Tuesday, August 24, 2010

tImE mUdA-mUdA duLu

Logo KMPP




Kolej Kediaman




Bangunan pentadbiran


KMPP
Tetiba rindu time matrix dulu. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) atau dengan nama laen nya, Kolej Matrikulasi Paling Popular, Kolej Matrikulasi Pilihan Pelajar, Kolej Matrikulasi Penuh Perempuan and macam2 lah boleh di isi dengan "PP" nya tuh. Di sini aku mula mengenali dunia luar di mana aku mula bergaul dengan rakan2 dari setiap pelusuk negeri. Cehh cam poyo jer ayat. Tapi tak pe, aku nak teruskan jugak. Kalau sebelum ini, kawan2 aku adalah datang hanya dari daerah yang sama sahaja atau dengan skop yang agak besar sedikit, dari negeri yang sama sahaja. Namun sekarang aku telah dapat meluaskan jaringan persahabatan aku hingga ke Sabah dan Sarawak juga. Minda aku mula berkembang. Di sinilah juga aku mula mengenali pra kehidupan pelajar universiti. Best sangat. Dalam hati tak sabar nak masuk U. Apa aku nak buat dekat U? Apa aku nak blajar dekat U? U mana aku nak masuk? Semua tu aku tak fikir, yang penting aku mesti masuk U. Itu matlamat aku masa tuh. Tapi apakah aku mampu melakukannya. Dengan jaminan2 daripada senior lepas membuatkan aku bertambah yakin. Malah aku sangat bersyukur kerana di beri peluang menimba ilmu & pengalaman di sini.
.
.
.
.
Cendawan Ilmu



Tali tanda persahabatan PRD


PRD
Di KMPP ni lah aku mula berjinak2 dengan aktiviti kaunseling pendek kata kerja2 menolong orang la. Tapi aim kami adalah menolong diri sendiri dulu sebelum menolong orang sekeliling. Tapi aku masih rasa serba salah sehingga sekarang kerana berlaku sedikit tipu sunat sebelum aku dan rumate aku (Shida) join PRD (Pembimbing Rakan Dinamik). Untuk menenangkan hati masing2, kami tahu yang pemilihan di buat bukan sekadar melihat ke atas borang yang di hantar semata2, tetapi mereka juga melihat ke atas komitmen dan keyakinan diri yang ditunjukkan semasa aktiviti dijalankan. Thanx a lot En. Yus kerana memberi peluang kepada kami. And Sorry kerana mengisi di bahagian "pengalaman menjadi PRS di sekolah". Sepanjang hidup kami berdua, kami tidak pernah menjadi ahli PRS di sekolah. Mintak maaf sangat En. Yus. Setiap aktiviti PRD akan memberikan kesan yang mendalam kepada aku. Even sampai sekarang pown aku masih menyimpan "tali" tanda persabatan kami semua. Aku akan make sure aku simpan tali tuh sampai bila2. Selagi tali itu bersama aku, kenangan yang tercipta tidak akan ku lupakan. Alhamdulillah, lanjutan dari penglibatan aku dalam PRD, aku menyambung nya juga di Universiti. Di sini, kami dah tak panggil PRD, (agak sedeh di situ) tapi KRS (Kelab Rakan siswa). Apa yang kami lakukan di sini sedikit agak berbeza tetapi apa2 still menuju matlamat yang sama. TQ sekali lagi kepada En. Yus.



.
.
.
.

Shida, Shikin, Aisyah


A5-3-8
Inilah bilik aku dulu bersama 3 lagi rumate aku (shida, shikin n fifah). Shida orang perak tapi kampung dia kat umah aku. Shikin orang Ke-el (KL) memang ade gaya lah. Fifah lak ore Klate, sah2 la nampak ngan tudung labuhnya lagi menguatkan lagi kepercayaan kami bertiga. Tapi Sekarang, masing2 dah bawak haluan masing2.Suatu masa dulu kami pernah tinggal bersama, makan bersama, study bersama, bermain bersama, outing bersama, gi library besama, g kelas bersama, even mandi pon gi sama2 and macam2 lah. Walaupun pertemuan itu hanya sekejap sahaja, namun terlalu banyak kenangan manis yang kami lalui bersama. Teringat masa2 study, lepas maghrib ja, masing2 kusyuk di meja masing2 mengadap tutorial tak pown buku teks yang dibeli. Paling tidak pown, mengadap note bagi lecture yang lepas. Kusyuk gler lah...senyap jer bilik. Kol 9, suma ke toilet sama2 and solat sama2. Tepat kol 12, lampu WAJIB padam. Mak Guard akan menyuluh2 mana2 bilik yang tak tutup lampu. Kadang2 nakal jugak ktorang, saje wat2 tido. Malas nak tutup lampu. Tapi tek pernah nya berjaya rancangan kami ni, bila mak guard menyebut no bilik kami. Owh deng!!!! Giler lah Mak Guard ni, siap hafal doh. Yang paling tak tahan, ugut nak bagi no bilik kat Felo. Perghhh....menggigil dengar. Tapi secara logik hya, tak kan lah mak guard tuh skema bebeno ha. Hal kecik je kot, tak kan la dia nak gtaw felo. Tapi masa tu kan semua nerd lagi, takot kemain ngan mak guard. So, tutup lah lampu. huhu
.
.
.
.
Group Usrah KMPP


Usrah
Actually banyak ag mende yang berlaku di KMPP. Sempat jugak aku join group usrah petang2 after kelas ngan Ustazah Latifah. Cam tak cayer jer aku penah join usrah kalau tengok aku sekarang. Tak de lah terok sangat2, tapi agak berbeza la. Malu pown ada gak kalau jumpa dak2 usrah skarang. Huhuhu... tapi aku bersyukur, at least aku pernah mengenali mereka. Pernah belajar bersama mereka, pernah berkongsi ilmu dengan mereka. Aku kagum dengan dak2 usrah group aku. tapi skang, kitorang lost contact.


.Aku sekarang yang agak kurang sopan cikit berbanding dulu2.




p/s 1. Hope aku dapat berubah suatu hari nanti
2. Hope dapat temu jodoh cepat cikit.

No comments: