Tuesday, August 31, 2010

Semangat kemerdekaan yang berkobar2...

PERDANA MENTERI PERTAMA
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
Asal : Kedah (orang kampong cek tuh)
Gelaran : Bapa Kemerdekaan
Tahun : 1957 – 1963 (Persekutuan Tanah Melayu), 1963 – 1970 (Malaysia)



31 Ogos 2010 tanggal 53 tahun kita menyambut hari kemerdekaan. Tapi adakah diri kita benar2 merdeka??? MERDEKA!!!!! MERDEKA!!!! MERDEKA!!!! Yee...yee...merdeka. Semangat bukan rakyat Malaysia menyambut Merdeka? Setiap tahun memang setiap orang menantikan hari merdeka. Tepat kol 12.59 tanggal 30 Ogos setiap tahun, akan penuhlah manusia di tengah2 alam yang akan melaungkan merdeka. Inilah situasi yang berlaku dalam negara kita sekarang ini. Tidak salah mereka meraikan merdeka, tapi apa yang lebih penting, niat mereka apabila meraikannya. Adakah kerana benar2 menghargai kemerdekaan negara kita or sekadar enjoy2, penuhkan masa boring or ada niat laen di sebaliknya??? Tambah pulak tahun ni hari merdeka jatuh pada hari Selasa. Nuzul Quran pada hari Jumaat. So semangat nya bukan nak sambut merdeka tapi more kepada nak sambut cuti. Dari hari Jumaat cuti, Sabtu Ahad memang dah sah2 cuti, Isnin wat2 cuti, Selasa cuti mrdeka. See...ni lah rakyat Malaysia.


Semangat mengibarkan jalur gemilang


Sepatutnya di hari merdeka ini, kita sama2 muhasabah diri, kenang kembali segala pengorbanan wira2 negara kita, bagaimana susahnya mereka dahulu memperjuangkan untuk mendapatkan tanah air kita daripada penjajah. Semangat mereka ini seharus kita aplikasikan pada diri kita supaya kita mencapai tahap kemerdekaan yang sebenar. Kita seharusnya memerdekakan diri kita dahulu. Merdekakan dari segala sifat2 negative dalam diri, merdeka dari segala masalah yang dicari sendirik. Bila diri kita dah merdeka, baru senang untuk kita meneruskan langkah yang seterusnya. Second, cintailah sungai kita..eheh ada kaitan ka? Tak lah, cintai lah tanah air kita, jangan biarkan kita merempat di bumi sendiri. Sama2 lah kita berdamai, usahlah kita bermusuhan sesama manusia or dengan lebih specific sesama Islam. Dalam ape pown yang kita buat, kita mesti ingat, hidup kita hanya sementara. Dunia hanyalah tempat persinggahan untuk kita mencari bekal ke akhirat kelak. Masing2 tidak tahu bilakah ajal kita akan sampai, maybe jap lagi, maybe esok, maybe lusa, maybe 10 tahun lagi. Semua itu, bukan kerja kita, ianya kerja Yang Maha Esa. Tugas kita hanyalah mengumpul bekalan secukupnya di dunia ini. Jadi tinggallah di bumi Allah ini dengan aman dan damai. Janganlah kita menyesal setelah kita berada di alam yang berbeza. Semua ni peringatan untuk kawan2 dan juga diri aku sendirik. Huh baru aku sedar, betol jugak kajian Dr. Fadhilah Kamsah. Orang yang lahir bulan December ni bersifat patriotik cikit.

Saya anak Malaysia!!!!


p/s Moga sempat untuk menyambut Hari kemerdekaan yang seterusnya.

No comments: