Wednesday, August 25, 2010

Hepi Holiday!!!



Enjoy di Genting Highland


Yes hari ni (Rabu) public holiday bagi KPP final year. Suma masing2 dengan perancangan masing2 la. ada yang nak keluar g Jalan TAR la, ada nak gi Mines la, Alamanda, Sogo, Sunway, Genting, mana2 je lah. Suma nya nak g ari nih. Aku pown tak kurang hebatnya. Semalam kalut gak dok wat list ke mana aku nak gi hari ni.

Suma kalut dok memilih barang



Sale2...cepat beli!



8.00am : Gi Seksyen Kaunseling & Kerjaya, ambik surat kelulusan

8.30am Gi Fakulti Perhutanan, tempah Hutan Puchong

9.00am: Gi BHEP tempah barang and ambik barang

9.30am: Gi GAZEBO tempah bas

9.45am: Terus gi SS teman Apad Print Proposal nak bagi Dr. Ju

11.30am: Gi Celcome Center (The Mines) settle kan bil Broadband

Setakat tu je lah perancangan aku untuk esok. Selebihnya dok bilik settle kan final year project and report En. Azhar nak hantar Kamis ni.




Dalam 6.45am aku dengar sayup2 orang panggil nama aku. "Syah, bangun Syah, Subuh". Merojoi (bingkas) aku bangun sebab nampak jam dah dekat kol 7.00am. Lepas solat terasa digoda oleh bantal and tilam aku yang empuk disaluti cadar yang catek. Tambah pulak ternampak rumate2 angkat aku meghekot (meringkuk) ja tidoq. Fuhhh...mana tahan beb, kena tidoq gak sat ni. Sat pown jadi la. Nak gi Seksyen kol 8, at least kol 7.30 la ku bangun. Setengah jam g ada nih. Alarm memang tak lepas la. Kol 8 aku set. Tak pe lah lambat setengah jam pown plan aku.



Aku pown menyambunglah mimpi ku yang enak. Tapi memang mimpi best la, aku tak ingat mimpi apa. Sekali, terkejut bangun, pandang jam kat dinding satu line aku nampak. Betul ka apa aku nampak nih??? Fuh dah kol 12 tengah hari kot. Tak cayer, gagau (cari-cari) cari tepon lak, dengan sebelah mata terbukak, sebelah lagi tertutup, aku ternampak no 12:00. SAH DAH LEWAT. Ade lak 3 mesej dari Raje, Bally ngan Hotlink. Busy tol Hotlink tu dok antaq2 mesej kat aku. Dah aku tak reply sudah la. Tak yah dok antaq lagi. Gi la carik orang laen. Huh aku pown tak paham ngan dunia sekarang nih. Lingkop (rosak) suma plan aku. Plan aku sampai 11.30am ja.


Mamun2 (mamai) aku terus bukak laptop, edit surat yang Raje hantar. Semak2 fail kelab, dah kol 2. Mesej En. Zam, dia soh datang Seksyen sebelum kol 3. Owh deng!!!! Mati, aku kena cepat. 2.50 aku merempit bersama seorang minah rempit; Apad. 2.55 aku sampai, syukur masih sempat. Lepas ambik surat dari Abg. Hairi, trus g Fac. Hutan jumpa Raje. Then g GAZEBO tempah bas. Sambung g SS tempah cop Kelab. Pecut g isi minyak terus g Mines. Kalut g cari Celcom punya kedai nak tanya pasai bil broadband. Nasib tak tertipu. Upanya salah aku jugak tak baca agreement betol2. Bil bulan ni RM 67.75. Bayar 70 je terus, baki bawak ke depan.


Broadband kesayangan.



Dalam 6.00 pecut balik kolej. Huh nasib sempat. Penat gler kalau hidup cam ni tiap2 hari. Pelan aku terkubur dalam mimpi aku ja.





p/s 1. The moral of the story, baca betol2 agreement sebelum sign ape2 and sebelum beli ape2.

2. Tak yah la wat list keje kalau bunyi alarm pown tak mampu nak dengaq.

3. Laen kali kena buat Plan B sama in case plan A dah hancoq (rosak)







No comments: