Wednesday, September 15, 2010

Begitu banyak semut beraya di Kedah




Bila Syawal menjelma, kalutlah kanak2 mengatur rumah untuk mengumpul duit raya. Tidak kurang hebatnya dengan para remaja yang juga turut mengatur rumah kawan2 untuk beraya. Inilah masanya untuk mereka bertemu rakan2 dan sanak saudara. Selain itu, akan kedengaran juga suara2 bingit yang berbunyi; "Taun ni saya nak raya rumah mak saya!" "Eh mana boleh. Kan taun lepas dah raya kampung awak,taun ni kampung saya la pulak." Biasalah tu. Perkara biasa yang berlaku bila menjelang hari raya. Macam2 kerenah manusia kita boleh lihat. Selain manusia, semut2 jugak kalut dok mengatur rumah untuk beraya.

Setiap hari makin banyak semut datang beraya kat rumah aku. Mana datangnya pon aku tak tau. Belom sempat aku jemput masuk umah, tengok2 dah da dalam bekas kueh raya. Amboi, lawan tokey nampak. Siap pijak2 bekas kueh raya aku ek!!! Penat betul melayan kerenah semut2 nih. Lebih baek aku layan kerenak kanak2 yang datang. Raya2 nih, tak kan aku nak jadik kejam kot. Tak sampai ati lak nak membunuh. Tapi, tetiba ada suara bertanya:


Hamba Allah: Mak,semut mati ek makan gula?

Maknya: Huh mati la dia pon. Makan gula banyak. Kencin maneh (diabetes).



Hidup dan mati kerana makanan~!


Wow aku turut bersimpati mendengarnya. "Hidup semut kerana gula, mati semut kerana gula". Janganlah kita manusia pon jadik cam semut, "Hidup manusia kerana makanan, mati manusia pon kerana makanan". Lecturer aku penah cakap, 90% lebih penyakit disebabkan oleh perot (makanan yang dimakan). So, di hari raya ini, beringatlah kita apabila menyuap sesuatu ke mulut.




p/s 1. Berhati-hatilah di jalan raya. "Jangan lupa pakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang". (Cam kenal jer pesanan saper) huhu..

2. Berhati-hatilah apabila memandu makanan ke dalam mulot..hehe


No comments: