Friday, November 26, 2010

Sonok lawannya tak sonok~!

Terdengar bising2 kat atas, mula teringat sesuatu. 
Owh skarang dah 12 lebeh, patut la..




Mak saye salu cakap ni. "Seronok2 lawan dia tak seronok." Apakah ia benar??? Di bawah ni saye kongsi sikit yer citer2 berkaitan:


OK...sebagai intro,cantek tak warna air nih? Cantekkan? Cantekkan? Haha...Ada macam2 kaler. Cuba lah teka apa ni? Hah? Air susu? Air soya? Masak lemak cili api? Owh...sungguh kurang kunyit. Ni gambo sebelum tambah kunyit. Cuma kurang masin cikit sebab tak letak garam lagi. 

Anyway, ni bukan masak lemak cili api or air susu perisa carrot or air soya perisa sos tomato. Ni air celebrate besday kawan. Miss Iza and Miss Yana merangkap rumate Miss Iza. First time saye jumpa rumate yang sangat2 bersemangat merancang untuk mengenakan rumatenya termasuklah dirinya sendiri . Buat perangkap untuk mangsa dan diri sendirik. Memang terbaek lah Miss Yana. (haha...actually Miss Yana tak tahu dia akan dikenakan sekali)


Nak tau ramuan dia tak? Ok2 bahan2 yang diperlukan untuk masakan ini adalah:
  1. Air paip (Dari sinki. Tak sampai hati nak boh air toilet walaupon source nya sama saja..huhu)
  2. Sambal belacan yang dah 2 hari disimpan (Kebetulan sahaje ia ada di atas meja dapur)
  3. Tepung Ubi (juz untuk menceriakan warna air yang pucat lesu. Suci kan nampak? Hak2..)
  4. Serbuk kunyit (sebagai penambah warna.)
  5. Telur ayam yang dah expired (agak hanyir baunya)
  6. Sedikit taik ikan bilis (Tolong dak umah perisi ikan bilis)
  7. Sos berulat (Hampir diletakkan tapi sangat2 lah tak sampai hati)
  8. Hahhh cukup2 lah tuh. Kesian la kawan kalau nak pekena pon agak2 la...

Akhirnya apa yang dirancangkan berjalan lancar. Cuma sedikit terkantoi apabila saye terlambat beberapa saat kerana perot saye meragam tak tentu pasal. Baki dua biji teloq kemuruk (telur tembelang) sudah dirancang dengan teliti agar ianya dipecahkan di atas kepala mangsa2 kejadian. Huh...sorry kawan. Terpaksa~! Ampunkan gue ya Kak Yana. Terkuat lak ketuk. Sebagai balasan, muka saye pon terkena percikannya. Perghh...nak temuntah rase. Miss Yuyu ditugaskan memecahkan telur di kepala Miss Iza, tapi ape yang berlaku, kulit telur terpaksa diretakkan di tong sampah berhampiran. Itu lawak. Seyes lawak. Mesti nebes Miss Iza yang menanti telur itu meleleh ke mukanya. 

Haha...sonok bukan kenakan kawan2? Hahhh...setiap perbuatan mesti ada balasan? Takotnye saye. Saye dah mintak ampun pada kawan2 saye. Perlu ka saye mintak ampun setiap hari pada kawan2 saye? Selepas aksi kejar mengejar mengenakan kawan, ade salah sorang ahli group wakena beb kami ni tergolek2 jatuh tangga. "Hah....ko ok tak?" Hanya ayat itu yang terpacul keluar dari mulut setiap orang. Naseb ok. Tak der pa per. Hah laen kali maen tuh beringat sama. 

"Malam2 buta jangan seronok sangat" pesan mak aku la. Tapi aku nak pesan semua orang. Hehe..Tu lah, seronok lawannya tak seronok. Betol cakap mak aku. 

Beberapa hari sebelum tu pon, sorang lagi tergolek jatuh depan tangga dek kelicinan air kunyit yang disimbah kepadanya. Yang tu semanagat nak sambut Deepavali.  Nak sangat mandi kunyit, so dapat lah. Miss Yuyu la tuh. Sebab tu die semangat sangat kenakan Miss Iza and Miss Yana.Bila dah jatuh, sudah dikira surrender. Hahaha...tapi sebelum tuh, memang penatlah berkejaran seluruh kolej dengan bunyi bising perempuan mengilai. Sah macam hantu. Hantu pon lari malam tuh takot kena simbah air kunyit. Haha...nanti habislah baju dia lekat kunyit. Dah tak putih dah.

Tapi taun ni punya besday dah tak kena marah. Kalau masa 1st year dulu ada orang jerit:

"DIAMLAH BODOH"

Gedebuk~! Kena sebijik. Free ja dapat bodoh. Tak yah bayaq pon.


Masa 2nd year saye tak sempat join sebab jarak memisahkan kami. 


Masa 3rd year kami kena marah jugak tapi dengan lebih bersopan:

"Saye dah bagi masa 1/2 jam dah nak bising. Boleh diam tak? Orang nak study" 
1/2 jam? Lamanya. Tengok2 jam, baru 12.15 am. Sah menipu. Kureng~!


Tapi sekarang dah final yer~! Sape berani marah???? Marah la... haha belagak, sekali kena padan muka~!



p/s Setiap tahun hari sambutannya adalah pada time study week. Kalau korang yang kena, rase nak marah tak??? Marahkan? Marahkan? 

Sorry la, setahun sekali dua ja macam nih. Bukan sepanjang sem. 

No comments: