Saturday, November 13, 2010

Delete + Empty recycle bin~!

Manusia hanya ada satu wajah, satu hati dan satu otak untuk berfikir. Namun manusia ada banyak perwatakan yang boleh ditunjukan di wajah masing2, ada banyak rasa yang berbeza2 dan ada banyak pemikiran terhadap apa2 sahaja. Aku sebagai manusia biasa tak mampu untuk menghalang apakah yang ingin difikirkan terhadap aku, apa sahaja yang kamu rasa terhadap aku dan apa sahaja yang kamu mahu lakukan kepada aku. Aku tidak mampu menghalang semua itu. Tapi apa yang aku mampu lakukan hanyalah berdoa supaya semuanya kembali seperti sediakala. 


Aku tak minta untuk berhidup begini, tapi mungkin ada maksud tersirat di sebalik apa yang berlaku. Mungkin ada sesuatu yang aku tidak ketahui. Tapi walau macam mana pon, aku tak nak ianya berakhir dengan suatu penyesalan. Aku harap aku tidak berhutang dengan sesiapa pon apabila aku melangkahkan kaki ku keluar dari sini. Aku sangat2 berharap kamu memahami situasi ku. Benda yang kecik kenapa mesti dibesar2 kan??? Kenapa sampai perlu membenci? Tapi tak pe lah, aku sudah cuba untuk mempositifkan tanggapan terhadap kamu. Aku terima apa yang kamu lakukan kapada aku sebagai hukuman untuk aku. Aku akui salah aku. Aku harap kamu sanggup maaf kan aku. Aku juga berharap suatu hari nanti kamu akan paham kenapa aku begitu, walau pon pada waktu itu ianya sudah terlambat~!


Agak lama aku menyimpan perasaan ini. Ntah bila ianya akan hilang. Kalau kepala aku macam komputer, dah lama aku delete and empty kan recycle bin~! huhu...




p/s Aku akan lebih berhati2 supaya tidak menyakiti kamu lagi..

No comments: