Thursday, November 18, 2010

Bila jari-jemari nak exercise ketika hujan lebat~!


Apa nak buat malam2 cam ni kalau di luaq hujan hujan lebat, kalau di dalam rumah pulak, TV suma di konker adik2 and abah aku.  Nak join sekaki? Tak der mood nak tengok. Satu citer Siam, satu ag citer Cina Jackie Chan belakon. Jam dah dekat2 pukul 12. Ishhh..dah lama tak tidoq awai. Ni lah peluangnya. Kat kolej, hampeh~! Memang tak der harapan la. Tak penah nya nak tidoq awai. Berangan ja mampu. Tepat ja kol 12, keje2 baru nak jalan. 

Sebelum tu apa aku buat? Aku pon tak tau. Yang pasti, aku akan berada di depan laptop, usha2 fbook sampai busan, then usha blog2 orang sampai mata dah berpinar2. Pandang housemate depan bilik pon aku dah nampak double, itu bermakna guue kena stop ngadap laptop. Tup tup..habis masa 5 jam di depan laptop. Tu tak masuk lagi kalau aku gi bejalan2 kat bilik sebelah, umah sebelah, or toilet sebelah. Upss~! Toilet sebelah bilik belakang. Plus minus ada kot sejam dua suma tuh. Silap2 lebih lagi. 


Tapi sem depan memandangkan sem akhir aku, aku nak wujudkan jam tidoq aku kol 12. Apa nak jadi, jadi lah. Tepat kol 12 aku akan pejamkan mata. Tak kira kat mana aku dok (berada). Haha tipu jer. Mana mungkin aku tidoq dalam toilet. Mana mungkin juga aku tidoq kat bilik orang. Haish..kalau ini terjadi, berkemungkinan kepala gue telah dihempuk dengan kuatnya oleh something. Haha..mengong~! Haaa...bab bangun pulak? Ikut kemampuan mata la. Kalau kol 2 mata dah tergedik2 nak bukak, apa aku boleh buat? Celek la. Hope tak la seawal tuh. Kol 4 ok la..Gue semangat nak tidoq awai nih. Mak gue cakap:

"Kalau nak buat something tuh, kena buat at least 3 hari berturut2, baru dia senang nak jadi rutin harian."

Start 22 ni, aku nak start sume benda tiga hari berturut2. Kenapa 22? Sebab 22 ni baru aku balik UPM. Sebab yang tak leh blah~! Wakaka..kepala gue agak mengong malam nih.

Ok2 aku dah melalut ke Kolej pulak. Sementara hujan masih turun nih, alangkah sedapnya kalau aku berada di atas katil, diselimuti selimutku yang tebal tapi tak berapa tebal sangat, dengan bunyi2 kenderaan di highway depan rumah aku, tambah pulak bunyi katak menyanyi2 memanggil hujan (kalau ada la, tapi malam nih katak pon malas nak karok. Maybe malam ni diorg juz tengok wayang ja kot..haha), perghhh...memang sedap la. Tambah pulak otak tak payah nak penat2 fikir pasal banjir ka apa ka, sebab umah aku tak penah naek ayaq. Kalau naek ayaq, habis la orang Utara tak leh turun Selatan, orang Selatan tak leh naek Utara, highway tutup. Pastu mula lah bot pon masuk highway nak selamatkan mangsa2 banjir. Tol pulak kena tambah satu lorong untuk bot penyelamat. Tambang tol? Nanti pikiaq.. Haha...Alhamdulillah, seteruk mana pon banjir setakat nih, umah aku masih lagi selamat. Paling tinggi ayaq naek paras buku lali, lepas hujan berenti, ayaq tinggai paras tapak kaki. Hehe...

"Aku nak tidoq. Aku nak tidoq~!" 


Kedengaran suara jeritan hatiku. Hah kena tipu lagi. Mana mungkin hati aku berkata2. Kata2 itu hanya bermain difikiran ku. Hati aku melompat2 sampai ke anak tekak minta aku menamatkan blog aku pada malam nih (Cehh..hiperbola). Tapi apa boleh buat. Masa tinggal beberapa minit lagi sebelum masuk hari esok. Sorry yerp~! Aku tidoq jap lagi. Kan aku dah cakap nak tidoq kol 12. Sonoknya...Sonoknya...Sonoknyaaa~! Dapat tidoq awai. Ok2 gue mau tamatkan kat cni. Sian hati gue dah merajuk. Cepat betol dia tarik muka (hati ada muka ka..haha). Gue mau mimpi2 yang indah malam nih~! Daaa~!


No comments: