Monday, December 6, 2010

Menabung amalan mulia~!

Memang mulia. Mak aku cakap, "Kena simpan duit dari sekarang, nanti besaq senang nak masuk U. Kalau tak dak duit tak leh masuk U".

Oleh kerana cita2 aku nak sangat2 masuk U, so aku pon menabung. Bila tabung penuh, korek, kira2, tukar kepada duit kertas, then masuk bank.


Huh...bahagia rasa. Aku ada simpanan. 

Akhirnya sekarang aku berjaya masuk U. Kat U aku masih meneruskan lagi hobi aku nih. Aku masih lagi menabung. Tapi, kali ni berbeza sikit.

Apa yang beza? 
Bentuk tabung aku ja. Kalau dulu tabung aku bentuk buah tomato, sekarang tabung aku bentuk petak ja. 

Aku suka tabung ni sebab orang laen pon kalut nak menabung kat tabung aku nih. tQ suma memenuhkan tabung gue~

Semalam baru jer aku gi menabung. Bila penuh, orang laen yg akan datang ambik masuk bank. Keje aku dah ringan sikit skang. Dah tak yah gi bank sendirik masuk duet. 

Yang best nya, bila aku menabung, aku dapat benefit. Baju aku bersih. Emmm...wangi nyer. Siap spin. Tinggai nak sidai ja...hehe tQ tabung~!

Ujung taun nak check la buku akaun aku. Nak tengok dah berapa hasil simpanan aku. 

No comments: