Sunday, October 10, 2010

TQ Colgate~!

Petang tadi, Miss Lilin datang bilik aku nak tanya seluar dia ka seluar aku yang ada kat ampaian belakang. Owh no hal la, boleh jer gi tengok. Keluar dari bilik aku tak pandang mana2 dah, jalan ngan yakin nyer ke belakang. Tetiba zappp!!!!!!!! Adoiii....sakit giler. Ada sesuatu melekat kat kaki aku. Ahhh...tebuan. "Ahhhh...sakit2...tolong2 cabut" aku jerit kat Miss Lilin. Miss Lilin terkejut. Dia menoleh tapi kaku seketika. Wahhh...nang tebuan tu meninggalkan bontotnya di kaki aku. Sakit nya tak terkata. Hanya Tuhan saja yang tahu. Menggigil aku menahan sakit. Tetiba, teringat pesan mak aku, kalau kena gigit tebuan letak Colgate. Ye ker Colgate? Ahhh...tak kira dah. Colgate mana Colgate. Air mata??? Memang tak tahan la. Meleleh2 menahan sakit. Owh deng~! Sakit giler, baru aku tahu betapa sakitnya kene menantang nih.


Kat PKU (Pusat Kesihatan Universiti)


Misi (Nurse): Ni kamu sapu ape nih?

Aku: Colgate! Eh ya ka Colgate? Emm...ubat gigi, ubat gigi~!

Misi tu senyum jer tanpa berkata apa2...






Semua jenis ubat gigi dipanggil Colgate
Semua jenis lampin pakai buang dipanggil Pampers
Semua jenis racun serangga perosak dipanggil Ridsect



p/s Adik aku cakap, "Lu mata ikan pari." (Jalan tak nampak bawah)

No comments: