Saturday, February 19, 2011

Effect AnwarHadi~

Mulai sekaghang dan abad ini saya akan memperkukuhkan bahasa Kedah saya. TAPI~ Saya tak yakin la kalau saya tuleh dalam bahasa kebanggaan saya ni, ghamai oghang yang akan paham. Daghipada oghang dok meghangkak dok baca entry saya, baek saya tuleh elok2 na. Betoi dak? Walaupon tak ghamai yang dok baca, tapi kalau nanti saya baca balik, saya takot saya ghasa macam nak boh penampaq ja kat oghang yang tuleh entry nih~

Ok2...saya kembali seperti biasa. Saya campoQ2 la no. Macam tak pernah buat kan? Ish ni bukan apa, ni semua terpengaruh dengan AnwarHadi la nih. Nak buat macam mana, saya suka sangat tengok video dia. Best doh...skipping [speaking] best giler. Caya la sama lu AnwarHadi. Oleh kerana dia orang kampong saya, saya pon bersemangat lah mau sapot dia. Go AnwarHadi go! Orang kampong tu maksud dia, bukan dia dok sebelah rumah saya, tapi dia senegeri la ngan saya na. Tu semua saya panggil orang kampong. Bila saya dengaQ dia cakap Kedah, saya rasa sedap. Wahai kawan2, pas ni saya bantai cakap Kedah la semua na. Cakap je lah. Tulis, saya agak2 la...Macam selama ni saya tak cakap Kedah. selama ni saya cakap, tapi saya campoQ2. Takot orang tak paham. Tera saya cakap hat cover2 ni pon, ada jugak yang kata saya cakap pekat gila. Macam mana kalau saya tak campoQ??? Buleh bayang dak depa nak kata apa?

Ok2~ Saya ni bukan apa, bukan tak pandai cakap Kedah, saya pandai, tapi tak la sehebat depa2 hat dok kat betoi2 cerok. saya ni nama ja dok Kedah, tapi nak shopping barang, saya kena pi Perak, nak naek bas balik UPM pon kena naek kat Perak. Awat Kedah tak dak tesen bas ka? Sapa kata tak dak, malu ngat aih...mesti la ada, tapi kat umah saya tu tak dak la tesen bas yang dekat. paling dekat pon, kat Perak. Tu yang saya pi situ. Nak shopping barang pon sama la. Bukan Kedah tak dak shopping kompleks. Ada aihh...sapa kata tak dak. Tapi kat town la. Saya ni dok mana? Nak kata ulu, tak jugak. Sebelah ngan highway plus utara selatan [hingaQ kot]. Ulu ka? Kampung memang la nama Ulu. Tu tak leh nak buat apa la. Dah nama dia. Tak kan saya nak pi tukaQ kot.

Ok lah, saya dok melalut banyak dak aih. Saya kena buat esemen sebenaQnya. Tapi dok cover yang tak dapat intenet 2 hari lepas. Tu yang dok merapu kat sini sat. Rindu~ Tetttt!

No comments: