Friday, October 29, 2010

Bakat Terpendam~!

"Seyes sedap giler kek batik ko Nada. Rase cam nak soh ko buat setiap hari". Yummy2...Huhu...dak2 A-G-10 suma dah boleh kawen. Suma pandai masak. Cakap jer nak makan apa. Settle. 

Tetiba aku terfikir. Bakat aku nih bakat terpendam upanya. Dulu2 masa aku kecik2 aku dah pandai masak. Nasik lemak la, kueh2 la, siap boleh juai agi. Dapat duit. Kecik2 lagi dah pandai jana pendapatan sendirik. Gilerlah. Bukan setakat memasak, buat BBQ pon penah taw. Aku rase tu lah 1st time kau buat BBQ. Sedap doh. Gi tangkap sendirik and bakar sendirik. 

Tapi aku nya proses masak memasak nih ngan brother aku la. Dia yang ajar aku. Thanx bro. Tapi bro aku just ajar pra-memasak la. BBQ berudu. Huh~! 1st time. Tangkap berudu, picit mulut dia kasik terbukak, ambik lidi nyoq (kelapa) cocok2 dalam 4 ekor satu lidi. Make sure ambik yang besar2 punya. Baru bakar ada isik. Haha...pas dah sediakan semua, baru bakar serentak. Ahhh...hepi bila dia dah masak. Nyum3...sedap nyer. Haha,,,gaya cam makan jer. Kesian pulak bila pikir balik. Tak sempat diorg lihat dunia sebenar, dah mati terbakar. Tapi seyes best  maen ngan berudu. Cumil. Hahaha...


Yummy2~!


Ahhh...tapi sekarang dah lama aku tak tengok berudu. Yang ada, ulat gonggok di merata2 tempat. Dari matrik agi dia ikot aku, sampai la ke U. Tensyen doh kalau hidup asyik diperhatikan macam nih. Ape dosa aku pada ko wahai ulat gonggok???



p/s Nasik lemak ngan kueh dulu tuh, buat dari tanah, letak air cikit, letak bunga2, daun2 sikit jadik lauk. Nak beli, bayar pakai daun. Cepat kaya doh, duet kutip jer mana nak. Asing nilai ikut saiz daun. 

No comments: