Wednesday, September 1, 2010

Symptom2 nak raya..



Bersih lagi blog aku ari nih...hehe best2. Cam biase lah, nak conteng2 cikit...

Conteng jangan tak conteng~!

Huishhh...kira punya kira, selak punya selak, dah 1 September. Cam mana aku bole tak prasan nih? So bermaksud lagi 3 hari aku dah boleh balik kampung. Bestnya3... Mula la aku rasa tak senang dok, dok tak kena, bediri tak kena, baring tak kena, makan tak kena, mandi pown tak kena, tak mandi lagi la tak kena.. Ishh macam mana nih. Selera makan pown dah hilang. Mood nak tido pown dah hilang. Awat jadi cam ni nih. Aku duduk ngadap laptop, klik sana, klik sini..hishhh ni tak boleh jadi. Banyak dah orang dok pos2 kad raya.

Kad raya dah di tag..

Aku kena kemas baju dari skang ni. Raya dah dekat, dah bau ala2 lemang dah nih, buluh dah ambik ke belom? Ketupat...daun dah anyam blom? Rendang...lembu dah sembelih blom? Nyoq dah mesin blom? Hisshhhh xleh duduk aku macam ni. Nak balik...nak balik...hati aku meronta2 mintak nak balik ke kampong. Tanya housemate, bila balik? Jumaat dah balik. Alik2 umah aku tinggai aku sorang ja. Jumaat malam tu aku nak cabut la. Tak sanggup tinggal sorang. Cabut g mana? Gi flat ikan je mampu. Aku dah di takdirkan balik Hari Sabtu jam 10:00 malam. Lambat bukan? Ni lah padahnya lambat bli tiket. Tu pown tiket tu aku dah bli bulan lepas. Lepas raya ni aku nak bli tok tiket balik raya taun depan la...puas hati.

Pandai ka aku anyam nih??? hehe



Haaaa....yang ni aku pandai. Pandai makan. lalala~!


Eh lupa plak ni Ramadhan terakhir aku di UPM. Sob3...hmmm...pasni dah tak yah la rebut2 baris bli tiket bas ag. Bunyi macam best, tapi sedeh sebenarnya. Esok, malam terakhir aku bersama kawan2 bukak posa bersama. Lepas ni, dah tak de dah bukak posa sama2. Masing2 akan bawak haluan masing2. Bila sampai bulan Ramadhan, masing2 di tempat masing. Hanya fon and intenet ja yang menghubungkan kami. Rindunya saat berbuka bersama, bersahur bersama. Kalau boleh, aku tak nak masa ni berlalu. Tapi hanya boleh berangan. Masa tak akan berhenti, tak kan menunggu angan2 aku nih. Kalau nak berenti, hanya boleh cabut betri jam kat bilik aku ni je lah. Huhu...



Ok lah...sebelum kol 12:00 malam ni, aku dah post entry tok hari 1st September nih..

No comments: