Tuesday, October 26, 2010

tRaGeDi 24 Oktober 2010~!


Lokasi: Taman Botani, Putrajaya
Masa: Tak ingat pukul berapa.
Tarikh: 24 Oktober 2010

Hari ni aku ngan budak2 umah g jalan2 hilangkan stress HIA. Suma mau jalan2 tapi tak mau keluar duet. Yes! Satu bajet yang bagus. Mana mau pegi? Tetiba ade sorang yang teringin mau maen basikal. Okeh, gi Taman Botani la.

Set~! 

Bingkas bangun ke toilet, ambil wudu', solat and terus pegi. Wah...awal gi jalan2 kat taman kan? Lepas jer orang azan Zohor, terus cabut.

Sampai di lokasi, haha best. Tak der orang sangat. Jalan punya jalan, cari tempat basikal. Akhirnya jumpa jugak. Wahhhh....sonoknya dapat naek basikal. Dah lama kot tak pegang handle basikal. Haha poyo betol. Masing2 dengan besikal sendiri. Sejam RM4. Cesss...kena juga kuar duit. Tapi tak pe lah, tu cover duit makan keesokan harinya. Habis sejam kami berjalan2 sambil bergambar2, terpaksalah pulangkan basikal tersebut. Then, suma tak mau balik lagi. Ok jalan2 dulu. Jap gi pusing terus balik. Ok. Semua setuju.




Sedang asyik kitorang bersembang2 sambil menghayati keindahan alam, tetiba ternampak sebuah basikal ditunggang laju oleh seorang amoi berkulit putih, berseluar pendek atas peha, menuruni anak2 tangga yang sedang kami lalui. Wahhhh....hebat doh. Tak sakit ka? Tetiba, kenderaan beliau hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok besar di hadapan kami. Awww.....Owh deng~! Hahaha =D....spontan terkeluar dari mulut aku dan rakan2. Ahh...Tak baek betol. Sorry2...Are you ok??? Hanya itu sahaja yang mampu untuk diungkapkan. Bf beliau kalaut menuruni anak2 tangga lalu menuju ke arah beliau. "Owh shit". Itu yang kami dengar. 

Agak pelek di situ, kenapa bf beliau tidak menjerit "Tarik brek" or ape2 sign yang menyuruhnya berhenti. My housemate ada cakap, "Tarik brek. Tarik brek". Tapi amoi tu buat tak tau saja. Haha...ni satu lagi, my housemate ni cakap, only kami sahaja yang dengar. Wakaka....sorry ya amoi. Dah tergelak sama kamu. 


No comments: