aku cepat tangkap. "Owh, tu lah saya pon tak taw kenapa, saya print2 tapi dia tak mau keluaq" " Hah??? Keluaq???" kakakah...doc gelak. Alamak, lupa plak aku kat Selangor. Tengah present plak tuh. Tapi tak pe lah, as long as orang paham, ok la tuh. Ingat ape lah yang sampai sini ja, upanya line dia tak keluaq. 


Ape2 pon tQ to my lecturer, tQ for your comments and advices. Biar aku kena sekarang, jangan kena time viva nanti. Sekarang masih sempat untuk aku tukar apa yang patut. Kalau dah viva, nganga ja lah kalau kena. Nak tukaq pon dah telambat. 


Bak kata Dr. Ros, "Bagus kamu berfikiran positif". Cehhh...perasan sat. Hahaha...Hope aku enjoy habiskan final year project aku. Wish me all da best~!



Wednesday, October 13, 2010

Semangat!!!


Tomorrow my proposal presentation for final year project.

My project is about "Evaluation of health status among construction workers and communities nearby exposed to PM10 (particulate matter)". 


Huh...takot la plak.

I will be the last presenter for the last Bilik Tutorial at the last day.

Fuhh....segala kecuakkan dah lama hilang but I takot segala cuak2 tu akan datang balik secara tiba2 esok.

I dah banyak usha kawan2 present. 

Each assessor will have different cara. 

Tu yang membuatkan I lagi takot. 

Wish me all da best tomolo (bak kata dak2 Chinese klas aku) haha...



p/s Gaya macam dah prepare habis-habisan bukan? haha...

Tuesday, October 12, 2010

Memory~!


Hari ni ex-rumate aku merangkap senior kos aku konvo. Best nyer tengok orang konvo. Jelez betol. Aku mesej mak aku, aku g pesta konvo. Mak aku cakap tak pa, taun depan kita plak na. Baek mak...Tapi dalam diri aku 50-50. 50 nak habis blajar nak keje, 50 ag tak nak habis lagi. Tak nak tinggal kawan2 and suasana U. Lecturer aku cakap, pengalaman di U lah pengalaman yang paling berharga and sekali dah berakhir, tak kan berulang ag. 






Sayang bukan? Kalau sambung master pon, tak kan jumpa suma kawan2 balik. Huh...sedeh bila pikir masa yang tinggal hanya sedikit saja lagi. Tak sampai setahun ja lagi. masing2 akan bergelar graduan. Graduan Universiti Putra Malaysia merangkap alumni ENVOCH (Environmental and Occupational Health). Cepat giler masa berlalu. Dalam tak sedar, aku dah final year. Dah empat tahun aku kat UPM. Mak aku cakap, "Dulu rasa punya la lama 4 tahun baru nak dapat degree, tapi la ni sat ja, pejam celek, pejam celek dah taun 4".




Apa aku dah dapat selama 4 tahun ni? Banyak yang aku dapat. Kalau aku senarai, kalah list barang shopping selama setahun di Giant. Hah Giant? Why Giant? Ntah, aku pown tak tau. Salu sale kot. Huhu..




Ahhh...tak tau lah nak cakap. Yang aku tau, aku sayang UPM. Aku tak nak tinggal suma kenangan nih. 

 ENVOCH...

 Kawan2 Biomedic...


Kelab Rakan Siswa...


p/s Luv u all very much...Muahhh...(^_^)v

Monday, October 11, 2010

mEnAnTi HaRi EsOk....



Macam mana aku nak hadapi hari esok???




Dia: Cuba lah terima salah sendiri. Kalau tak, macam mana diri nak maju. Mana boleh bila dah salah, kamu nak kata bukan itu yang kamu maksudkan, tapi kamu maksdukan yang laen! (dengan nada yang tinggi dan tegas)






Uishh.....memang aku salah. Aku ngaku. Tapi aku tak salahkan dia pon. Aku cuma jelaskan apa yang aku paham. Last2 aku yang kena marah balik. 






Hah...ape lagi, terus la terjadi mende yang tak disangka. Macam mana lah pili (paip) air mata aku boleh terbuka. Huh apa lagi, mengalirlah. Sape la yang bukak tapi tak tutup balik nih? Siap tersedu2 ag. Wahhh....malu giler doh. Terus senyap malas nak jawab ape2 dah. Laen yang aku cakap, laen yang dia tafsirkan. Better aku diam. 








p/s Must always tutup ketat2 pili air after guna. (^_^)



Sunday, October 10, 2010

Hari bertuah aku (^^,)

Hari Jumaat wa kena gigit tebuan, sakit2 sampai ke malam. Wa putus harapan tak jadik g UiTM program Kelab wa. Macam mana wa mau jalan terhenjut2 nak g tempat orang? Tido malam wa tak berapa lena. Sakit berdenyut2. Semalam, wa bangun pagi cam biasa, lepas kuar toilet baru wa tepikir, eh kaki wa dah tak sakit la.  Wa dah sihat. Wow antibody wa bekerja keras menyelamatkan wa. Wa kagum! So, hari ni wa boleh gi jalan2 UiTM dengan bahagianya. Siap panjat "Bukit Tonggek" ag. Memang tonggek habis la. 45 degree la. Pergh...wa ngan wa punya wedges memang tak terkata la. First time wa turun bukit secondong 45 degree ngan my wedges. Huh...mencabar doh...


Hari ni hari bertuah wa jugak. Masa ngah sarap kat UiTM, wa dapat secebis kertas tertulis 076. No cabutan bertuah. Wow...nombor feberet (favorite) wa ada. Wa suka. No 6 memang bertuah la wa cakap. Tiba masa yang ditunggukan2, Alhamdulillah...wa memang bertuah. TQ suma yang sudi mencabut no wa. 


No bertuah wa....


Hadiah wa dapat..




p/s Hari ni wa hepi sangat. Wa sempat jumpa kawan wa konvo. Wa pon konvo skali. 


TQ Colgate~!

Petang tadi, Miss Lilin datang bilik aku nak tanya seluar dia ka seluar aku yang ada kat ampaian belakang. Owh no hal la, boleh jer gi tengok. Keluar dari bilik aku tak pandang mana2 dah, jalan ngan yakin nyer ke belakang. Tetiba zappp!!!!!!!! Adoiii....sakit giler. Ada sesuatu melekat kat kaki aku. Ahhh...tebuan. "Ahhhh...sakit2...tolong2 cabut" aku jerit kat Miss Lilin. Miss Lilin terkejut. Dia menoleh tapi kaku seketika. Wahhh...nang tebuan tu meninggalkan bontotnya di kaki aku. Sakit nya tak terkata. Hanya Tuhan saja yang tahu. Menggigil aku menahan sakit. Tetiba, teringat pesan mak aku, kalau kena gigit tebuan letak Colgate. Ye ker Colgate? Ahhh...tak kira dah. Colgate mana Colgate. Air mata??? Memang tak tahan la. Meleleh2 menahan sakit. Owh deng~! Sakit giler, baru aku tahu betapa sakitnya kene menantang nih.


Kat PKU (Pusat Kesihatan Universiti)


Misi (Nurse): Ni kamu sapu ape nih?

Aku: Colgate! Eh ya ka Colgate? Emm...ubat gigi, ubat gigi~!

Misi tu senyum jer tanpa berkata apa2...






Semua jenis ubat gigi dipanggil Colgate
Semua jenis lampin pakai buang dipanggil Pampers
Semua jenis racun serangga perosak dipanggil Ridsect



p/s Adik aku cakap, "Lu mata ikan pari." (Jalan tak nampak bawah)

Saturday, October 9, 2010

eMo~!



Wa dah cakap, wa tak suka nak mula.

Bila wa mula, mende ni akan berlarutan.

Tengok!

Dari malam semalam sampai malam ni.

Wa malas nak sambung2 ag.

OK wa stop sini! Jangan ada yang nak mulakan balik na!





Ini entry wa paling eMo...Wa perlukan eNo...

eNo....eNo...eNo...



p/s Ini iklan eNo eMo~! Hehe..