Sunday, October 24, 2010

Aku~!


'Aisyah membawa maksud "Yang hidup bahagia". 

Aku suka nama aku, aku suka maksudnya juga. Thanx to my mom and dad. 'Aisyah~! Senang diingat senang juga disebut. Namun, aku amat2 mengharapkan apa yang berlaku dalam hidup ini adalah selari dengan nama aku. Bukannya bermaksud selama ini aku tidak hidup bahagia, tapi apa yang aku inginkan adalah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bila muhasabah balik diri, banyak sangat kekurangan diri ini. Sudah banyak dosa aku pada Penciptaku. Malu bila memikirkan dosa2 ku selama ini. Namun, hanya kepada Nya sahaja tempat aku bergantung, tempat aku memohon pertolongan, mengadu segala masalah ku dan juga bersyukur atas nikmat yang diberikan. Thank You Allah. Aku mohon dijauhkan dari azab siksa Mu dan jauhkanlah aku dari godaan syaitan laknatullah. 

Namun...Adakah sengaja aku membiarkan diriku dalam keadaan begini? Adakah aku gembira dengan apa yang aku lakukan ini? Semua ini persoalan yang bermain2 difikiran ku. Aku sendiri yang menentukan hidup aku, apa yang aku buat. Kadang2 aku sedar, namun aku tetap melakukannya. Aku kompius~! Aku tak tahu samada aku telah menjumpai identiti aku sebenar or aku masih lagi mencari identitiku. 


Aku selalu teringat kata2 Ustazah aku masa di Matrikulasi dulu:


 "Allah hanya memberikan hidayah kepada orang yang dikehendaki-Nya. Kalau rase nak berubah, berubah ja. Takot itulah hidayah terakhir bagi kita" 







Thanx Allah, aku masih diberikan peluang menyedut udara-Mu, melihat keindahan ciptaan-Mu, melakukan amal untuk bekalan ku nanti, juga peluang bertaubat kepada-Mu. Hope aku sentiasa mengingati-Mu apabila aku senang dan susah. 

No comments: