Sunday, December 26, 2010

YES akhirnya Santa Claus datang jugak~!

Yes akhirnya Santa Claus sampai jugak kat Malaysia. Jauhkan dia nak jalan2 dr obesi [oversea] ke sini. Patut la sampai lewat sehari. Kol 12 lebeh dah dengar orang bising2. Ni sah Pak Cik Santa dah sampai. Aku dengan xsaited nya menjenguk keluar. Ahh...ada orang berlari2 ke wing area umah aku. Ni kes xsaited nak ambik adiah ka apa?

Ahh...pasrah je lah. 


Tapi pak Cik Santa ni Malaysia punya. Dia datang bawak beg kosong. Pakai baju hitam. Dah tukar uniform ka? Tak naek rusa dah. Dia gi umah2 orang, panjat pakai tali. Huh...giler lah. Kat blok aku la plak. Tak jadik la nak jumpa Pak Cik Santa. Takot la plak aku. Aku batalkan niat. Tetiba rase seram sejuk. Kunci semua pintu tak bagi Pak Cik Santa masuk. Kawan2 MTM kolej sibuk mengejar Pak Cik Santa. Bukan mau mintak adiah barangkali, tapi mau tangkap Pak Cik Santa antaq ke Pondok Biru. 

Kuang ajo betol. Berani giler Pak Cik ni datang tangan kosong, tapi mau balik tangan berisi. Haisshhh...rase mau potong saja tangannya. Grrr....
Hidup kami serumah ketika itu bagaikan di hujung nyawa. Cehhh...tak leh blah. Dah la yang tinggal hanya kami berempat. Apa mau buat? Kunci semua pintu dan tingkap. Sendai pintu ngan rak kasut. Letak mop kat pintu. Dah cukup ka safety untuk kami semua? Huh...pasrah! Hanya Allah saje yang tahu perasaan ktorang masa tuh. Tido pon bertemankan penyapu di hujung kaki.

Dalam takot2 tuh, sempat juga kami pulang ke rumah untuk selamatkan sebiji laptop yang di tinggalkan kat umah aku. For your information, malam tu aku tido umah jiran aku. A-G-11. Berkampung berempat di sana. 

Pukul 2 tak dapat tido lagi. Takot kalau2 Pak Cik Santa ketuk pintu umah. Tapi kami cuba jugak untuk lelapkan mata. Sempat jugak bermimpi Pak Cik Santa tuh. Cess... Tapi tak sempat nak buat pa per, tetiba ada bunyi yang sangat kuat kat tepi telinga aku. Ahh...tersentap aku. Phone Kak Lilin upanya. OK sambung balik beradu. Tetiba....




Tuk..tukkk...tukkkk...[kuat giler]


Aku terus terduduk. Apad terus berdiri. Yang laen tersentak. [jantung berdegup kencang bagaikan taufan melanda]. Ahh...sape tuh? Pak Cik Santa ka? Takotnya. Apa nak buat kalau tu betol2 Pak Cik Santa? Semua tu dah tak boleh berfikir. Hanya pasrah~ 

"Sape tuh?" [senyap tanpa jawapan]. Ahhhh sudah!

Tuk...tukkk....tukkk......[lagi sekali]

"Sape tuh?" [kali ni ada jawapan]

"Tolong bukak pintu, ni MTM nak check umah kejap"

Owh buat cuak jer. Terus kalut bukak pintu. Diorang dah terkekek2 gelakkan ktorang. Semua tido kat ruang tamu. Bentang alas, tido ramai2. Hanya selimut ja yang sempat dicapai untuk menutupi kepala. 

Selepas habis di soal selidik, diorang pon kerumah seterusnya. Tapi jantung ktorang masih lagi berdegup kencang. Nak tido rase tak selamat. Pak Cik Santa tak dapat ditangkap upanya~ Ahh sudah. Mana Pak Cik ni pegi? Sampai sekarang tak jumpa. Pak Cik memamng hebat la. Dah la bole panjat bangunan, boleh ilangkan diri plak. Senyap macam tu jer~


p/s Pak Cik Santa datang bawak kawan2 upanya. Patut dia malu. 

No comments: