Saturday, December 18, 2010

Sindrom bangunan sakit~!

Untuk pengetahuan semua, sekarang adalah masa untuk final year project dalam bahasa penjajahnya, dalam bahasa nenek moyang kita, ia disebut sebagai projek ilmiah tahun akhir. Nenek moyang aku dulu pon tak de mende nih. Aku seperti biasa masih berasa banyak kekurangan dalam projek aku. Masih tiada kekuatan untuk memulakannya. Tapi, kalau aku tak mulakan sekarang, bila ianya akan berakhir? Owh...sungguh aku ketakutan. Menggigil kamek kata orang sawak. 

Tapi aku dah start tolong kawan2 yang laen. Kawan aku sorang ni wat kajian berkaitan sick building syndrome. Kalau dalam bahasa melayunya di panggil sindrom bangunan sakit. Kakakah...aku dengar pon terasa lawak beb.  Apakan lagi staf2 di UPM nih. Memang sah2 la ada yang gelak bila baca tajuk kajian. Ahhh...pedulikan gelakan mereka. Semestinya akan ada makhluk yang bertanya apakah sindrom bangun sakit? Hah. bangunan sakit? Benda apa tuh? Owh...bangunan pon sakit ka? dan bermacam2 lagi. 

First time bila ditanya, benda apa bangunan sakit ni? Aku seperti biasa menjawab dengan yakinnya, Sick Building Syndrome~! Toink! Kena sebijik kat kepala. Alamak..tu nama omputih dia la..Naseb kawan aku cepat2 cover, owh sindrom bangunan sakit tuh adalah penyakit yang kita boleh dapat kalau kualiti udara di dalam bangunan tak berapa elok.

Tu masa first time aku di tanya pada hari 1st. Haaaa...bila dah hampir seminggu aku ditugaskan memberikan questionnaire, memang tak lepas la dengan pertanyaan bangunan sakit tuh. Aku sekali lagi dengan yakinnya menjawab:

Owh sindrom bangunan sakit tu adalah penyakit2 yang kita boleh dapat kalau kita bekerja dalam bangunan yang kualiti udara nya tidak elok. Masalah ini selalunya berkaitan dengan paru2. Sebab kita menyedut semua udara di dalam bilik ni. Selain tu, ada jugak simptom2 laen macam gatai2 kulit ka, pedih mata ka, terasa letih ka. Bla bla bla....Panjang aku membebel. 


Huh [sambil mengelap peluh yang tiada di dahi]. Akhirnya aku berjaya menguasai apa yang di kaji oleh kawan aku nih. Bangga tak apad? Bangga tak? Kakakah...poyo. Ok2 aku bukan nak poyo, tapi dah terpoyo lak. Ampun..ampun. Aku tarik balik. Hahaha...

Insyaallah next week aku tolong sorang lagi kawan aku projek kat KPT [Kementerian Pengajian Tinggi]. Haaa...pastu depa pulak mai tolong aku. Baru ada give and take. Fair kan? Pandai tak pengiraan ktorang? Pandaikan? Pandaikan? Huh...[Mood: masih poyo].


OK2 aku nak key in variable kat SPSS [Statistical Package for Social Science]. Nanti aku citer ag apa yang aku nak citer.

4 comments:

Bally Da Shoe said...

Dulu rumah tempat paling selamat...tapi kini tidak lagi...huhu

rumah pon ada pnyakit ka...lalala bnyak sgt dok guna urea formaldehyde...hmmm

Aisyah said...

Dok kat pondok tunggu durian la selamat. Tak de formaldehyde, tak der furniture, tak de ceiling....Kakakah =)

Bally Da Shoe said...

hehe nyamuk dusun besaq2... dia ketit lebam (^^,)

Aisyah said...

Alololo...siannya.Hahaha....ketit la dia sebelum dia ketit kita...tak pon buat ja unggun api~ =)