Monday, November 1, 2010

EsOk~!

Aku nak lupakan semua yang berlaku. Aku tak nak ingat apa-apa dah. Aku nak hidup aku dipenuhi warna-warni kehidupan. Cehhh....Poyoz~! Tapi seyes, teringin sangat untuk melupakan apa yang sepatutnya aku lupakan. Aku tak nak mende ni berpanjangan. Aku tak suka perasaan nih. Tapi semakin aku ingin melupakan, semakin aku mengingatinya. 

Aku rasa still ada mende yang tak settle antara aku ngan dia. Tapi aku dah malas nak berhubung ngan dia bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Sorry for that day. Tapi kata maaf yang aku ucapkan pada hari itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Aku mohon sangat supaya perasaan ini hilang supaya aku betol2 boleh ikhlas sebelum aku terlambat. Aku tahu, aku ingat, hidup hanya sementara. Buat apa aku nak hidup macam nih. 

Aku nak hidup aku ceria, seronok, dipenuhi kegembiraan, jauh dari segala masalah. Tapi, aku bukanlah siapa2, aku hanya manusia biasa, yang tak lepas dari melakukan kesilapan dalam hidup aku. Tugas aku sekarang membetulkan keadaan. Lembutkan hati aku balik, dan saling maaf bermaafan,. Tak perlu lah kot aku tunggu raya taun depan baru nak mintak2 maaf. 

Okeh~! Aku tekad, esok aku akan mulakan semua nih. Tapi aku juga khuatir, masihkah ada esok untuk aku? Kenapa aku mesti tunggu hingga esok? Apa aku tak bolehkah mulakannya sekarang? Hmmm....stop di sini. Ak nak fikir~!


No comments: