Thursday, August 26, 2010

"Teori Belon"


Teori BELON???? Teori ape ek? Ni teori kesabaran.Orang salu cakap, "Aku sabaq2 aku pown ada had nya gak (versi org kedah)", "Sabar saye pown ade batasnya taw (versi sopan ckit)", "Sabar2 jugak, tapi sampai bila nak sabar? (versi KL ckit)"...macam2 lagi lah statement SABAR. Hanya satu perkataan, bunyi sangat sedap di dengar, tapi pernahkah kita mendalami isi hati orang yang bnyak menanggung kesabaran ni? Pernahkah kita memahami mereka? Pernahkah kita berkongsi masalah mereka yang banyak bersabar ini?

Garang nyer...



"Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan, sabarlah. However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial. Baru ketika itu kita benar-benar menghayati first hand erti sabar yang sebenarnya.Musibah dalam dalam pelbagai bentuk sama ada kehilangan harta, perceraian, menjadi mangsa fitnah, kematian dan sebagainya. Apa erti sebenar sabar? Bagaimana kita boleh memberi definisi yang tuntas terhadap sabar ini. Apakah tanda menunjukkan bahawa seorang itu benar-benar sabar menghadapi ujian itu? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak mudah diungkapkan; sudah pastinya tidak semudah bila kita menasihatkan orang lain agar bersabar."


Arghhhhh.......


Anjing pown tau marah


Okeh sambung balik teori Belon. Teori ini diperkenalkan oleh seorang wanita yang berasal dari Kolej Canselor UPM, berusia dalam lingkungan 20-an, berasal dari Perak, Malaysia, mengambil kos Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, tahun akhir. Teori ini diperkenal kan kepada aku setelah aku mengalami beberapa syndrome ketidaksabaran. Kesabaran ibarat belon, mula2 memang masuk cikit2, tapi bila dah lama2, dah kembong and lastly meletup. PONGGG!!!!! Apa pown tak dapat.. Tapi nasib sahabat aku sorang nih dah bejaya kurangkan angin kat belon aku. So, tak meletup ag!!!! Hehe...



Sabar sebahagian daripada Iman. Tambah lak bulan2 puase ni





p/s tak nak kurangkan pahala pose aku. Hehe...
Ye ye belon aku tak meletup ag...




No comments: