Sunday, September 26, 2010

Otograp kepada Pak Gad



Kumpul kat kolej~!

Semalam 25 September 2010 bersamaan 16 Syawal 1431 pada hari Sabtu, sempatlah aku join konvoi raya beramai2 ke 5 buah rumah. Tiga di KL and dua di Klang. Even raya ke 16 tapi suasana raya nyer memang terasa la. Macam baru 1st Syawal. Dalam kol 11 pagi kitorang bekumpul di tempat biasa di Blok C Kolej 17 sehinggalah semua orang sampai. Dalam 20++ orang yang datang (aku tak sure jumlah sebenar). Wow tekejut kamek but kamek hepi lah ngan diorg. Tepat 11.05 pagi semua ke duapuluh2 buah tayar bergolek lah ke destinasi yang telah di setkan pada 3 minggu yang lepas.


Umah Abg. Ijad~!

11:45 am-1:30 pm
Dalam kol 11.45 pagi ktorang sampai di rumah 1st di KL iaitu umah Abg Ijad. Perot ngah kosong, memang malantak giler lah. Makan lontong, kueh raya ngan mee Jawa. Fuhh...sedap giler doh. Makan memang tak ingat dunia la. Dah kenyang, dok lepak2 sambil tak henti2 begambar, sampai lah kol 1.30 petang baru kuar g 2nd umah.


Umah Abg. Izwan~!

2:00 pm-4:00pm
Umah 2nd, umah Abg Izwan. Umah ni dah penah pegi taun lepas. Spageti mak dia buat memang mantop lah. Nak tunggu lagik? Angkat la semangkuk..huhu Yang laen ada gak, lontong ngan bihun goreng. Yang ni aku share ngan minah cumil Hazzy. Dah tak larat nak makan sorang. Makan punya makan ngan kepek2, kueh raya suma, dalam 2 jam gak kat cni plus dok sembang2, solat2 suma baru gerak ke umah ke 3.


Umah kak Syazz~!

4:20 pm- 6:20 pm
Umah ke 3 umah kak Syazz, bila sampai jer, nampak makanan dah terhidang atas meja. Ape lagi, makanan tadi pown dah turun cikit ke dasar perot, yang umah 1st punya dah slamat hadam tinggal nak buang ja, so isi lah yang baru. Roti jala, ngan makaroni masak ape ntah aku tak sure. Aku ngap jer...hehe tu pown makan sampai kenyang gak. Bila dah hampir 2 jam, kami pown mula lah mengatur langkah ke next station. Petang ni hujan ckit...agak lebat jugak sebenarnya. Tapi semangat kami tetap utuh. Meneruskan perjalanan ke Klang. Umah ke 4.



6:20 pm-10:00 pm
Hampir 4 jam kami berada di jalan raya. Hahaha...masing2 yakin dengan pemanduan masing2, bila dah tak nampak kereta rakan, baru cuak. Upanya kereta yang aku naiki mengikuti kereta yang salah. Owh deng....dua buah kereta kami sudah salah masuk simpang. Namun aku kagum dengan kereta di hadapan aku ituh. Diorang memandu dengan amat yakin sekali without tepon orang laen even dah tak nampak rakan2 yang laen. Perjalanan kami berpatah balik mengambil masa agak sejam kerana jalan mulai jam...Namun rakan2 laen masih setia menunggu. Thanx korang suma.



Tak sempat nak begambo, lapo giler masing2~!

10:00 pm-11:00 pm
10:00 pm sampai di rumah ke 4, perot memang lapo giler2. Siap berbunyik2 agi. Umah ke 4 ni, umah Kak Mas. Lepas salam2 ngan tuan rumah, aku dan rakan2 terus mencapai pinggan polisterin yang tersusun rapi di atas meja, lalu mencedok nasik lemak yang masih panas di dalam bekas. Dalam hati aku cakap, nak makan banyak cikit la ari nih, lapo giler. Boleh tahan la nasik aku ambik ngan sambalnya yang tak berapa pedas...fuhh. Memang sedap wa cakap lu. Sure kenyangla. Tapi masih tidak berpuas hati kerana terlihat mee kari. Aku ngan shy2 cat nya pown bangun dan mengambil semangkuk mee kari. Alhamdulillah kenyang giler. Okeh masa untuk ke umah yang terakhir. Final destination! Dah tak mampu nak tunggu 2 jam kat umah ni coz dah malam.


Umah kak Meen~! Lahap bukan aku makan??

11:20 pm-12:20 pm
Selepas hanya beberapa minit perjalanan, kami tiba di destinasi terakhir. Umah Kak Meen. Makanan di sini only sate. Tapi banyak giler sampai tak habis. Masing2 perot dah mengah ngan nasik lemak ngn mee kari. Tapi untuk tidak mengecewakan tuan rumah, kami makan dengan lahapnya jugak. Sehingga ke lidi terakhir. Huhu...tapi tak mampu nak habiskan juga. Okeh masa untuk masuk ke kolej dah tamat. Hanya mampu try and error ja nanti.



Kami pown bertolak balik ke UPM but still ade yang overnight gi sambung beraya di pusat hiburan (karaoke) hahaha...cam terok ja bunyi pusat hiburan, tapi tu lah reality nya...Aku sampai kat kolej kol 1:05 am jam pak guard. Dengan yakin turun dari kete dan menuju ke gate. Kereta yang menghantar ktorang sudah bergerak pulang. Haha try and error. Cakap baek2 ngan pak guard, dapat la masuk. Tapi dengan syarat meninggalkan suatu kenangan kepada diorang. Diorang mintak ktorang sign autograph tok diorang. Owh...nak otograp upanya nya. Cakap la dari awal. Bagi je lah dah diorang nak. TQ pak2 guard suma. Jumpa lagi raya taun depan.





p/s Setiap tahun raya akan meninggalkan otograp kepada pak gad...TQ sebab setia menunggu otograp dari kami suma.



No comments: