Saturday, October 2, 2010

OnLy sMiLe (^_^)v




Senyum seindah suria,

Yang membawa cahya,
Senyumlah dari hati,
Duniamu berseri,

Senyum umpama titian,
Dalam kehidupan,
Kau tersenyum,
Ku tersenyum,
Kemesraan menguntum,

Senyum.....kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga,
Senyum membahagiakan,
Dengan senyuman terjalinlah ikatan....




Senyum adalah penawar hati yang luka. Senyum! Hanya senyum! Tak payah bukan? Senang saja. Senyum cikit. Ok cukup2 jangan senyum banyak2. Senyum, ghenyeh, sengeh suma membawa maksud yang sama. Tapi cuma cara dia agak berbeza cikitlah. Cikit je lah. Senyumlah selagi mampu. Senyumlah dalam apa jua keadaan. Insyaallah ia akan menenangkan kita yang serabut, ia akan meredakan kesedehan kita, senyum adalah teman maya kita. Kita tak nampak dia tapi kita boleh rasa kehadirannya di sisi kita. Tak cayer? Try la senyum. Memang susah nak senyum bila kita dalam masalah or dalam kesedehan bukan? Tapi tak salah bukan? Mencuba. Cuba la...best. Nak cuba sekarang? Cubalah. Aku tak halang.



Kalau kena perli yang pedas pown aku akan senyum. Kebaikannya di sini, orang yang perli akan rasa sedikit bersalah (kalau mereka rasalah), malah ada jugak yang akan merasa bertambah geram. Nasiblah apa yang dia nak rasa. Niat aku, aku tak nak burukkan keadaan dengan membalas dengan kata2 yang pedas jugak. Aku cuma nak tenangkan hati aku.


Bila aku dikelentong pon, aku akan senyum saja. Mesti orang akan ingat aku bodoh. Mudah tertipu. Tapi adakah mereka tahu senyuman itu, mampu membuatkan mereka menutup muka sendiri? Sebabnya aku tahu kebenaran di sebalik penipuan yang dilakukan. Tapi tak pe lah, apa boleh buat kalau mereka memang suka mengelentong orang. Itu hobi diorang. Kalau lu orang ase mau join, join je lah. Nama pon hobi. Tak salah mau tumpang sekaki. Tapi kalau nampak ada orang yang senyum apabila lu orang mengelentong, perlahan2 lah undur diri yer. Jangan tambahkan ketebalan muka anda kerana ia akan menyebabkan kulit muka anda tidak sekata dan berlubang2. Percaya? Jangan percaya. Aku merepek saja.


Sebenarnya senyum mempunyai banyak maksud, ada yang baek ada yang sinis. Senyum sinis. Pedeh bukan, kalau kena? Haha...kalau terasa pedeh, janganlah sesekali memberikannya kepada orang laen. Konsep yang sama dalam hidup aku, kalau tak suka orang buat kita, kita jangan buat orang. Okeh! Dah paham konsep? Kita teruskan dengan contoh laen pulak. Antara kebaikan2 senyum:


Senyum tanda mesra,
Senyum tanda sayang,
Senyum menunjukkan kita hepi
Senyum mampu menjalinkan ikatan

Senyum di waktu susah tanda ketabahan,
Senyum mampu mengurangkan kesedehan
Senyum adalah sedekah yang paling mudah,

Senyum mampu menyembunyikan maslah yang dihadapi
Senyum lah....senyumlah dengan ikhlas...

Senyuman itu tanda keimanan.



Pesanan untuk hari ini...


No comments: