Thursday, November 4, 2010

Roti canai OR nasik lemak???~!

"Bangun...Bangun....dah pagi nih". Kedengaran sayup-sayup suara seorang ibu menjerit memanggil anak-anaknya. Huh dah pagi upanya. Sedapnya tido... Masing2 bangun dengan muka masih lagi mengantuk. Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 10 pagi. Cuti2 macam nih memang sedap untuk tido lama. Ahhh...dah lambat upanya. Patut la rasa macam matahari mencocok2 mata mengganggu mimpi. Apa lagi, berebut suma nak masuk toilet. Ada jugak yang bangun lalu menuju ke dapur melihat apa yang disediakan untuk sarapan. Namun begitu, tidak ketinggalan juga ada yang terus ke kerusi hadapan menyambung tido. Toilet masih lagi berpenghuni, masing2 menunggu giliran. 


Bila semua semua dah mencuci muka dan sebagainya, ketiga2 adik beradik itu akan berkumpul di ruang tamu, menunggu apa yang dibawakan oleh kakak mereka dari dapur sebagai sarapan. Samada nasik lemak or roti canai. Si Abang masih lagi melayan kartun di TV tanpa menghiraukan adik2 nya. Huh...sedap doh...kalau nasik lemak, masing2 akan berebut mencari bungkusan yang paling besar disaat orang yang membuat nasik lemak itu sudah meletakkannya mengikut sukatan yang telah ditentukan. Haishh...budak2 betol. Masa makan, semua makan pelan2, sayang takot habis. Si abang sulung berusaha menghabiskan secepat mungkin  nasik lemaknya. Adik2 berasa hairan dengan tingkah laku si Abang. Habis saja nasik lemak si Abang, dia berkata "Nasik lemak sapa banyak lagi, aku ambik". Hah...kalut suma dok polop (sumbat) masuk mulut. 

Kalau roti canai pulak, kena makan sama2. Nanti tak cukup. Paling kurang 5 biji si ayah akan belikan. Tapi, tak pulak ambil sorang satu, malah makan bersama2. Inilah apa yang diajarkan oleh si ibu. "Sikit sorang sikit, banyak sama banyak". So, walau banyak macam mana pon, tetap kena makan sama2. Jangan bahagi2. Bestnya, lama tak makan roti canai berebut macam nih, lama tak makan nasik lemak slow2 macam nih. Rindu pulak. 

Tetiba teringat zaman ini yang sudah hampir 12 tahun berlalu. Sekarang, semuanya sudah dewasa. Tiada lagi makan berebut2 macam nih, malah nak makan bersama pon agak payah. Masing2 membawa haluan masing2. Masa untuk berkumpul bersama2 sudah menjadi kurang. Tinggal cuti2 umum sahaja yang boleh menyatukan kembali semua ini.

Tak sabar menanti kehadiran Hari Raya Aidiladha. Boleh la nak makan roti canai or nasik lemak berebut2 macam nih. 

2 comments:

Bally Da Shoe said...

Sronok kan... huhu li pun ini ja nak bsama... raya ni dh xde... kurang org anak kat rumah... huhu =( haha

Aisyah said...

Sonok sangat2...nak balik cam dulu2...=( Nak berebut2 time makan. Huhu..