Sunday, October 17, 2010

Bukan rezeki aku


Hari pertama dapat jadual untuk Finishing School aku dah mula mengeluh. "Aaaahhhh....lewatnya habis. Tak boleh ka abih awai sikit? Huh...penat doh abis lambat. Petang nih, malas la nak mai." Rest kol 1 aku terus balik bilik. Berniat tak nak pegi dah petang tuh. Tapi tak sampai hati tengok lecturer bersungguh2. Akhirnya abis seharian aku di bilik tutorial.


Hari kedua pown sama. Terasa sedikit malas. Diulang, sedikit malas. Tapi hati ini tetap tegar ingin mengetahui apa yang akan aku perolehi kalau aku stay sampai habis. Apa salahnya aku tunggu hanya beberapa jam sahaja lagik. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Betol tak? Alhamdulillah banyak la jugak input2 berguna yang aku dapat. TQ Prof Salih. Tak sangka aku berjaya habiskan semua slot tanpa ponteng even satu slot pon. Cemerlang bukan? Itu lah aku. 


Aku ingat, ni dah tak jadik finishing school, jadik fishing school. Tapi rezeki bukan untuk aku. Aku tak berjaya fishing banyak ikan. Only sekor jer kot. Tu pon ikan bilis. Haha..Aku pancing petang semalam. Tu pon sekejap ja. Sebab letih sangat. Then aku dah malas nak fishing2 ag. Tu lah sebabnya hasil tangkapan aku sikit saja. Bukan rezeki aku lah tak dapat ikan banyak. Haha...


No comments: