Monday, September 27, 2010

Guruh di langit, air di tempayan dicurahkan


Hari ni aku hepi. Semangat bangun awal mau baca parasite. Lecture note siap2 letak tepi bantal sebelum tido semalam. Alarm pertama bunyi, pukul 8. Aku snooze, 5 minit kemudian bunyi lagi, snooze lagi sampai la kol 8:30 pagi. Ahh...tak leh jadi, aku kena bangun jugak, aku bermonolog dalam hati aku. Semangat bangun cuci muka gosok gigi, berniat nak mandi. Tengok2, air mula mengalir pelahan. Ahh...sudah. Terpaksa batalkan niat dulu. Masuk bilik "ON" laptop tukar plan wat slide presentation dulu.

Note yang baru diconteng sedikit~!


Masa berlalu dan terus berlalu. Jam di dinding menunjukkan 9:50 pagi. Aku nak mandi lah jugak, dengar macam air dah turun. Kalut2 ambik towel masuk toilet. Tetiba, hampeh....kawan aku di dalam toilet sedang menggunakan air yang ditadah di dalam baldi untuk mandi. Owh sungguh berguna baldi itu. Aku tekad nak mandi jugak, bersemangat menadah air di sinki dapur.Pelik betol, air di sinki ada, tapi dalam toilet tak de. Ahhh...pedulikan semua itu. Aku menadah air di sinki. Apabila hampir penuh, aku dengan yakinnya mengangkat baldi tersebut ke toilet. Tiba2...prakkkk. Adusss.....baldi pecah. Mangkuk betul la. Air melimpah masuk ke bilik no 4. Mati aku, mesti diorang marah. Terus kalut ambik mop and mop lantai. Tetiba penghuni bilik no 4 bertanya:


Penghuni A.G.10.4 : Kenapa nih? Dah gotong-royong ka?

Penghuni A.G.10.3 : Tak lah. Banjir!

Penghuni A.G.10.4 : Banjir?

Huhu...sory korang, aku terlupa baldi tu dah nazak. Tengok warna pown dah tau. Nanti aku tukar baldi baru yer.



Mandian diteruskan selepas selesai mengemop lantai. Aku meneruskan niat aku menadah air di sinki menggunakan baldi yang jauh lebih baru dan cantek. Sedang aku menadah air, aku terlihat Penghuni A.G.10.1 sedang gosok gigi di toilet. Aik...????


Aku (penghuni A.G.10.2): Ada air ek????

Penghuni A.G.10.1: Ade jer. Tu akak heran kenapa Aisyah tadah air kat sinki.


Ahhh.....aku tak kira, nak tadah jugak sampai penoh. Last2 aku mandi pakai air kat toilet gak. Bengang!!!!



p/s 1. Semalam penghuni A.G.10 bermesyuarat untuk bergotong-royong membersihkan rumah. Tapi tarikhnya belom ditentukan.

No comments: