Sunday, December 12, 2010

Hanya Engkau yang tahu~!

Satu sem je lagi tinggal untuk aku menghabiskan sisa2 hidup aku sebagai seorang student Universiti. Cepat betol masa berlalu. Kalau dulu orang tanya, "Dah brapa taun kat sana?" Jawapan aku, "Baru setahun mak cik. Ada lagi 3 taun gi. Lambat lagi nak habis". 

Tapi, masa aku on da way balik hari tuh, ada mak cik sebelah aku tanya,  ""Anak ni dah berapa taun kat sana?". Emmm??? Dah masuk 4 taun cik saye kat sana". Owh...sungguh aku tidak sedar betapa cepatnya masa berlalu. Betapa aku lalai dan leka dengan hidup aku. Dalam tidak sedar, sudah 5 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan, meninggalkan segala kerja2 rumah yang betimbun, meninggalkan zaman beruniform ke kelas, zaman bangun pagi seawal 6:00 pagi, zaman mandi awal2 pagi, zaman berebut2 sarap kat dewan makan, zaman2 skema and penuh disiplin.

Form 5 di SMK Convent Father Barre, SP.
Semua itu aku dah tinggalkan. Sekarang hidup aku, aku sendiri yang tentukan. Tidak ada lagi peraturan2 yang perlu aku terikat olehnya. Bangun pagi hanya untuk solat subuh. Tiada lagi sarap di pagi2 buta, tiada lagi zaman skema ke klas memakai uniform, tiada lagi kerja2 rumah yang perlu dihantar dalam buku latihan. Semuanya berbeza sekarang. 

My best fren forever. Luv u so much~

Akan datang, aku akan tinggalkan ini juga. Bagaimana pula kehidupan aku seterusnya? Aku juga tidak tahu. Aku hanya mampu menceritakan perkara yang lepas dan bukanlah bidang kuasa aku menentukan apa yang akan berlaku di masa hadapan. 


My becoming Doc~



Namun apa pon yang berlaku di masa hadapan, tiada yang kebetulan. Semuanya adalah sudah dirancang. Semua telah ditentukan oleh yang Maha Esa. Aku? Aku hanya menjalankan apa yang telah dirancangkan untuk aku. Thanx Allah. Walau apa pon yang Engkau rancangkan untuk aku, aku harap aku dapat terimanya dengan hati yang ikhlas. Aku tahu, hanya Engkau sahaja yang tahu apa yang terbaek untuk ku.


Dalam kenangan. Usrah group di KMPP.~
 Moga aku sentiasa mengingati Mu walau dalam keadaan apa sekali pon. Walau sedeh, walau gembira. Aku tahu Engkau sentiasa bersama ku.  


p/s Sangat2 bersyukur kerna dilahirkan dalam Islam. Inilah anugerah terbesar dalam hidupku.

No comments: