Saturday, November 6, 2010

Study week + Exam week~!

Lama tak buat keje dengar satu lagu berulang2 kali selama beberapa hari sampai la naek busan. Dah masuk study week nih, boleh la start pasang lagu mendayu2... Pasang berulang2 kali sampai dak2 umah menyampah. Aiyaaa...seb bek rumate aku kat rumah dia. Kalau tak, mau dok mengamuk rumate aku tuh. Haha...tapi, tak der lah aku nak pasang kuat2 kalau dia kat bilik. Semestinya telingaku ini tersumbat dengan earphone percuma yang aku dapat semasa membeli laptop awal sem dulu.

Bila dah masuk study week nih, jadual hidup aku pon berubah la. Mula la nak buat mende2 yang tak pernah buat sepanjang sem. Mata pon mula la nak mengada2 mengantuk awal, tangan mula la gatal2 nak menaip2 di laptop, alarm pon dah semakin slow ja aku rasa. Apesal tak dengar ha pagi2? Tak kan telinga aku kot yang problem. Haish....tiap hari aku gali kasi dalam. Tak kan alarm tepi telinga aku tak mampu nak dengar. Yang menjadi mangsanya, sudah tentulah dak2 umah aku. Terpkasa layan jer lagu tuh (Kiseki). Sorry kawan2. Seyes aku tak dengar alarm aku tuh. Maybe aku kena tukar lagu yang lagi kuat kot. Hehe...
Meja besar~!
               
Meja kecil yang menggoda~!

Tempat study pown dah bertukar. Dari meja besar ke meja kecil. Dari duduk di atas kerusi, ke lantai, bersila berlapikkan kusyen yang aku cilok dari ruang tamu. Dari jauh dengan katil, ke sebelah je ngan katil. Waaaa...dugaan terbesar sepanjang week exam nih. Dari malas berFB ke rajin berFB. Semua perubahan berlaku dengan drastiknya. Note tak habis2 jugak baca. Tu pon ada hati mau lepak2 ngan dak2 klas kat court sambil maen Jutaria. Hampeh bukan???~!


Ok2...time to study~! Tangan aku dah hilang sikit gatal2nya. Nanti bila gatal lagi, aku kasik garu lagi kat sini~!




No comments: