Wednesday, November 3, 2010

aNgiN~!


Sejuknyer di tiup angin macam nih. Alangkah baeknya kalau tiap2 hari di Malaysia macam nih. Cuaca yang redup ditambah pula dengan angin bertiup slow motion. Huh seyes best~! So, aku pon mengambil keputusan melepak di luar rumah sekejap untuk menyedut udara nyaman yang diberikan oleh Penciptaku. Ahhh...macam Titanic pon ada. Perasan seketika~! Sejuknyer...best2. 

Tetiba ada sorang hamba Allah ni lalu depan aku dan bersuara:


"Ni kenapa nih?"

"Saja makan angin kasi kembung perot" Haha...



Best jugak makan angin macam nih. Tak yah tunggu nak pi jauh2. Depan umah pon boleh. Hmm...best jadi angin boleh menyejukkan orang yang berada dalam kepanasan. Nak hidup seperti angin yang sentiasa disenangi selagi ia masih kecil dan menjadi kawan bagi sesiapa sahaja. Kehadirannya sentiasa disenangi. Best kan kalau kita sentiasa macam tuh??? Kedatangan kita sentiasa diharapkan oleh rakan2 or sesiapa sahaja. 


Tapi tak nak jadi macam angin yang besar. Asal datang ja, semua dh mulai risau, mula berjaga2 dah tidak ketinggalan juga ada yang turut memaki2 supaya ianya pergi. Sesungguhnya apa yang berlaku itu adalah kehendak Illahi, kita tidak berhak mengeluh mahupun mengkritik. Jadilah manusia yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Setiap yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya. Itu tugas kita untuk merenung kembali apa yang telah kita dan orang sekeliling kita lakukan. Adakah kita melaksanakan tanggungjawab kita dengan sempurna di bumi Allah ini??? 


Semua itu, kita ada jawapannya. Hanya perlu muhasabah kembali diri kita. 



No comments: