Thursday, November 4, 2010

Cita-citaku di menara gading~!

Masa zaman kecik2 dulu, bila orang tanya, "besar nanti nak jadi apa?" Toink...terbayang difikiran nak jadi cikgu. Sebabnya, cikgu ja yang aku tahu. Keje2 laen, aku tak nampak, so aku tak tahu. Cita2 aku ni berlanjutan sampailah aku berada di darjah enam CEMERLANG di Sek Keb. Sungai Kecil Ulu. Bila saja aku melangkahkan kaki ku ke sekolah menengah, cita2 ku mula berpaling tadah. Aku sudah tidak berminat lagi untuk menjadi cikgu. Aku lebih berminat dengan subjek Matematik. Antara subjek yang tak pernah aku dapat B, C dan sebagainya sepanjang zaman persekolahan aku. So, cita2 aku bertukar kepada akauntan. Namun begitu, cita2 ku ini hanya bertahan selama 3 tahun. 

Pada tahun 2004, cita2 ku sekali lagi telah berpaling tadah. Sejak di tingkatan 4, aku bercita2 untuk menjadi doktor. Ini disebabkan aku ditempatkan di kelas Sains Tulen di SMK Serdang, Kedah berikutan result PMR aku yang sedikit cemerlang. Mula2 semangat nak masuk kelas akaun, tapi niat aku ini di halang oleh family ku. Demi mendapatkan keredhaan Allah, aku seharusnya mendapatkan keredhaan ibu bapa terlebih dahulu. So aku pon meneruskan pengajian dalam bidang Sains sehinggalah aku di Matrikulasi. 

Tamat setahun di Matrikulasi Pulau Pinang, aku menunggu keputusan untuk ke menara gading. Cehhh...menara gading, tak leh blah. Ni pon salah satu cita2 aku jugak masa kecik dulu. Nak masuk menara gading. Haha... Akhirnya tercapai juga cita2 ku ini. Tapi aku cari jugak, mana menaranya...haha. Bila dah dekat U (Universiti Putra Malaysia), harapan aku musnah sama sekali. Mana mungkin aku jadi doktor. Di atas surat tawaran, terpampar  kos yang ditawarkan kepada aku. Bac. Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan. Perghhh...panjang nyer. Mampu ka aku ingat nama kos aku nih? Pada awalnya, aku sedikit kecewa. Tapi....

Sesekali aku muhasabah balik diri aku, aku sedar, mengapa aku ditakdirkan berada dalam kos aku sekarang ini, Environmental and Occupational Health Sciences. Rupanya ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Secara logiknya, macam mana aku nak jadi doktor, kalau tengok darah pon takot (cam orang accident gggrrr), tengok mayat pon lari. Memang sah2 la tak layak. Tu sebab kedua la. Sebab pertama mesti la result. 



Ingat dulu masa kecik2, aku penah ikut abang dan jiran aku mencari kucing jiran aku yang hilang. Berbalar2 belakang aku dek disikat oleh dawai kerawat akibat berulang alik melintasi dawai tersebut. Sebabnya, kucing tu dah mati, hehe...takot nak pegi tengok. Takot jugak tetiba kucing itu bangun semula dan datang kat aku. Haha...mengong~! 

So, bila di Universiti ditambah pula aku berada dalam kos aku sekarang ini, sudah tentulah aku terpaksa menukar sekali lagi cita2 aku. Aku nak jadi SHO, safety health officer. Lama jugak aku bertahan nak jadi SHO ni. Sampailah tadi bila mana Prof Z merangkap supervisor aku berkata, "I tengok budak2 nih isi kat borang nak jadi SHO, haish...I geram betol. I nak tukar la. Nak letak SHE, safety health executive". Perghh...so, nampaknya gue terpaksa tukar lagi cita2 gue. Now, cita2 gue adalah SHE, safety health executive. 

Ada sapa2 mau cadangkan cita2 baru untuk aku???~! Hope ni lah cita2 terakhir aku, sebelum aku mencapainya. 


5 kali penukaran cita2 baru boleh tercapai~!


No comments: