Sunday, October 3, 2010

"Meh saya ajar kamu"


Setelah hampir 4 tahun bergelar pelajar Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, aku dah semakin menjadi observer terbaik la. Semua di sekeliling aku aku usha. Pantang berada di tempat yang asing, memang aku usha la semua. Terutama sekali tempat2 makan. Kalau la mata ni boleh tembus, nak ja tengok sampai ke dapur dia. Tapi dalam tak2 nampak tuh, nak jugak menjenguk. Lantak la cashier tu nak kata apa. Aku nak jengok jugak. Kalau dulu, aku tak kisah pown beli makanan kat mana2. Tapi sekarang aku dah mula memerhati, paling kurang GRED B kedai tuh. Tapi kalau dah teringin sangat, GRED C pon aku sapu gak, tapi wat tutup mata la. Wat2 tak nampak.


Tapi tadi lepas makan, aku g toilet teman sahabat aku yang dah penuh tangkinya. Sementara aku menunggu, aku ternampak seorang mak cik memakai APRON memasuki toilet. Ditegaskan sekali lagi APRON. Owh deng!!!

"Mak cik, maaf saya ingin berkata sesuatu, mak cik tak sepatutnya membawa apron ke toilet. Mak cik kena tinggai kat tempat masak, nanti balik dari toilet baru pakai balik".

Tapi aku lihat mak cik tuh buat tak tahu jer kat aku. Geli giler. Mula la aku usha lagik. Dia pakai cincin. Adus...ni lagi satu kesalahan untuk pengendali makanan. Selipar pulak. Lagi satu kesalahan.

" Mak cik, kalau mak cik mengendalikan makanan, mak cik tak boleh pakai cincin. Kalau orang kesihatan datang check, salah ni mak cik".

Sekali lagik aku tak dipedulikan. Apron dia pakai pon kotor. Sambil menunggu giliran, dia mengelap2 tangannya di apron. Uishhh...sabo jer lah. Sebelum masuk toilet, dia pegang stokin dia lak sebab basah tekena percikan air dari dalam toilet di hadapannya. Lepas dia kuar toilet, aku usha lagik. Ingat dia nak ke sinki basuh tangan ngan sabun, tapi hasilnya tak. Apa yang dia buat hanyalah meneglapkan tangannya di apron yang dipakainya. Fuiyoooo....mantoplah! Segala kuman, bakteria, virus, parasite, protozoa semua berkumpul lah di apron mak cik tuh. Tak yah diorang wat reunion susah2. Mak cik ni jer penghubung mereka. Aduhai....pening kepala aku tengok. Tak per mak cik, saya bole ajar mak cik cara2 nyer ya...


Mak cik wajib cuci tangan selepas ke toilet.


Yang pasti lepas nih aku tak kan makan lah kat kedai mak cik tu nega. Adelah tertulis nama gerai dia S******. Huhuhu...geli3.....

Mak cik, ni saya tolong ajaq mak cik cuci tangan na...


Uwekkkk....




p/s 1. Sebenar nyer aku cakap dalam hati jer, sebab tuh mak cik tuh wat tak tahu jer kat aku. Aku tak der kekuatan untuk mengeluarkannya di mulut aku. Huhu...

2. Kena tambah setahun lagik kos aku untuk belajar memberanikan diri untuk menegur!

3. Korang pon usha2 la sama tempat yang korang makan. Huhu..

No comments: