Tuesday, August 31, 2010

Semangat kemerdekaan yang berkobar2...

PERDANA MENTERI PERTAMA
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
Asal : Kedah (orang kampong cek tuh)
Gelaran : Bapa Kemerdekaan
Tahun : 1957 – 1963 (Persekutuan Tanah Melayu), 1963 – 1970 (Malaysia)



31 Ogos 2010 tanggal 53 tahun kita menyambut hari kemerdekaan. Tapi adakah diri kita benar2 merdeka??? MERDEKA!!!!! MERDEKA!!!! MERDEKA!!!! Yee...yee...merdeka. Semangat bukan rakyat Malaysia menyambut Merdeka? Setiap tahun memang setiap orang menantikan hari merdeka. Tepat kol 12.59 tanggal 30 Ogos setiap tahun, akan penuhlah manusia di tengah2 alam yang akan melaungkan merdeka. Inilah situasi yang berlaku dalam negara kita sekarang ini. Tidak salah mereka meraikan merdeka, tapi apa yang lebih penting, niat mereka apabila meraikannya. Adakah kerana benar2 menghargai kemerdekaan negara kita or sekadar enjoy2, penuhkan masa boring or ada niat laen di sebaliknya??? Tambah pulak tahun ni hari merdeka jatuh pada hari Selasa. Nuzul Quran pada hari Jumaat. So semangat nya bukan nak sambut merdeka tapi more kepada nak sambut cuti. Dari hari Jumaat cuti, Sabtu Ahad memang dah sah2 cuti, Isnin wat2 cuti, Selasa cuti mrdeka. See...ni lah rakyat Malaysia.


Semangat mengibarkan jalur gemilang


Sepatutnya di hari merdeka ini, kita sama2 muhasabah diri, kenang kembali segala pengorbanan wira2 negara kita, bagaimana susahnya mereka dahulu memperjuangkan untuk mendapatkan tanah air kita daripada penjajah. Semangat mereka ini seharus kita aplikasikan pada diri kita supaya kita mencapai tahap kemerdekaan yang sebenar. Kita seharusnya memerdekakan diri kita dahulu. Merdekakan dari segala sifat2 negative dalam diri, merdeka dari segala masalah yang dicari sendirik. Bila diri kita dah merdeka, baru senang untuk kita meneruskan langkah yang seterusnya. Second, cintailah sungai kita..eheh ada kaitan ka? Tak lah, cintai lah tanah air kita, jangan biarkan kita merempat di bumi sendiri. Sama2 lah kita berdamai, usahlah kita bermusuhan sesama manusia or dengan lebih specific sesama Islam. Dalam ape pown yang kita buat, kita mesti ingat, hidup kita hanya sementara. Dunia hanyalah tempat persinggahan untuk kita mencari bekal ke akhirat kelak. Masing2 tidak tahu bilakah ajal kita akan sampai, maybe jap lagi, maybe esok, maybe lusa, maybe 10 tahun lagi. Semua itu, bukan kerja kita, ianya kerja Yang Maha Esa. Tugas kita hanyalah mengumpul bekalan secukupnya di dunia ini. Jadi tinggallah di bumi Allah ini dengan aman dan damai. Janganlah kita menyesal setelah kita berada di alam yang berbeza. Semua ni peringatan untuk kawan2 dan juga diri aku sendirik. Huh baru aku sedar, betol jugak kajian Dr. Fadhilah Kamsah. Orang yang lahir bulan December ni bersifat patriotik cikit.

Saya anak Malaysia!!!!


p/s Moga sempat untuk menyambut Hari kemerdekaan yang seterusnya.

Monday, August 30, 2010

AWAS! Telefon anda!!!!



Semahal mana pown handphone kita, sebanyak mana pon topup kita dalam tuh, kalau kerana sedikit kekeliruan, sedikit salah paham, mampu merubah segalanya. Hanya dengan tersalah send mesej, tersalah eja perkataan, tersalah intonasi pembaca, semua ini mengundang kepada permasalahan. Inilah antara masalah yang sering berlaku di kalangan kita. So, inilah guna animation2 yang terdapat dalam handphone kita. Tapi, tak semua animations mampu menggambarkan riaksi sebenar kita, ada yang terlalu over disaat kita hanya sedikit excited. Hmm...terpaksa je letak kalau takot salah paham, tapi adakah ianya ikhlas??? Ish3...ada susah, xde pown susah..kadang2 malas pown ada nak letak mende2 tu di kala semuanya nak cepat. Jalan penyelesaiannya adalah dengan menambah, "haha, hihi, hehe, huhu..." Tu jer???? teringat satu cerita di mana seorang gurl ni memarahi pak we nya kerana meletakkan perkataan "huhu" di penghujung ayatnya. Alasan beliau, bunyi cam tak ikhlas jer.. Haha...ingatkan ini boleh membantu, tapi hasilnya sama.


Contoh situasi (sbb aku tak ingt sangat cter dia):

Gurl: Boleh ke tolong hantarkan I balik nanti???

Bf : I ade keje la cikit nak buat ni. U mintak tolong kawan U boleh???

Gurl: Hmm...tak boleh tak pe lah...(si gurl dah merajuk)



Selang beberapa minit...tot tot..tot tot..hp si gurl berbunyi,

Bf : Hmm...ok lah I hantarkan U. Huhu...

Gurl: Macam ak ikhlas jer. Tak per lah...
-
-
-
-

"Huhu"....ini tak de maksud pown pada si pak we ni, tapi sangat2 membawa maksud pada si gurl ni. So....berlaku salah paham di sini... See, letak salah, tak letak pown salah...

Eh...tetiba teringat satu pantun, adik aku kasi...Situasi ni berlaku apabila orang dok maen2 miscall, tapi tak call.... Pantunnya berbunyi,


Kesian sungguh si ikan Bawal,
Asyik dibuli si ikan Tongkol,
Apa guna ada handphone mahal,
Kalau hanya mampu wat misscall...



Uishh...sebenarnya ade salah faham berlaku antara aku dan sahabat aku. Cam mana nih, aku bukan nak tambah musuh, malah tak berniat pown, tapi benda ni terjadi secara tak sengaja. Maybe dia dah salah paham. Skang masing2 dingin. Ni lah masalahnya bila salah baca mesej dengan intonasi yang tak sama. Si penulis mesej baca ngan nada yag laen, si pembaca pula baca dengan nada yang laen. Itu lah salah satu kelemahan bermesej. Apa yang yang disampaikan tak tercapai, malah boleh berlaku perselisihan paham. So, the moral of the story ramai2 lah kita bercall2 pasni. Jangan mesej2 ag...

AWAS!!!!


p/s Sorry my fren, I xder niat nak nyusahkan U, I juga tak der niat nak bermusuh ngn U. Kita masing2 salah paham. Nanti I jelaskan kat U ek...

Plezz forgive me my fren...



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.



Senandung Mutiara



Teringatnya kat umah aku...



Dalam hati mebuak2 rasa nak balik rumah. Rindu sangat pada kampung halaman yang sudah agak beberapa bulan ditinggalkan. Macam2 aku rancang nak buat kat rumah nanti. Tak sabar rasanya nak jumpa mak, abah n adik2, nak bukak posa sama2, sahur sama2, lepak2 sementara tunggu subuh sama2, nak wat kueh raya sama2, kemas2 umah, tukar langsir sama yang paling penting GOSIP sama2. Haha...bulan2 puase pown nak gosip. Tak baek betol... Ish3...anak sapa la nih??? Ehh...lupa lak, nak bagi diorang suma baju raya. Yeahh...tu yang membuatkan aku lagi tak sabar nak balik umah. Raya taun ni, aku raya ngan kembar aku. First time raya ngan kembar selepas dah besar nih. Sape tak excited. Nanti lepas raya baru aku nak masukkan gambar kembar aku. Tapi kali ni aku akan make sure dia jadi kakak aku. Biar suma susah nak bezakan kami. Yes yes!!!


Dah lama tak minum ayaq nyoq nih..



Rindu suasana nih..bila hari nak malam, sama2 menanti matahari terbenam.



Tambah2 pulak bila cuti yang berderet2 nih, membuatkan aku lagi terasa sunyi dan ingin pulang ke kampung halaman. Tapi apakan daya, hanya boleh berangan dan bermimpi. Setiap hari hanya mampu memandang sekeping kertas yang terlekat di dashboard di hadapan aku yang sudah tercatat di atasnya:



Tren/Train: SENANDUNG MUTIARA

Kelas/Class: Kelas Superior (CMB)


Dari/Origin: SENTRAL KUALA LUMPUR


B'pas/ Dep: 04/09/2010 2200HRS/JAM




Sehinggalah jam itu, tarikh itu barulah aku dapat menunaikan hajat aku itu.

Don't know!!!!

Tulis......
Padam....


Pasrah bila tak der idea..=p


Tulis.........
Padam........


Bila nak penuh entry aku nih?
Tak tulis, ase nak tulis something.
Bila tulis, asyik padam.
Tak tau nak citer aper.
No idea..



Sebenarnya kepala ngah serabut. Macam2 aku fikir...Memang pemikir yang hebatlah. Tapi tau ke ape yang aku fikirkan???? Yang penting, aku fikir ape aku nak tulis skang.....






Tup tup dah tertulis...
Ni je lah aku tulis tok entry busan nih....
Huhu...

Bila terasa bosan



Bila bosan, jari akan mula gatal2 meraba2 keyboard...
Hasilnya seperti inilah....


Think of something!!!!


Sunday, August 29, 2010

The song of the Day~!


Huishh2....masih suci ag blog aku ari nih. Belom terconteng apa2. Yeah...mana da suci nya, aku dh conteng dah ni ha..



The song of the day:



Bangun pagi,
Gosok gigi,
Guna Colgate kayu sugi,
Lepas itu terus mandi,
Siap2 wangi2...

.
.
.
Duduk2, tengok2,
Usha2, bukak tenet,
Cari info, apa ada,
Pusing2 bukak facebook...

.
.
.
Usha sana, usha sini,
Tengok gambar, komen lagi,
Pusing blakang nampak katil,
Ase macam nak tido lagi...





Ok cukup lah untuk hari ni...
Daaa~~~!

Friday, August 27, 2010

Next song please!!!!


Back to the NORMAL...

1. With my files, lecture note, red pen, highlighter and handphone.


Mama punya file, Parasite, Kelab


My highlighter


2. Sleep at 12:00pm and wake up at 6:30am.

Sun Moon


3. Stay in the room (A-G-10-2) and play the music.

4. Online when I feel bored.

5. Writing, writing and writing when I had thinking of something~!





p/s Hidup ibarat memainkan sebuah lagu. Bila dah habis play, sama da play next song or play back the same song, or back to the first song.



~dEcEmBeR~


Sifat orang yang lahir pada bulan Disember biasanya:


1: Sangat setia dan pemurah.

2: Bersifat patriotik.

Ini lah wira negara..

3: Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.

4: Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.

5: Bercita-cita tinggi.

6: Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.

7: Seronok bila didampingi.

8: Suka bercampur dengan orang.

9: Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.

10: Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.

11: Tidak pandai berpura-pura.

12: Cepat marah.



13: Perangai yang mudah berubah-ubah


Kadang2 Hepi...


Kadang2 sedeh...

14: Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.

15: Benci pada kongkongan.

16: Suka berlawak.

Hahahahah.....


Kajian Oleh:Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah



Semua ada..positive ada, negative ada. Most (maybe all) of that are true. I will try to improve myself. It is not because of someone, but I do that because of me myself. I think if I do that because of someone, I will change back. But, if I do that because I really need to do, it will remain. InsyaAllah...

Effect of stress!!!

Pening2...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Berpusing2 mata tgok pic ni~@#&^
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Mungkinkah perlu macam nih???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nino nino nino~~~~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Need someone to help ME!!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
OWH NO!!!!!

Kedeba BONG!!!!

Effect of stress...hehe






p/s Elakkan stress sebelum terlambat..hehe

Thursday, August 26, 2010

Loves My Frenz..




"Ia cuma mengambil masa seminit sahaja untuk jatuh hati pada seseorang,satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang"





Friends is like a ballon,
If you let them go,
You can't get them back,
So, i'm gonna tie you to my heart,
So, I will never loss you.



~bED tIME sTORY~



Amalkan budaya membaca


Bilik Tutorial 13, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM
Dr. cakap, kalau nak maju kena rajin membaca. READING!!!! Bole capai ka WAWASAN 2020 kalau baca novel pown sehelai setahun baru nak habis???


Iqra'...


OWH DENGGGG!!!!! Sentap doh kena ayat tuh... Wat nya tak sentap, Novel Ayat2 Cinta yang aku beli masa aku lepas Matrix dulu (2007), tak habis2 ag aku baca. Dah 3 tahun lebih dah..

Ayat-ayat cinta..

Aku akan berusaha sedaya upaya menghabiskan novel tersebut sebelum aku start keje. Tak kan nak simpan sampai berubah zaman plak, dari zaman belajar ke zaman keje. Kalau macam tuh, aku rasa aku dh retired baru bole start menyambung balik tempat aku stop baca buku tu dulu. Masa tuh, cter tuh akan jadi bed time story tok cucu2 aku. Yeahhhh....


Sehari sehelai, lama2 siap senovel...



1+1=11

Berkira2........


"Seseorang yang tidak berkira akan menjadi sangat berkira apabila ketidak pengiraannnya di kira2 kan"




Hampir 4 tahun aku meninggalkan zaman menekan kalkulator ni. Mampukah aku menekannya kembali. Last aku tekan untuk kira2, zaman kegemilangan Matrikulasi aku dulu. Lepas jer aku melepasi zaman tuh, aku dah tutup semua berkaitan kira2 termasuk buku 555 kira2 aku. Lagi pown betri kalkulator aku pown dah habis. Aku malas nak isik balik.


PU2 yang sempoi...



Yuyu, Vivien, Aisyah


Tapi sekarang ade orang galakkan aku kembali aktif dalam kerja2 mengira nih. Tapi semua ini masih dalam perbincangan. Aku tak tahu nak luluskan "proposal" mereka ini atau pown tak. Hmmm....boleh lah tolong fikir2 kan untuk aku. Kerisauan aku adalah, aku dah lama tak kira2, takot aku tersalah kira jer nanti. Tu jer...padah jugak bila salah kira. Hanya kerana satu angka yang beza, besar kesannya nanti.

Hanya tinggal kenangan..=)


Contoh nya, masa aku jadi PU (pembantu universiti) dulu, lebih kurang dua tahun yang dulu selepas lebih kurang setahun sahaja meninggalkan zaman kira2, aku hanya tersalah tekan RM 1.20 kepada RM12. Hasilnya, mak cik sorang tuh membeli sebijik berus sabut (kot, aku tak ingt sangat aper mak cik tu beli)
dengan harga RM12. Mahal giler bukan???? hanya dengan kesalahan menekan SATU butang sahaja di kalkulator. Naya (teraniaya) bukan???


Meraikan bersama~~!



So, kesimpulannya aku takotlah untuk berkira2 lagi. Plezz don't induce me to do that mistake again.






p/s Bukan berus sabut jer mak cik tu beli, banyak ag barang dia, so aku tekan la kalkulator. Hehe..

Sorry mak cik, saya tak berniat pown. sELAMAT hARI rAYA mAAF zAHIR & bATIN...

Aku nak bayar balik duit mak cik tuh kalau aku jumpa dia.




"Teori Belon"


Teori BELON???? Teori ape ek? Ni teori kesabaran.Orang salu cakap, "Aku sabaq2 aku pown ada had nya gak (versi org kedah)", "Sabar saye pown ade batasnya taw (versi sopan ckit)", "Sabar2 jugak, tapi sampai bila nak sabar? (versi KL ckit)"...macam2 lagi lah statement SABAR. Hanya satu perkataan, bunyi sangat sedap di dengar, tapi pernahkah kita mendalami isi hati orang yang bnyak menanggung kesabaran ni? Pernahkah kita memahami mereka? Pernahkah kita berkongsi masalah mereka yang banyak bersabar ini?

Garang nyer...



"Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan, sabarlah. However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial. Baru ketika itu kita benar-benar menghayati first hand erti sabar yang sebenarnya.Musibah dalam dalam pelbagai bentuk sama ada kehilangan harta, perceraian, menjadi mangsa fitnah, kematian dan sebagainya. Apa erti sebenar sabar? Bagaimana kita boleh memberi definisi yang tuntas terhadap sabar ini. Apakah tanda menunjukkan bahawa seorang itu benar-benar sabar menghadapi ujian itu? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak mudah diungkapkan; sudah pastinya tidak semudah bila kita menasihatkan orang lain agar bersabar."


Arghhhhh.......


Anjing pown tau marah


Okeh sambung balik teori Belon. Teori ini diperkenalkan oleh seorang wanita yang berasal dari Kolej Canselor UPM, berusia dalam lingkungan 20-an, berasal dari Perak, Malaysia, mengambil kos Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, tahun akhir. Teori ini diperkenal kan kepada aku setelah aku mengalami beberapa syndrome ketidaksabaran. Kesabaran ibarat belon, mula2 memang masuk cikit2, tapi bila dah lama2, dah kembong and lastly meletup. PONGGG!!!!! Apa pown tak dapat.. Tapi nasib sahabat aku sorang nih dah bejaya kurangkan angin kat belon aku. So, tak meletup ag!!!! Hehe...



Sabar sebahagian daripada Iman. Tambah lak bulan2 puase ni





p/s tak nak kurangkan pahala pose aku. Hehe...
Ye ye belon aku tak meletup ag...




Wednesday, August 25, 2010

Hepi Holiday!!!



Enjoy di Genting Highland


Yes hari ni (Rabu) public holiday bagi KPP final year. Suma masing2 dengan perancangan masing2 la. ada yang nak keluar g Jalan TAR la, ada nak gi Mines la, Alamanda, Sogo, Sunway, Genting, mana2 je lah. Suma nya nak g ari nih. Aku pown tak kurang hebatnya. Semalam kalut gak dok wat list ke mana aku nak gi hari ni.

Suma kalut dok memilih barang



Sale2...cepat beli!



8.00am : Gi Seksyen Kaunseling & Kerjaya, ambik surat kelulusan

8.30am Gi Fakulti Perhutanan, tempah Hutan Puchong

9.00am: Gi BHEP tempah barang and ambik barang

9.30am: Gi GAZEBO tempah bas

9.45am: Terus gi SS teman Apad Print Proposal nak bagi Dr. Ju

11.30am: Gi Celcome Center (The Mines) settle kan bil Broadband

Setakat tu je lah perancangan aku untuk esok. Selebihnya dok bilik settle kan final year project and report En. Azhar nak hantar Kamis ni.




Dalam 6.45am aku dengar sayup2 orang panggil nama aku. "Syah, bangun Syah, Subuh". Merojoi (bingkas) aku bangun sebab nampak jam dah dekat kol 7.00am. Lepas solat terasa digoda oleh bantal and tilam aku yang empuk disaluti cadar yang catek. Tambah pulak ternampak rumate2 angkat aku meghekot (meringkuk) ja tidoq. Fuhhh...mana tahan beb, kena tidoq gak sat ni. Sat pown jadi la. Nak gi Seksyen kol 8, at least kol 7.30 la ku bangun. Setengah jam g ada nih. Alarm memang tak lepas la. Kol 8 aku set. Tak pe lah lambat setengah jam pown plan aku.



Aku pown menyambunglah mimpi ku yang enak. Tapi memang mimpi best la, aku tak ingat mimpi apa. Sekali, terkejut bangun, pandang jam kat dinding satu line aku nampak. Betul ka apa aku nampak nih??? Fuh dah kol 12 tengah hari kot. Tak cayer, gagau (cari-cari) cari tepon lak, dengan sebelah mata terbukak, sebelah lagi tertutup, aku ternampak no 12:00. SAH DAH LEWAT. Ade lak 3 mesej dari Raje, Bally ngan Hotlink. Busy tol Hotlink tu dok antaq2 mesej kat aku. Dah aku tak reply sudah la. Tak yah dok antaq lagi. Gi la carik orang laen. Huh aku pown tak paham ngan dunia sekarang nih. Lingkop (rosak) suma plan aku. Plan aku sampai 11.30am ja.


Mamun2 (mamai) aku terus bukak laptop, edit surat yang Raje hantar. Semak2 fail kelab, dah kol 2. Mesej En. Zam, dia soh datang Seksyen sebelum kol 3. Owh deng!!!! Mati, aku kena cepat. 2.50 aku merempit bersama seorang minah rempit; Apad. 2.55 aku sampai, syukur masih sempat. Lepas ambik surat dari Abg. Hairi, trus g Fac. Hutan jumpa Raje. Then g GAZEBO tempah bas. Sambung g SS tempah cop Kelab. Pecut g isi minyak terus g Mines. Kalut g cari Celcom punya kedai nak tanya pasai bil broadband. Nasib tak tertipu. Upanya salah aku jugak tak baca agreement betol2. Bil bulan ni RM 67.75. Bayar 70 je terus, baki bawak ke depan.


Broadband kesayangan.



Dalam 6.00 pecut balik kolej. Huh nasib sempat. Penat gler kalau hidup cam ni tiap2 hari. Pelan aku terkubur dalam mimpi aku ja.





p/s 1. The moral of the story, baca betol2 agreement sebelum sign ape2 and sebelum beli ape2.

2. Tak yah la wat list keje kalau bunyi alarm pown tak mampu nak dengaq.

3. Laen kali kena buat Plan B sama in case plan A dah hancoq (rosak)